SEMUA MATA MENUNGGU MASA YB NASHA PETIK JARI

on Saturday, February 2

PERPADUAN UMMAH: SENYUMAN HJ HADI LEBIH CERIA KETIKA BERSAMA DS NAJIB
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan Kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keIzinanNYA jua, kita masih diberikan nafas, kesihatan,pemikiran, ibadah dan dakwah menegakkan syiar Islam, agama yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya fikir ini adalah artikel terakhir saya mengenai YB Ustaz Nasharudin, kerana sejak tahun 2008 saya telah menulis 14 artikel mengenai YB Nasharudin, di mana di dalam hati saya, terakam sebuah perasaan yang sama, iaitu YB Nasharudin lebih mementingkan Perpaduan Ummah berbanding perpaduan di dalam pakatan.


YB NASHA RAPAT BAHU-MEMBAHU DENGAN DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan pertama saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/07/anwar-saman-nasharudin.html mengenai usaha YB Ustaz Nasharudin menyatupadukan Ummah ketika itu bersama-sama dengan YB Dato Hj. Hadi Awang diserang oleh Anwar dan Karpal Singh. Dalam hal ini, saya mempertahankan YB Nasharudin kerana saya tahu YB Nasharudin mempunyai gagasan yang besar, iaitu Perpaduan Ummah.

Kemudian, pada tahun 2009, saya menulis artikel ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/06/erdogan-israel-umno-dap.html ketika itu YB bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, di mana kumpulan Dato. Dr Harun Din memihak kepada YB Nasharudin. Saya turut mendoakan kejayaan YB. Dan Alhamdulillah, Allah SWT memberi kemenangan kepada YB Nasharudin. Namun jalan ke arah Perpaduan Ummah tetap berliku.
YB NASHA SENTIASA DI SEBELAH DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan saya ini pula,  http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/11/rum0s.html , saya terus memberikan sokongan agenda Perpaduan Ummah bersama UMNO yang diusahakan oleh YB Nasharudin bersama-sama YB Dato' Presiden PAS.

Kemelut yang berlaku di dalam PAS semakin membesar pada tahun 2012, kerana itu saya telah menulis banyak hal-hal yang melibatkan kesukaran YB Nasharudin dan YB Haji Hadi Awang (Presiden PAS) untuk menjayakan Perpaduan Ummah  di dalam UMNO dan PAS. Ianya memang berliku, namun kesabaran YB Nasharudin  dan YB Presiden PAS sangat terpuji walaupun menerima kritikan dan serangan daripada Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan kumpulan pro-Anwar dalam PAS. Antara tulisan saya mengenai YB Nasharudin pada tahun 2012 ialah 


PERPADUAN UMMAH : YB NASHA DAN DS NAJIB BERSAMA ULAMA MEKAH
http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/yb-nasharudin-gerakkan-semula-united.

htmlhttp://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/grand-design-united-goverment-masih.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/selepas-dr-hassan-ali-giliran.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/proses-menyisihkan-kumpulan-pro-ulama.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/pertemuan-10-mata-umno-pas.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/yb-pas-jadi-menteri-tugas-tugas-khas.html 

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/yb-nasharudin-istiqamah-bersama-umno.html , dan  

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/10/semalam-di-kb-yb-nasha-sampaikan-salam.html


15,000 PEMBACA DALAM 7 HARI MENUNJUKKAN KEINGINAN SEMUA PIHAK KEPADA PERPADUAN UMMAH
Artikel saya ini  http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/01/surat-dato-dr-haron-din.html hampir 15,000 pembaca dalam tempoh 7 hari, saya sangat terkejut, siapakah yang membacanya? 

Maknanya, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PAS dan pengundi-pengundi yang tidak berparti memberikan minat yang mendalam terhadap YB Nasharudin, mereka menunggu-nunggu apa lagi selepas ini. Kata hati saya, keluarlah, kerana sudah tiada gunanya duduk di dalam parti memandangkan Usaha YB Nasharudin memperjuangkan Perpaduan Ummah tidak dihargai di dalam PAS, hanya YB Nasharudin Mat Isa memahami kehendak dan gerak hatipolitik YB Haji Hadi Awang juga seorang yang hatinya mahukan Perpaduan Ummah menjadi kenyataan.

Yang lain, kebanyakannya melihat hendak ke Putrajaya sahaja, sangat kecil perjuangan mereka berbanding Perpaduan Ummah.
PERPADUAN UMMAH: YB NASHA BERSAMA TPM

Apakah Penamat yang hendak saya nyatakan dalam Tulisan terakhir saya mengenai YB Nasharudin? 

Kepada YB Nasharudin, dalam tempoh 30 hari menjelang PRU13 ini, rasanya, untuk menjayakan Perpaduan Ummah, YB Nasharudin kena membuka jalan, keluarlah dan akan disambut oleh sahabat-sahabat seperjuangan seperti YB Dato Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Ismail Mina, Ustaz Kassim Elias dan sudah semestinya ahli PAS Saudara Norman Toha.
ADAKAH MEREKA MENUNGGU YB NASHA MEMBUKA JALAN TERLBIH DAHULU?

Kemudian akan dikuti pula oleh Dato Dr. Harun Din dan tokoh-tokoh Ulama lain yang mempertahankan kalimah suci Allah SWT hanya untuk Islam sahaja.

Seruan YB PAS ini Datuk Dr. Mazian Mohamad http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_10/Pilih-calon-Islam-UMNO supaya undi Calon UMNO dalam PRU13 ini benar-benar mengujakan.

Nampaknya, selain YB Nasharudin Mat Isa, YB Datuk Dr. Hassan Ali, YB Datuk Dr. Mazian Mohamad, Norman Toha momentum Perpaduan Ummah yang saya cita-citakan semakin mendapat sokongan dari ahli-ahli PAS. 

Selamat membaca.

2 Komen:

Anonymous said...

Demi Islam, Bangsa dan Tanah Air, PAS patut bersatu dengan umno untuk mencapai tujuan itu ..

Sekiranya Orang Tua Nyanyok itu masih berdegil, tinggalkan mereka bersama geng parasit anwarisma al juburi ..orang Melayu Islam PAS patut bersama-sama Ustaz Nasaruddin dan Dr Hassan Ali yg menjadi perintis sementara menunggu yg lain lain meninggalkan orang tua mangkuk hayun kelantan itu .. untuk bersatu dengan umno... pasti Islam dan Melayu akan kuat dan maju ..

Anonymous said...

Hamba Mu bersujud syukur terhadap Mu ya Allah, Kau lembutkanlah hati-hati hamba-hamba Mu yang sentiasa taat setia kepada Mu sepanjang perjuangan mereka selama ini, agar mereka kembali kepada perjuangan asal mereka yakni Perpaduan Ummah dan bangsa Melayu; kalaulah ini dapat mereka lakukan, dan mendapat sokongan dari UMNO, restuilah ya Allah, agar Islam mendapat kedudukan yang sepatutnya diNegara Malaysia yang bertuah ini...Ameen

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan