500,000 KETURUNAN BUGIS SABAH DI MALAYSIA SIAPSIAGA MEMPERTAHANKAN DS NAJIB

on Saturday, March 30



 
PORTAL POPULAR SABAHKINI.NET MEMETIK TULISAN ASAL SAYA, MALANGNYA DITOKOKTAMBAH 
PRU13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Di Sabah terdapat beberapa Persatuan suku kaum yang memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan komuniti mereka. Antaranya Persatuan Suluk Sabah Bersatu (PSSB), United Sabah Bajau Organitation (USBO), Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), saya juga ada berjumpa dengan Persatuan Keluarga Timor Sabah, selainnya ada Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) yang kini lebih dikenali sebagai Persatuan Komuniti Bugis Sabah. Sebenarnya banyak lagi persatuan berdasarkan suku kaum di Sabah yang tidak saya sebutkan di sini.

Baru-baru ini pula tertubuh Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) yang kebanyakan penggeraknya ialah orang-orang Bugis Sabah yang sudah lama menetap di Selangor. PMBS ini mendapat sokongan kerabat DiRaja Selangor dan pihak keluarga DiRaja di Istana Negeri Selangor, juga mendapat sokongan individu seperti YB Senator Saudara Mohd. Ezam Noor dan lain-lain.

Pada masa terdahulu, terdapat beberapa Wakil Rakyat dari masyarakat Bugis di Sabah antaranya YB Datuk Salim Bacho di Kunak dan YB Tn Hj. Said Senang di Merotai. Pada masa itu (1980an) keluasan DUN Merotai hampir-hampir sama dengan keluasan Parlimen Kalabakan pada hari ini.

Namun demikian, pada Pilihanraya DUN Sabah pada tahun 1994, YB Datuk Salim Bacho dan YB Tn Hj Said Senang telah memilih Kerajaan Campuran USNO-PBS bertanding melawan parti UMNO yang baru masuk ke Sabah.

Akhirnya, kedua-dua wakil rakyat Bugis tersebut tewas dan tidak adalah wakil YB Bugis dalam DUN Sabah. Inilah kesilapan besar yang berlaku ketika itu. Jika tidak, saya yakin kedua-dua kerusi Kunak dan Merotai akan masih kekal diberikan kepada masyarakat Bugis di Sabah.

DI SABAHKINI.NET TERDAPAT TOKOK-TAMBAH (5/2/2013) 


ARTIKEL ASAL DI SINI http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html (28/2/2012)
JANGAN ULANGI KESILAPAN LALU

Apabila Parlimen Kalabakan diwujudkan, terdapat 3 kawasan Dewan Undangan Negeri telah diwujudkan dalam Parlimen Kalabakan iaitu Pulau Sebatik, Tanjung Batu dan Merotai.

YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian UMNO tidak meminggirkan masyarakat Bugis apabila memberikan tempat kepada Wakil Bugis di kawasan Merotai melalui YB Datuk Dr. Patawari Patawe (1998) dan seterusnya di Pulau Sebatik pada tahun 2004 dan 2008.

Persoalan yang timbul hari ini ialah Adakah pada tahun 2013 ini masyarakat Bugis akan mendapat semula salah satu kerusi mereka? Kalau dapat di kawasan manakah? Persoalann yang paling besar ialah siapakah wakil masyarakat Bugis yang akan dicalonkan itu?

Walaupun terdapat permintaan dari kalangan masyarakat Bugis untuk menambah satu lagi kawasan, ianya bukan satu perkara yang mudah, terutama selepas kehilangan Kunak suatu ketika dahulu. Harga kesilapan masyarakat Bugis sendiri amat mahal, maka itu dalam PRU13 nanti jangan lagi melakukan kesilapan.

Apakah maksud saya kesilapan itu? Jawapannya mudah, jangan biarkan tangan anda mengundi parti lain melainkan Barisan Nasional.

UMNO Kalabakan telah pun mendesak supaya kerusi Merotai yang lebih 70% adalah Bumiputera Islam hendaklah dikembalikan semula kepada UMNO setelah dua penggal dipinjamkann kepada parti LDP iaitu pada tahun 2004 dan 2008. Secara peribadi, ianya satu permintaan yang wajar. Parti LDP boleh kembali semula di kawasan yang masyarakat Cina mereka lebih majoriti seperti di Sri Tanjung dan kawasan Kota Kinabalu.

Masih banyak lagi masalah-masalah masyarakat Bugis yang perlu diatasi menjelang tahun 2020, khususnya dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan.

Semua masalah tersebut boleh diatasi secara perlahan-lahan, “slow-slow” apatah lagi jika kita berteduh di atas rumah yang besar dan selesa. Rumah itu ialah Barisan Nasional, maka undilah Calon Barisan Nasional. Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Bugis Sabah sama ada yang menetap di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung Malaysia supaya memilih Masa Hadapan yang cemerlang untuk survival dan anak cucu kita, survival itu ada pada Perdana Menteri DS Najib Tun Hj. Razak. Insyaallah dengan Izin Allah SWT.

Selamat Mengundi.

5 Komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..

saya mencadangkan agar satu dialog/forum di media perdana diadakan untuk menerangkan perjuangan dan sejarah masyarakat bugis khususnya di sabah.

Anonymous said...

halo bosku taik kuda. sayang cadangkan kamu bugis2 ni pulang kampung saja pok. lepas RCI bagi ja ic Malaysia tapi jangan bagi ic sabah. rampas semua harta2 dorang dan buang dorang ke laut.

Anonymous said...

yg salim bacho diletakan di kunak bukan sebab ramai orang bugis di kunak tetapi atas pilihan yb sakaran dandai yang mana isteri mereka adik beradik, jelasnya pemilihan salim bacho sebagai calon USNO di kunak disebabkan dasar dan pengaruh dinasti sakaran dandai...pada pilihanraya 1994, sakaran dandai menurunkan yb unding lana iaitu suku sakat isteri sakaran (unding lana sepupu mohd shafie apdal) menentang salim bacho dan hasilnya terbukti unding lana telah menang....moral of the story, kerusi dun kunak tidak seharusnya dituntut oleh kaum bugis sebagai milik mereka kerana semua orang kunak tahu status dan sejarah bugis di kunak...komen ini hanya satu pencerahan.

shandi muddin said...

Lancau la kau.. Kau la balik kampung mu.. Dengki sama suku lain.. Bugis bnyk yg berjaya.. Bnyk yg kaya2.. Tu la kau dengki.. Bodoh pnya kaum..

Anonymous said...

komen yg bertarikh 25/02/2015..bila masa plak isteri yb salim bacho adik beradik dengan isteri tun sakaran..?lepas tu ko tlg baca balik sejarah kunak ya..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan