ANWAR WAJAR SAMAN REUTERS

on Saturday, March 2

ANWAR PATUT SAMAN REUTERS, KENAPA TIDAK
INSIDEN di Lahad Datu, melambangkan kesabaran, ketekunan dan konsep rundingan yang masih menjadi pilihan Kerajaan Malaysia ketika menyelesaikan masalah pencerobohan warga asing yang bersenjata di Lahad Datu. Suasana di perkampungan tersebut sudah pasti stress, tegang dan emosional sepanjang rundingan. Apatah lagi dikhabarkan kumpulan penceroh tersebut mula kehabisan makanan, sakit-sakit dan melibatkan tegang.


Semalam, di Kuala Lumpur, Kerajaan Thailand memberi kepercayaan kepada Kerajaan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang hampir sama di Selatan Thai. Kita berjaya menunjukkan jalan kepada dunia bahawa, Pejuang Pembebasan Selatan Thailand (PULO) boleh mengecapi keamanan tanpa mengangkat senjata. Kita berjaya selepas kejayaan menandatangani auotonomi wilayah di selatan Filipina antara MILF dengan Kerajaan Filipina.
JOSEPH ESTRADA, MANTAN PRESIDEN FILIPINA
KELUARGA BESAR SULU
SEJARAH merupakan satu jalanan hidup yang tidak boleh berubah. Kesultanan Sulu di Selatan Filipina sudah lama mendapat layanan yang baik dari Kerajaan Malaysia. Sudah lama kita memberikan mereka beberapa bantuan, bukan setakat wang ringgit tetapi banyak lagi yang tidak perlu dihuraikan.

Bahasa mudahnya, orang-orang Sulu di Selatan Filiupina yang bersempadan dengan Lahad Datu, Sandakan, Semporna dan sekitarnya mempunyai keluarga di kedua-dua negara. Ini adalah lumrah dan tidak boleh dipertikaikan. Di Kelantan, anda akan  bertemu oranhg-orang Melayu Kelantan tetapi mempunyai ibu bapa dan keluarga di Patani dan sebagainya. Di Tawau, anda akan bertemu orang-orang Bugis, Jawa, Banjar, Tidung dan sebagainya yang juga mempunyai keluarga di negara Indonesia. Ia bukan pelik, jika Tahun Baru Cina, anda akan jumpa orang-orang Cina Malaysia yang balik kampung ke Tanah Besar China dan Taiwan. Bolehkah kita menghalang pergerakan ini?

Maka, keluarga Kesultanan Sulu, Keluarga Sultan Kiram yang besar, ahli-ahli MILF, ahli-ahli MNLF dan rakyat Filipina yang lainnya sudah pasti mempunyai keluarga di negeri Sabah. Kehadiran mereka ini, dalam jangka masa panjang merupakan cabaran kepada negara. Bagaimana kita mengurus kewujudan mereka dengan selamat, aman dan harmoni.
RUNDINGAN POPULAR
KENAPA ANWAR MENGGELABAH
Rekod menunjukkan Anwar mempunyai hubungan rapat dengan mantan Presiden Joseph Estrada dan Nur Misuari pemimpin MNLF yang terketepi dalam rundingan damai di antara Kerajaan Filipina dan MILF.

Kerajaan Filipina yang menentukan mereka hendak berunding dengan MILF dan MNLF? Dua puluh tahun dulu, Kerajaan kita diberi kepercayaan Menjadi orang Tengah antara Kerajaan Filipina dengan MNLF, keputusannya kita berjaya dan Nur Misuari dilantik Gabenor Mindanao. Lama kemudian, Kerajaan Filipina memecat Nur Misuari dan kita tidak menentang kerana kita tidak  boleh campurtangan urusan Kerajaan Filipina.

Kemudiannya, Kerajaan Filipina memilih MILF dan kita juga berjaya menjayakan Keamanan di antara Kerajaan Filipina dan MILF baru-baru ini.

Apabila akhbar-akhbar Antarabangsa seperti Reuters, Manila Times, BBC dan sebagainya melaporkan Tokoh Pembangkang di negara kita terlibat dalam permasalahan di Lahad Datu, DS Anwar menggelabah dan di Subang Jaya Anwar menafikannya dan marah-marah sambil menuduh itu suara UMNO. Saman sahaja Reuters dan Manila Times jika tidak betul laporan itu.

Kematian kedua-dua belah pihak boleh dielakkan jika penceroboh itu menerima tawaran kita. Malangnya peristiwa ini sudah berlalu.

Semoga ianya menjadi pengajaran...



0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan