ANWAR UNDER ESTIMATED: LAHAD DATU SPRING GAGAL

on Thursday, March 14

GAMBAR POPULAR
SEBAHAGIAN BESAR rakyat Malaysia masih tidak begitu memahami insiden di Lahad Datu dalam konteks yang lebih luas. Ramai yang melihat dari sudut pencerobohan orang-orang Sulu yang bersenjata ke Lahad Datu dan Semporna dengan niat untuk menuntut negeri Sabah sebagai hak mereka.


Sebagai sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia, sejarah moden negeri Sabah adalah mudah difahami. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Suruhanjaya Cobbold telah memutuskan bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka di dalam Malaysia, bukan dengan negara lain. 

Keputusan Sejarah ini sudah cukup membuktikan bahawa waris-waris Kesultanan Sulu yang masih menerima wang saguhati dari Kerajaan Malaysia sebagai tanda muhibbah, memahami sejarah dan geo-politik di pantai timur Sabah perlu menggunakan saluran yang diplomatik yang tepat. Yakni berurusan antara kerajaan dengan kerajaan yang sah. Soalnya, adakah waris-waris kesulatanan Sulu yang ramai ini bersatu-padu?

MALAYSIA SPRING

Dengan tempoh PRU13 yang semakin dekat, Pakatan Rakyat (PR) KHUSUSNYA DS Anwar Ibrahim memerlukan timing yang betul untuk melakukan Malaysia Spring, selepas momentun Bersih1, Bersih2, Bersih3, Himpunan Hijau dan terakhir Himpunan Raksasa di Stadium Merdeka tempoh hari gagal mencetuskan Malaysia Spring.

Rentetan dari itu, Anwar Ibrahim memerlukan satu lagi spring untuk mencetuskan keributan menjelang PRU13 dan akhirnya hasil daripada spring itu akan memenangkan mereka. Inilah harapan Anwar, malangnya kali ini ianya tidak menjadi.

Saya tidak boleh membuat kesimpulan sendiri, tetapi anda sendiri perlu melihat semua rentetan ini dengan mata yang terbuka. Mereka menjangka PRU13 diadakan seawal 28 Febrauri 2013 dan 1 Mac 2013 dan secara serentak mereka menceroboh di Lahad Datu pada hari yang sama. 

Di Malaysia, PRU13 adalah satu acara di mana pengikut-pengikut parti akan berkempen dengan apa yang disebut inilah "ibu segala pilihanraya". Sudah tentu akan berlaku kecoh sana kecoh sini, ceramah sana ceramah sini, dengan kegawatan siang dan malam, mereka yang telah merancang ini memikirkan inilah masanya untuk mendarat di Lahad Datu.

Malang sekali, PRU13 tidak pun diumumkan pada 28 Februari 2013 mahu pun 1 Mac 2013. Namun, mereka sudah pun mendarat. Agensi Perisikan Negara Filipina menyatakan semalam, mereka memintas bot yang dipenuhi kira-kira 250 orang Sulu yang membawa senjata, 4 orang MNLF dan kira-kira 10 orang wanita (Rujuk Laporan Akhbar Perdana & Filipina pada 12 dan 13 Mac 2013).

Maknanya, perancangan untuk membuat sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai menghuru-harakan negara dan menghuru-harakan PRU13 telah dibuat lama.

Kesimpulannya, Malaysia Spring yang dirancang Gagal! Rancangan seseorang hendak melakukan Malaysia Spring ala Arab Spring di Lahad Datu gagal. Mereka lupa, orang Melayu bukan orang Arab.

ANWAR UNDER ESTIMATED

Kesilapan Anwar ialah under estimated kemampuan Agensi Perisikan Negara Filipina. Apabila akhbar-akhbar luar negara seperti Reuters, Manila Times, Inquerer News dan sebagainya melaporkan akan wujudnya campurtangan asing dalam pencerobohan orang-orang Sulu ke Lahad Datu, Anwar khususnya menjadi gegak-gempita dan kelam-kabut.

Jika tidak benar laporan itu, mengapa perlu gundah-gulana. Mengapa perlu berkata "you ulang, saya saman you pulak", antaranya di http://mynewshub.my/2013/03/05/harlem-shake-you-ulang-saya-saman-you-pulak/.

Menteri Luar Malaysia semalam berkata, beliau dan rakan sejawatannya Setiausaha Luar Negara Filipina akan bekerjasama untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan penglibatan ketua pembangkang di Malaysia dalam insiden di Lahad Datu. 

Saya percaya, dengan adanya maklumat-maklumat yang diperolehi daripada Agensi Perisikan Negara Filipina itu, maka individu-individu yang dikaitkan di Malaysia akan dapat didedahkan.  Namun, kita sama-sama menanti laporan dari Agensi Perisikan Negara Filipina.

Agensi Perisikan Negara Filipina ini khabarnya memiliki butiran terperinci pertemuan dan rakaman perbualan di antara individu seperti Nur Misuari pemimpin MNLF dan Anwar Ibrahim pemimpin PKR

Kita (khususnya Anwar) tidak sepatutnya memandang rendah kebolehan dan keupayaan Agensi Perisikan negara luar. Sudah pasti mereka memiliki kekuatan yang tersendiri.

Kedua-dua mereka bersahabat baik sejak berpuluh tahun lamanya, kedua-dua mereka pernah menikmati nikmat kekuasaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gabenor, namun kedua-duanya juga sudah jatuh dan ingin kembali semula di persada kuasa.


Pada pandangan saya, Anwar harus terbang semula ke Manila dan menyaman Inquirer News dan Manila Times kerana mengaitkan dirinya dalam kes di Lahad Datu. Janganlah hanya berani menyaman Utusan dan TV3 sahaja, ataupun menggertak rakyat dengan kata-kata "you ulang, saya saman you pulak".

Inikah lambang Demokrasi Anwar Ibrahim? Tanya pun Tak Boleh? Tanya pun Nak Saman Orang?...

(Hari ini 13/3/2012 berita melaporkan bahawa Azmin Ali, orang kanan Anwar, seawal pagi membuat spin kononnya Anwar akan ditangkap kerana insiden di Lahad Datu. Mereka menuduh diri mereka sendiri. Apakah rakyat Malaysia mempercayai permainan politik seperti ini lagi!)

Selamat Membaca.
Kota Kinabalu.






1 Komen:

Anonymous said...

Nak tanya ni...

Gambar atas sekali bila dirakam?

Di mana?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan