TUN MUSA DAN YB KJ

on Monday, March 18

BERSATU

Pada tahun 2008, Kerajaan BN yang dipimpin Tun Abdullah AHmad Badawi (Pak Lah) mengalami kemerosotan yang paling terok dalam sejarah, walaupun pada tahun 2004 Pak Lah memenangi Pilihanraya dengan sangat bergaya sehingga hampir-hampir menawan negeri Kelantan. Hanya tinggal 1 dan 2 kerusi sahaja.


Sepanjang 2003-2009, Tun Musa Hitam menerima kesenangan yang amat besar kerana Pak Lah memberikan penghormatan dan layanan yang baik kepada Tun Musa Hitam. 


PERPADUAN
YB Khairy Jamaludin

Ramai orang melihat antara sebab kejatuhan Pak Lah ialah campur tangan di saat-saat akhir YB Khairy Jamaludin dalam urusan pencalonan semasa PRU13. Saya tidak hendak komen apa yang telah berlaku, namun Pak Lah sudah tidak lagi mengetuai parti, maka satu pandangan baru mesti diberi keutamaan.

Saya bukan anti YB Khairy Jamaludin. Saya beberapa kali melihatnya berhujah, dan hujah-hujahnya bolehlah tahan terutama ketika dalam debat, forum dan juga di Parlimen. Namun, bagi saya secara peribadi YB Khairy Jamaludin bukanlah individu yang sesuai pada masa dan tempatnya untuk memaksa Presiden parti untuk menerima listnya, kali ini. Masa YB KJ sudah berlalu, khususnya ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh YB KJ sekarang memadai dan diucapkan terima kasih dalam memperkuatkan imej dan prestij parti UMNO dan BN. Itu pun sudah cukup baik. Soal sama ada ianya sudah membayar kesilapan lamanya dahulu, hanya masa dan keadaan yang akan menentukan, namun YB KJ perlu membuktikannya semasa PRU13 nanti.
BERSATU PADU
Tun Musa Hitam

Tun Musa Hitam adalah berketurunan Bugis. Bezanya, YAB Perdana Menteri dari keturunan Bangsawan Bugis.

Baru-baru ini Tun Musa Hitam melakukan perkara pelik apabila dilaporkan berkata negara tidak akan bankrap apabila kerajaan bertukar tangan! Kita tidak pasti apakah kata-kata itu terbit kerana isu di Sime Darby, atau isu lain seperti kekuatan Tun Dr. Mahathir hari ini dalam kerajaan.

Semasa Pak Lah mengetuai kerajaan kita, Tun Musa Hitam menikmati pelbagai perkara. Pak Lah memberikan merit dan kesahabatan yang tinggi kepada Tun Musa Hitam, sebaliknya kelihatan kurang kepada Tun Dr. Mahathir.

Pada zaman DS Najib Tun Razak, tidak ada perbezaan yang ketara dalam hubungan DS Najib dengan kedua-dua tokoh negara ini. DS Najib memberikan penghormatan dan layanan yang sangat baik kepada Tun Dr Mahathir dan juga kepada Pak Lah.

Semasa kerajaan Pak Lah mengalami pelbagai tekanan daripada pelbagai sudut seperti Harga Minyak yang melambung, Isu Harga Gula dan Beras yang meningkat, Ketiadaan Bonus, isu Hindraf dan pelbagai lagi...pernah di dapati Pak Lah dan Tun Musa Hitam kelihatan bersama-sama. Apakah Pak Lah pergi bertemu Tun Musa Hitam mendapatkan nasihat Tun Musa Hitam atau Tun Musa Hitam yang memberikan pandangannya kepada Pak Lah, hanya mereka mengetahuinya.

Hanya yang boleh kita tulis ialah, selepas itu, keputusan PRU12 tidak memihak kepada Pak Lah.

Pandangan saya ini tidaklah bermaksud kedua-dua mereka ini hendak diketepikan.

Bagi saya, YB Khairy Jamaludin dan Tun Musa Hitam perlu berada di atas landasan yang kukuh di belakang DS Najib. Kita memerlukan kemenangan lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Lihatlah Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun sudah berusia 88 tahun beliau tidak berdiam diri. Beliau tidak menuntut apa-apa pun. Beliau hanya mahu membantu kemenangan BN lebih 2/3.

Atas nama Ketua Pemuda UMNO, saya mengajak YB Khairy Jamaludin untuk bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jika YB Zulkifli Noordin pada tahun 1998 mencerca dan menghina Tun Dr Mahathir tetapi baru-baru ini YB Zulkifli Noordin bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukankah ia sangat baik kepada imej. Tun Dr. Mahathir adalah manusia pemaaf, itu sudah cukup.

Saya percaya, imej Pemuda UMNO akan lebih terserlah dan terkedepan jika perkara ini dapat dilakukan menjelang PRU13! Saya tidak pernah melihat ada satu Majlis Pemuda UMNO bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad!

Salam, jika anda tidak bersetuju, tidak mengapa, ini idea sahaja, yang penting BN menang besar 2/3 majoriti. Saya tidak boleh mendetailkan tulisan saya ini. Jika anda faham sedikit pun sudah ok. Yang pentingnya, yakinkan rakyat, berikan undi kepada DS Najib dan BN.



7 Komen:

ibnusahdan said...

Aku pun sependapat dengan kamu.kurang minat dengan YB kj.tetapi aku ada baca dalam quran yg mengatakan "barangkali kamu benci akan sesuatu akan tetapi Allah menjadikan kebaikkan yg banyak padanya".dari itu aku ketepikan pendapat aku dan memilih apa yg diperkatakan dalam quran itu.

ketupat rendang said...

kami sokong sepenuhnya.lupakan sengketa lama.buang yg keruh ,ambilahyg jernih.rasanya tak sabar nak lihat pemuda umno berjumpa tun mahathir demi parti umno yg tercinta..allahuakbar..hidup UMNO..hidup BARISAN NASIONAL.

Anonymous said...

bagi aku yb kj seorang yang bijak dan berkebolehan. zaman dia bersama pak lah dah berlalu. dia pun dah membina kedudukan dia sendiri. dia masih muda dan berpendidikan. bijak berdebat dengan pihak pembangkang. amat rugi kalau umno lepaskan dia. sebab dia mempunyai kekuatan dan kebolehan yang masih belum ditonjolkan. perkara yg empat tahun dahulu sudah boleh dilupakan. kj pun tentu ingin menyumbangkan khidmat baktinya untuk agama, nusa dan bangsa. ds najib patut memberi peluang kepada kj untuk membuktikan kebolehannya yang sebenar. PuteraNS.

Anonymous said...

KJ tak boleh ikut sangat style Anwar yg gila jawatan. Contohilah Najib yg lebih terkebelakang dlm soal jawatan parti dlm generasinya, tapi menyerlah di Kementerian. Akhirnya dia juga yg dipilih sbg presiden bukan Anwar/Mat Taib/Rahim T.Chik atau ramai lg yg sezaman dgnnya. Buktikan pd PM kemampuannya bekerja. InsyaAllah dia akan berada dlm Kerajaan pusat.

Anonymous said...

Bukan ka masa pru tahun 2004 dulu Tun Dr. lari tinggalkan UMNO...

Tikam Pak Lah depan-depan terang-terangan...

Sebab kununnya benci ya amat kat budak-budak tingkat 4 katanya...

Hang pa dah lupa ka?

Ka hang pa buat-buat lupa?

Anonymous said...

malaysia da rosak dik kerana pak mertua dan dia sendiri..Politik kini haru biru dik meka dua ekor dan budak tingkat 4, hingga Bn tersungkur pada 5 negeri ( perak da dapat sebab lompat katak) .KJ Dok diam diam. ak lagi lum matang, kau tunggu matang sikit baru boleh la di calonkan .if not SHUTUP

Anonymous said...

Paklah dan KJ Kita orang tak akan lupa ..bebalnya dan rakusnya kau orang

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan