DATUK MARY YAP TAWAU

on Wednesday, April 17

STATISTIK PARLIMEN TAWAU 2008
Di Sabah, kebanyakan calon-calon BN merupakan muka-muka lama yang akan membawa cabaran BN. Ianya dilihat sebagai satu percaturan untuk mengekalkan kemenangan 100% BN Sabah. 

Datuk Mary Yap merupakan mantan tokoh pendidik di peringkat nasional, dan pemilihannya sudah diketahui lebih awal. Semasa saya masih mengajar dahulu, Datuk Mary Yap pernah memberikan kursus grooming kepada kami. Juga semasa perasmian Novel saya "ABAKA" di sebelah, beliau turut hadir sebagai tetamu kehormat dan memberikan sokongan. 

Selepas dari itu, beliau menjemput saya ke rumahnya dan kami berbincang hal-hal berkenaan buku dan pengalaman beliau dalam pendidikan. Malangnya saya tidak sempat melakukannya, iaitu apabila beliau meminta bantuan saya untuk menulis idea-idea pendidikannya 8 tahun dahulu (2005). Saya pernah menulis mengenainya di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/05/sila-semak-nama-anda.html .

Dalam politik di Tawau, Datuk Mary Yap bukan tokoh guru pertama berkecimpung dalam politik, sebaliknya mantan Pengetua SMK Kuhara, Tawau Encik Albert Chia turut berjinak-jinak dalam politik PBS selepas beliau bersara (awal 1990) walaupun tidak berjaya.

Melihat kepada Sejarah Parlimen Tawau, mana-mana calon BN mempunyai kelebihan untuk menang. Dahulu, Datuk Chua Soon Bui, Shim Paw Fatt dan Goeffrey Yee memenangi dengan mudah atas tiket BN. 

Apapun saya amat bimbang kerana Datuk Mary Yap seorang yang masih baru dalam politik, beliau tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan rakyat.  Datuk Mary Yap harus mengubah penampilannya, bahawa beliau bukan lagi seorang Pengetua Cemerlang, beliau bukan lagi seorang ketua dalam organisasi pendidikan yang pernah dinikmatinya. Kini beliau akan berdepan pelbagai macam rencam rakyat dan pelbagai masalah yang tidak dialaminya semasa menjadi Pengetua cemerlang. Kedua-dua bidang ini sangat berbeza. 

Pada tahun 2008, Datuk Chua Soon Bui (SAPP/BN) mendapat undi 13,943 undi, manakala Chan Fong Hin(DAP) mendapat 9,076 undi dan Berhan@Birhan Ruslan (PKR) memperolehi 3,278 undi. Jika PKR dan DAP meletakkan hanya satu calon kali ini, maka ianya akan menjadi rumit. Datuk Chua Soon Bui dengan majoriti 4, 867 undi.

Di DUN Apas dan Balung di kawasan Parlimen Tawau, saya mempunyai keyakinan BN akan mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut. 

Pemikiran saya ialah, DS Najib memerlukan Kemenangan 2/3 dalam Parlimen. Saya mahu DS Najib memenangi PRU13 ini dengan sokongan 2/3 Majoriti dalam Parlimen supaya beliau boleh mengurus negara ini dengan lebih kukuh, berkesan dan lancar.

Walau apapun 'game' dan "politiking" yang berlaku dalam PRU13 kali ini, fokusnya ialah memberi kemenangan 2/3 kepada DS Najib. Politik seperti kata Tun Dr Mahathir, "hari ini menjadi kawan, esok menjadi musuh, lusa menjadi kawan semula, tulat bermusuh lagi", kata Tun Dr. Mahathir lagi "dalam politik kadang-kadang kawan jadi lawan, kadang-kadang lawan pula jadi kawan".



0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan