APA SALAH BERCAKAP SOAL BANGSA DI SISI ISLAM

on Sunday, May 12

DS NAJIB DI CELAH-CELAH UMAT ISLAM DI MASJID NEGARA JUMAAT LALU 11.5.2013

UMNO dan Pas perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, untuk itu mana-mana pihak yang menolak kepada penyatuan Melayu Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama?

"Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sini hari ini.

Wacana anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu turut menampilkan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah sebagai ahli panel.


2 Komen:

Anonymous said...

Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

Anonymous said...

Aku marah betul dengan UMNO ni...

Bila pengundi-pengundi Cina tinggalkan BN dimarahnya orang Cina lepas tu bagi macam-macam kat orang Cina walaupun orang Cina tak mintak...

Tapi bila pengundi-pengundi Melayu tinggalkan BN dimakihamunnya orang Melayu kununnya tak bersyukur lepas tu bagi macam-macam kat orang Cina jugak walaupun orang Cina tak mintak...

Orang Melayu yang jadi fix deposit ni dipandangnya sebelah mata malah tak pandang pun ada...

Dulu, kini dan selamanya!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan