TAHNIAH ORANG SABAH JADI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

on Wednesday, May 15

Kita mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Datuk Mohd. Bakri Zinin (gambar) atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru. Ianya membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan penjawat-penjawat awam yang berkelayakan untuk menjawat jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan.

Datuk Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor Percubaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Datuk Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

Kepada rakan-rakan saya yang berkhidmat dengan pasukan Polis, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas. Perlantikan orang Sabah sebagai orang nombor dua dalam pasukan Polis hendaklah dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya, dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

1 Komen:

Anonymous said...

Saya tak kesah dari mana Datuk Mohd. Bakri Zinin berasal...

Asalkan saja dia yang paling layak...

Tahniah...

Semoga perlantikan ini dapat banyak menyumbang kepada keamanan khususnya di Lahad Datu dan Malaysia amnya...

Aamiin...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan