SHAFEE ABDULLAH, PENEMUAN BAHARU

on Wednesday, October 29

Penemuan Baharu
Hujah TS Shafee Abdullah (gambar) menjadi faktor penting dalam penentuan nasib DS Anwar Ibrahim esok atau lusa. Adakah TS Shafee akan mengemukakan penemuan baharu? berbanding pasukan peguam DS Anwar yang dikatakan hanya mengemukakan hujah lama.

Peguam-peguam DS Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara berulang-ulang, nampaknya tiada penemuan baharu kata pemerhati, ianya menjadi penanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar. Ramai orang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam DS Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.

Semasa saya bertemu TS Shafee di Mekah dua tahun lalu, beliau seorang yang sangat simple hanya berdua dengan anak lelakinya, jika saya tidak silap.

DS Anwar sangat gerun kepada TS Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun 'trick' DS Anwar yang tidak diketahui oleh TS Shafee. Begitulah gambarannya. TS Shafee pernah berkata, dia lebih kenal DS Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir.

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan TS Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen TS Shafee tetapi dia sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.


Sekuriti, Integiriti dan 10,000 Patah Perkataan
Saya mendengar, anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada TS Shafee melalui orang ketiga, beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang diamalkannya. 

Maka tiada siapa mampu mencubabelinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa. DS Anwar tahu hal ini, kerana itu DS Anwar berusaha membatalkan TS Shafee daripada menjadi pendakwa.

10,000 patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal DS Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan yang dikeluarkan oleh TS Shafie.

Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hak hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada DS Anwar atau kepada Saiful.

Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes DS Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.

Bagi saya bukan soal siapa kalah siapa menang, bagi saya rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu. 









2 Komen:

Anonymous said...

TS Shafee bukan calang2 orang. He has a rapier sharp mind.

Anonymous said...

Salam,

Saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang ahli ABIM satu ketika dulu. Entah macam mana isu AI turut menjadi perbualan kami. Saya berkongsi pengalaman saya berbual berdepan mata dengan tokoh akademik yg tidak asing lagi kepada ABIM yakni Prof. Dato' Sidik Baba. Saya terkejut mendengar penjelasan beliau bahawa ABIM tidak bersetuju dengan apa yg sedang diketengahkan oleh Prof DSB mengenai AI. Dia menyatakan secara langsung bahawa Prof DSB memfitnah AI.

Apa pun .. pendapat dan pendirian itu HAK peribadi. Namun wajib kepada kita berpijak kepada pendekatan Islam dalam mencari kebenaran.

Mungkin para pembaca yg sudah maklum siapa Prof DSB dan yg masih belum bolehlah layari internet mengenai beliau dan hubungan beliau dengan AI. Apa yg menariknya ialah, saya bertanya kepada beliau (ahli ABIM), Apakah beliau pernah bersemuka dengan Prof DSB yakni, bertanyakan secara 4 mata mengenai apa yg diketengahkan oleh Prof DSB mengenai AI selama ini !!! Beliau menjawab "Tidak Pernah" !! ... Saya juga beri pandangan bahawa sebagai Ahli ABIM, maka beliau mempunyai laluan mudah untuk bertemu Prof DSB dan boleh bertanyakan mengenai isu-isu berkaitan untuk pencerahan. Alangkah terkejutnya saya bahawa beliau menjawab "Tidak Perlu" ... !!

Saya respon cara begini > Adalah tidak wajar beliau berpendirian seperti itu kerana untuk mencari KEBENARAN dan untuk mendapatkan PENCERAHAN .. setiap Islam perlu duduk bersama untuk tujuan ini bagi mengelakkan unsur FITNAH dan buruk sangka.

Sesiapa jugak yg bertemu dengan Prof DSB, tidak bermakna mereka perlu dilebelkan sebagai penyokong mana-mana pihak. Yang penting, mendengar dan mempertimbangkan sesuatu yg tidak jelas itu adalah satu pendekatan terbaik sebagai intipati dalam melihat sesuatu isue.

Saya kataka lagi, sebagai contoh saya bukan ahli ABIM !!
Namun saya berjaya mendengar apa yg diketengahkan oleh Prof DSB sendiri .... maka pada saya setiap ahli ABIM perlu berjumpa Prof DSB untuk mendengar hujah dan statement beliau selama ini terhadap AI. Ini adalah SAKSI HIDUP. Kita berpeluang untuk mendengar dari dua pihak maka ambilah peluang keemasan ini untuk mendapat cahaya yang lebih terang.

Apa pun, saya tidak terkilan dengan pendirian beliau kerana sikap FANATIK yg jelas terhadap AI bukan satu perkara yang baru. Ada pula saya dengar kewujudan kumpulan yang lebih HEBAT dari para FANATIK .. yg ambil kesempatan mendapat UPAH untuk setiap perhimpunan yg dianjurkan oleh pihak AI.

Akhirnya ... dengan DUA kumpulan seperti ini lah yg akan menyebabkan perpecahan yang berpanjangan. Yang menyebabkan tidak ada satu intigriti dalam jiwa dan seterusnya masyarakat berterusan dengan kekurangan dan kecacatan MINDA. Inilah senjata yg dimainkan oleh musuh Islam seperti Yahudi Zionis laknatullah.

Namun saya tidak beranggapan bahawa isi perbualan saya dengan ahli ABIM tersebut adalah STATEMENT DAN PANDANGAN RASMI pihak ABIM.

Sekadar pandangan. Wassalam.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan