SURAT, ENAM PILIHAN DS ANWAR IBRAHIM

on Thursday, October 16

Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya percaya DS kini sedang memberi perhatian kepada perbicaraan di Mahkamah  Rayuan pada 28-29 Oktober 2014, namun saya juga percaya DS menganggap semuanya itu kecil belaka sehinggalah hari terakhir. Bukankah amanat DS yang popular dahulu "kalau takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan".

Sebenarnya, bagi saya lebih baik DS bermunajat, bermuhasabah, berzikir, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat hajat, menunaikan umrah dan Haji insyaallah, daripada DS mengharapkan kepakaran manusia-manusia yang bergelar peguam-peguam terhebatlah termahallah dan sebagainya. Semuanya itu DS telah lihat sekian lama hanya mubazir wal membazir. (Keenam)

PRU13 sudah berlalu, krisis Menteri Besar Selangor sudah berakhir, Langkah Kajang tidak lagi menarik, semuanya berakhir dengan kegagalan. Gagal kerana tidak mencapai hasrat sebenar. Sejak 2004 hingga sekarang 2014, sudah 10 tahun DS berusaha menjadi Perdana Menteri namun Allah SWT tidak juga memberi keizinanNYA.

Bagaimana kalau DS ambil jalan mudah, bersara sebagaimana janji-janji DS sebelum PRU13 dahulu. Apa lagi yang DS bimbangkan, isteri sudah menjadi Yang Berhormat, anak sudah menjadi Yang Berhormat, rumah megah di atas bukit atau ada lagikah anak-anak DS hendak dijadikan Wakil Rakyat? 

Saya cukup yakin DS sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak dibimbangkan, makan minum rumah wang ringgit harta benda segalanya saya yakin lebih daripada mencukupi. Saya sangat yakin DS boleh bersarapan di Jakarta, makan tengah hari di Washington dan makan malam di London dalam masa 24 jam.

Perjuangan DS kepada negara apakah yang boleh dibanggakan oleh generasi mendatang? DS kelihatan terlena semasa pembentangan Bajet 2015? Adakah membanggakan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu langkah pencegahan yang sangat berkesan untuk melestarikan keamanan dan kebahagian rakyat Malaysia. ISA bukan untuk Kerajaan, ISA untuk keamanan rakyat Malaysia. Tidak percaya kah, tanya Lee Kuan Yew atau Lee Hsien Leong? Atau bacalah buku "The Singapore Story oleh Lee Kuan Yew".

Sejak awal tahun 1980an, DS asyik bercakap mengenai perubahan. Kemudian di hujung tahun 1990an bercakap hal reformasi. Seterusnya DS bercakap isu keadilan dan kesamarataan.

Menjelang PRU14, adakah DS akan membuat satu lagi janji baharu untuk bersara sekiranya tewas? Negara kita memerlukan sebuah pasukan politik yang kuat untuk berhadapan dengan cabaran masa hadapan yang lebih besar.

Amerika tidak boleh lagi mendabik dada kerana China dan India bukan sahaja akan menguasai dunia di darat dan di angkasa, tetapi mereka sudah mula mengatasi yahoo dan google. Negara China tidak memerlukan Dollar Amerika untuk maju ke hadapan, tetapi Amerika sangat menakuti Yuan. Pertembungan ini sudah lama dibicara oleh Profesor Samuel Huntington di Washington. Ianya tidak dapat dielak.
Kita ada beberapa pilihan untuk meletakkan Malaysia terus berada di hadapan, berlari dengan betul di atas trek yang sukar.

Pertama, DS perlu mengotakan janji-janji DS untuk bersara sekarang. Dengan persaraan DS, negara kita Malaysia akan lebih aman daripada kacau bilau politik yang membuang masa malah merugikan orang Melayu dan umat Islam. Malaysia perlu dipacu oleh seorang Ketua Pembangkang yang lebih berpandangan jauh. Masa DS sudah berlalu, maaf cakap DS menjadi sudah tidak relevan. 

Kedua, DS kena bekerjasama dengan kerajaan sedia ada. Sama ada DS menyertai kepimpinan DS Najib, atau DS menjadi sebahagian daripada pasukan. Mekanismenya amat mudah, tapi saya belum mahu menulis mengenainya. Naib Presiden Indonesia yang baharu, Jusuf Kalla lebih bijak dalam hal ini, walaupun beliau salah seorang pemimpin utama Golkar namun beliau boleh menang atas tiket PDPI-Perjuangan. 

Ketiga, DS perlu redha dan menerima ketentuan Allah SWT dengan sabar, tawakkal dan beriman. Usaha yang DS lakukan sejak 30 tahun lalu untuk menjadi Perdana Menteri barangkali Allah SWT sudah tentukan dengan hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja, wallahu'alam. Bersyukurlah kepada Allah SWT. Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul makirin (Surah Al-Imran, Ayat 54) yang bermaksud 'mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Keempat, menjadi pensyarah di University Washington atau di Universiti dalam negara. Jadilah apa sahaja, pensyarah pelawat, pensyarah kanan, profesor madya, penceramah, dan ambillah kesempatan menulis buku. 

Kelima, saya tidak mahu menulisnya kerana saya tahu ramai orang yang tidak bersetuju, tetapi saya tulis jua kerana seorang wakil rakyat UMNO meminta saya menyampaikan kepada DS Najib supaya menerima semula DS. 

Keenam, di atas.

Sekian sahaja kali ini, sesungguhnya kebaikan itu dari Allah SWT, kelemahan itu dari saya manusia biasa.

Al-Azharri Siddiq.
KLIA.







8 Komen:

Anonymous said...

Saya tak bersetuju dgn cadangan ini,keran bagi saya, perkara yg paling baik di lakukan oleh Anwar atau terhadap Anwar ialah segera memasukan beliau ke PENJARA.

Anonymous said...

Saya pun tak setuju Anwar dijadikan pemimpin sama sekali. Dia manusia paling bangsat yang pernah lahir di Msia. dia makhluk perosak yang tiada tandingan. senang saja nak menjatuhkan dia buat selama2nya tetapi pemimpin umno bodoh...ammo atau peluru atau modal [bukti] lebih dari cukup untuk menembak mati karier politik dajjal ni. tetapi pemimpin umno pun takde credibilty. cakap omputihnya, pot calling the kettle black. Dua kali lima. Kpd ahli umno yang jujur dan ikhlas, tolonglah tukar kepimpinan party tuan2/puan2 sekelian. Sebagai seorang warga selangor yang non-partisan. saya ingin menyatakan di sini, noh omar is the worst person to lead umno in selangor. Dalam keadaan PR sekarang, kalu pimpinan umno cerdik ckit, nx election PR will fall tapi with present umno leadership, takdok arohlah!

Anonymous said...

Hmm menarik tapi saya juga tidak bersetuju.

Anonymous said...

salah satu dari tiga tanda orang munafik ialah mungkir janji.

Anonymous said...

saya sangat bersetuju tapi yang hairanya kenapa ramai org melayu masih buta dan pekak
kalau ds Najib tak bagus ds anuar 100 kali teruk dari najib
saranan saya ds anuar bertaubatlah Malaysia sekarang diambang maha kelam kabut yang bertanduknya DSA

Anonymous said...

Masa bila ANWAR IBRAHIM tu masih islam lagi...dari tahun 1974 hingga sekarang apa yang dibuat oleh beliau adalah menipu, memfitnah, mengkucar kacir serta memecah belah orang melayu saja...tiada satu pun kebaikan yang pernah dilakukan oleh beliau di malaysia ini, walaupun pada zaman beliau sebagai timbalan perdana menteri dulu. Kalau diperhatikan dalam video klip diatas...jelas beliau ini lebih dari manusia MUNAFIK...Ucapan itu bila? Tetapi kenapa sampai sekarang masih lagi gila kuasa...

Anonymous said...

Tak payahlah bagi 5-6 saranan. Cukuplah 1 saranan saja..msk penjara kajang saja spya negara aman dan selamat.

Anonymous said...

Salam - saya berpendapat bahawa telah ramai rakan-rakan AI (rakan dan penyokong veteran) telah melaksanakan sembayang sunat Istikarah. Mereka dah mendapat pencerahan dan terbukti ramai rakan2 lama AI telah pun meninggalkan beliau (lebih dari 30 orang yg saya dengar).

Kepada saya pulak, saya dah dengar dari mulut AI .. dan saya dah nampak dari kebanyakan tindakan-tindakan beliau .. dan saya jugak telah dengar dari beberapa anjuran dialog oleh bekas polis, para akademik dan bekas politician.

Maka cukuplah. Saya mengambil keputusan bahawa Anwar Ibrahim adalah satu individu yg mencurigakan yakni .. "WAS-WAS". Memang saya tidak nampak beliau membenamkan senjata sulitnya dalam dubur Saifol .. mmg saya tidak nampak dan saya tidak menuduh beliau mengamalkan homoseksual.

NAMUN ... Islam menyatakan bahawa Janji Allah swt itu benar. Doa seorang ISLAM yg TERINAYA itu adalah terus diangkat kepada Allah swt tanpa sebarang halangan.

Jika selama lebih dari 25 tahun saudara Anwar berdoa untuk mendapat keadilan .. TIDAK mungkin Allah swt tidak izinkan .. "Sesungguhnya Allah swt tidak pernah memungkiri janji Nya".

Wassallam.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan