VIDEO SIRUL DAN RESPON KEPADA TUN DR. MAHATHIR

on Friday, April 3

Anda janganlah terlalu seronok membaca artikel terbaharu chedet.com kerana Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam tulisan terbaharunya itu, hanya berkata ramalan oleh masyarakat.

Umum mengetahui, dalam disiplin seorang pegawai perubatan khususnya doktor, ramalan ke atas seseorang patient adalah tidak boleh digunapakai, kerana ianya akan membahayakan nyawa pesakit itu. Amatlah merbahaya menentukan masa hadapan rakyat dan negara berdasarkan ramalan semata-mata!

Walau bagaimanapun, masyarakat di Malaysia telah meramalkan sejak tahun 1990 lagi bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tumbang. Malangnya, Allah SWT masih memulihara kerajaan ini sehingga sekarang. Seseorang peramal tidak mungkin bisa mengatasi kuasa Tuhan yang mencipta dirinya.

Namun percayalah, Tun M tidak akan membiarkan UMNO dan Datuk Mukhriz atau negeri Kedah tewas dalam PRU ke-14 kelak !

Sejak beberapa minggu ini, pihak pembangkang khususnya tidak lagi membangkitkan kes Altantunya, isu kapal selam dan Sirul kerana Mahkamah telah pun membuat keputusan selepas bertahun-tahun ianya dibicarakan. Presiden PAS pun tidak membangkitkan isu-isu tersebut melainkan hanya dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS yang memalukan tempohari.

Namun begitu, adalah lumrah apabila kita tidak lagi berada di dalam kerajaan, kita akan merasai banyak kebebasan dan tidak akan rasa bersalah untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang kita sendiri adalah antara pengasasnya, malah boleh keluar masuk sesuka hati.

Sebenarnya mengkritik kerajaan amat bagus jika niat untuk memperbaikinya kerana saya sendiri tidak henti-henti mengkritik Cuepacs kerana menganak-tirikan kakitangan awam kerajaan dari Sabah dan Sarawak.

Video Sirul?
Berkenaan kenyataan Sirul kononnya dia diarahkan, sebenarnya ianya bukanlah keluar dari mulut Sirul tetapi ianya ditulis oleh portal-portal pro pembangkang sahaja dan semua orang mempercayainya termasuklah Tun M sendiri nampaknya diterperdaya oleh laporan itu.

Soalannya, adakah sesiapa di kalangan anda telah mendengar sendiri daripada mulut Sirul akan kenyataan itu? Adakah rakaman video mengenainya? Malaysiakini mendedahkan berita ini tetapi Kini TV tidak berjaya menunjukkan rakaman hidup? Bolehkah rakaman mati dipercayai?

Ketua Penerangan PAS yang memalukan para wartawan di Kuala Lumpur tempohari pun tidak berjaya mengeluarkan video rakaman ketika kononnya melawat Sirul di Australia?

Seseorang doktor perubatan tidak akan membuat keputusan dan diagnosis tanpa memeriksa sendiri bukti-bukti atau penyakit seseorang dengan tangannya sendiri, matanya sendiri dan ilmu pengetahuannya. Seseorang doktor perubatan tidak akan mempercayai jika hanya sekadar ramalan atau cakap-cakap orang lain tanpa melihat dengan mata kepala sendiri kebenaran sesuatu perkara.

Hari ini ramai pengkritik menyebut nama Jho Low, Ananda Krishnan, Petro Saudi dan sebagainya. Malangnya mereka sendiri tidak pernah bertanya kepada Jho Low, Ananda krishnan dan Petro Saudi akan kebenaran tuduhan-tuduhan itu. Sebaliknya mereka terpedaya dengan laporan tipu oleh sesetengah portal pro pembangkang.

The Malaysian Insider terbukti menipu dalam hal Hudud baru-baru ini. Namun, apabila mereka sudah biasa menipu di dalam sebahagian besar laporan berita, maka itu telah menjadi kerja rutin harian mereka. Adakah kita rela ditipu oleh portal-portal penipu seperti itu?

Peliknya, keberanian mereka hanya menyerang kepada DS Najib sahaja kerana itulah sahaja kemampuan yang mereka miliki. Betullah kata seorang bekas pemimpin UMNO, katanya "Kami dalam UMNO ini tidak dilatih untuk menjatuhkan DAP ataupun PAS, kami di dalam UMNO ini dilatih untuk menjatuhkan sesama kami".

Terdapat juga pihak yang sangat-sangat mempercayai laporan Sarawak Reports yang katanya memiliki dan menyimpan beribu-ribu emel mengenai 1MDB. Malangnya sehingga sekarang dia sendiri gagal menunjukkannya, kerana itulah dia juga gagal mendedahkan emel-emel itu di mana-mana portal berita pun. Ramai orang rasa hendak ketawa mendengar cerita dongengan ini.

Doktor-doktor pakar dan para consultan akan berbeza pandangan dalam hal-hal procedure dan management patient mereka kerana banyak faktor tertentu. Kadangkala pakar-pakar ini berasal daripada universiti yang berbeza-beza di luar negara atau pun dalam negara, kadangkala mereka berhadapan penyakit yang sama tetapi kondisi yang berbeza. Maka mereka akan bertengkar kerana mempertahankan management dan procedure masing-masing.

Kebiasaannya, doktor biasa (MO) hanyalah bertugas sebagai membantu para pakar dan konsultan ini, mereka tidak boleh pun membuat procedure dan management kerana kekurangan pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Malangnya di Malaysia, ramai yang menjadi pakar cerita pembunuhan Altantunya, Sirul dan 1MDB.

Sumber Tun
Sudah tentu saya tidak akan menolak sebahagian daripada tulisan Tun M, namun hendaklah diakui jua bahawa tidak semuanya tepat. Tun M mungkin mendapat maklumat daripada sumber lain. Isunya, adakah Tun M juga mendapat sumber daripada pihak kerajaan.

Saya mencadangkan supaya kerajaan dan 1MDB memberikan sendiri maklumat yang sepatutnya kepada Tun M. Janganlah membiarkan Tun M menerima maklumat daripada sumber sekunder, apatah lagi daripada kumpulan yang seringkali bersembunyi di belakang tabir.

Jika kerajaan menghadapi kesukaran melayan Tun M sebagai mantan Perdana Menteri, layanlah Tun M sebagai seorang tua yang memerlukan kasih sayang dan layanan yang terbaik. Saya bersetuju Tun M belum nyanyok.


10 Komen:

Anonymous said...

Nampaknya blogger ni ambil jalan mudah - hanya sumber kerajaan saja boleh dipercayai. Jangan panadang rendah dengan Tun M. Submer dia lebih kuat dari apa yang blogger dapat. macamana kerajaan nak mengaku saja buat salah? Pusing gila2 kata semua ok. Macam sumber Tun semasa memecat Anwar. Siapa percaya masa tu? ramai tak percaya. Aku rasa connection Tun more than a million time reliable than sumber blogger ni. Tapi apa nak buat, dia rasa dia lebih pandai dari Tun dan sumber ciputnya kira best habis.
Sebab tu Tun M bagi tau siap2, jangan ingat dia nyanyok. Bukan maksud nyanyok literally, tapi peringatan untuk orang2 macam blogger ni. Dalam blog, Tun M cuma bagi hint, tanpa dedahkan 100% termasuk sumber. begitu juga dengan hint, dia belum nyanyok lagi. faham ke Mr. Blogger? ia bukan analisis Tun, tapi information dari Tun. jangan kletak otak kat lutut.

Firdaus A said...

For me this is interesting article to read, most of yr view i agree, but u kena tunjuk lagi berani kerana anda berdepan bukan alang2 penulis, its a mantan PM. However i salute u can write it, its okey for me, bukan ramai org berani pertahan kerajaan, but u is the one... i pun penyokong Tun M dan Ds Najib, i know la somes of pengikut Tun M ne dia gila2 sikit,
sometime i know mereka syiok sendiri, maklumlah konon senior jounolist konon, sebenarnya u bagus berani berkata benar... teruskan i like it

Anonymous said...

Sy juga tertanya2 mana Video Sirul bercakap dia diarahkan???? Entah2 direka oleh portal pembangkang mcm TMI baru2 ne kena tangkap sebab tipu Raja2 bab hudud... dan i pun nak tahu dlm beribu2 emel Sarawak Report tu tak de ker sehelai ker... setengah helai ker... letterhead ker... tunjukla sikit baru boleh percaya..

Anonymous said...

Elokla tuan berdebat dlm tulisan, ada juga kita baca site gomen, ada site pakatan, ada site mader... semua ade

Anonymous said...

Yea can anybody here show me the video of Sirul? i mean what they talking about "saya diarahkan"?

JohnBangsar said...

ala ini semua barang politik saja ma... kasi mukhriz jadi Naib Presiden UMNO habis cerita lor... jadi baik semula ma , itu pun tara boleh pikir kah?

Anonymous said...

Alaa tun..awak da bunyi mcm rapizi jambu la pulak..da tak suka najib ke ? Dulu awak jgk yg nak dia sgt..klu ada bukti,tunjukkan bebetul tun..jgn kerana da tak suka najib,kelambu(umno) dibakor..

Anonymous said...

Setuju sesangat..""Kami dalam UMNO ini tidak dilatih untuk menjatuhkan DAP ataupun PAS, kami di dalam UMNO ini dilatih untuk menjatuhkan sesama kami".....terbaikkkk

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK semua komentarnya

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan