KISAH PANGLIMA ATM, BRAND LOUREATE AWARD & TV3

on Tuesday, July 31

WALAUPUN UCAPANNYA TIDAK JELAS
NAMUN ALLAHYARHAM MELAYAN TEMURAMAH SAYA DENGAN TEKUN (2008)
Hari ini (31/7/2012), jika anda seorang Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anda pasti bangun pagi dengan penuh semangat. Selamat Hari Pahlawan, anda adalah Pahlawan Tanah Air ini! Namun, sudahkah anda membaca kisah sedih dan perjuangan allahyarham Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail. Jika anda seorang anggota tentera tetapi belum membacanya, amatlah rugi anda kerana anda tidak akan dapat memahami dan menyelami bahawa negara ini bukannya aman dengan 'petik jari' sahaja.

Pagi tadi, selepas sahor saya tidak terus tidur, saya terus ke Perpustakaan Kecil di tengah rumah saya, saya mengambil 3 buah buku yang diberikan oleh allahyarham Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail semasa saya mengunjungi beliau pada tahun 2008. Buku itu bertajuk "IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU", "IBRAHIM The Malay Warrior" dan "Our Man In Malaya" oleh John Davis. 

Melihat buku dan gambar allahyarham, saya sedih dan menitiskan air mata. Beliau berjuang sehingga akhir hayatnya tetapi ada generasi baru yang tiada nilai kenegaraan dan tidak tahu membezakan antara nilai Ringgit dengan nyawa beliau. Ikutilah kisah yang saya maksudkan ini.


PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA KETIKA SOLAT JENAZAH ALLAHYARHAM

1. TV3 

Apabila saya menulis tajuk di atas, ada dua falsafahnya. Yang pertama saya marah, yang kedua saya bersedih. Semasa allahyarham Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia pada 23 Disember 2010, seluruh negara bersedih termasuklah barisan kepimpinan utama negara kita. 

Siapa tidak kenal allahyarham, seorang Melayu yang pernah ditahan Tentera Jepun di Kota Bharu, seorang Melayu yang melayari Laut Pasifik dengan Kapal Selam dari Ceylon ke Tanah Melayu semata-mata untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan, seorang Panglima Tentera yang ditembak Komunis pada tahun 1970an di tengah Kuala Lumpur, dan dihari-hari terakhir hayatnya saya sendiri memapah tangan beliau, saya berusaha mendengar perbualannya yang sudah tidak jelas, tetapi beliau melayan saya dengan baik walaupun beliau menderita sakit! Mengapa saya perlu menemuramah beliau, kerana kita mahu supaya generasi akan datang mengenali Pahlawan-Pahlawan Negara ini!

Saya memaklumkan kepada salah seorang keluarga allahyarham yang kebetulan baru beberapa hari berangkat ke Eropah. Mereka meminta saya mendapatkan rakaman pengkebumian allahyarham di TV3,ianya juga digunakan untuk keperluan jabatan saya dalam sesi ceramah-ceramah patriotik, kenegaraan dan jatidiri. Dalam hal ini, sebelum ini, TV3 merupakan agensi TV yang paling cepat dan cekap apabila kita memohon salinan peristiwa-peristiwa penting negara untuk keperluan jabatan kerajaan. Biasanya saya akan berjumpa sendiri ketua pegawai bahagian media di TV3, dan alhamdulillah sangat senang dan tiada bayaran.

Namun, sejak ianya diberikan kepada sebuah syarikat lain (Primeworks) di TV3 ianya berubah. Daripada percuma kepada berbayar. Dipendekkan cerita, untuk mendapatkan rakaman pengkebumian Insan yang begitu berjasa kepada Negara ini, durasi rakaman lebih kurang 1 minit 30 saat, bayaran yang dikenakan lebih kurang RM1,500.00 atau RM1,700.00!!! 

Bayangkan mereka menilai jasa seorang Pahlawan, Panglima Angkatan Tentera yang sudah meninggal dunia! Sehingga ke hari ini saya tidak boleh Memaafkan perkara ini! Gila dan Tidak Masuk Akal! Jasa allahyarham Panglima ATM dinilai sebegitu rupa!

Baru-baru ini saya berjumpa dengan kumpulan Media Prima, adalah beberapa nama besar khususnya Datuk Manja Ismail, saya menyentuh sedikit perkara ini. Malangnya ketika itu mereka belum berada di Media Prima, tidak boleh disalahkan mereka. Jika mereka memperbaikinya baguslah.


PAHLAWAN YANG TIDAK DIDENDANG
2. ANUGERAH ANTARABANGSA BRAND LAUREATE 2010

Kedua, pada kira-kira 10 Disember 2010, kira-kira dua minggu sebelum allahyarham Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, saya dihubungi melalui telefon dan emel oleh seorang pegawai berbangsa Cina saya rasa, meminta pertolongan saya untuk menghubungi allahyarham kerana mereka hendak menganugerahkan allahyarham Anugerah Antarabangsa Brand Loureate 2010 kepada allahyarham. Katanya tahun ini, bagi negara Malaysia mereka mencadangkan nama allahyarham. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh mengenali saya, barangkali pegawai tersebut banyak membaca tulisan saya mengenai allahyarham.

Saya pun dengan semangat segera menelefon Jen. Datuk Shukor, iaitu pembantu allahyarham Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail mengenai hal tersebut. Jen. Datuk Shukor dengan sedih menyatakan beliau berada di Hospital dan sedang menjaga allahyarham yang semakin tenat. Saya menghubungi semula pihak Brand Loureate apakah boleh isteri allahyarham atau kaum keluarga allahyarham menerima anugerah tersebut kerana allahyarham ketika itu sedang tenat di Hospital. Malangnya tidak boleh.

Akhirnya, allahyarham meninggal dunia dan tidak sempat menerima Anugerah Antarabangsa Brand Laureate 2010 itu. Kita ucap terima kasih kepada Brand Lourerate kerana tahu menilai antara Wang Ringgit dengan Nilai Jasa Kepahlawanan allahyarham Tun Ibrahim Ismail.

Walaupun saya bersedih, tetapi kemarahan dan kebencian saya tidaklah seperti Primeworks di TV3 di atas. Dalam bahasa Inggeris kata, Sorry To Say...


ALLAHYARHAM MENURUNKAN TANDATANGAN (2008)

3. ALLAHYARHAM JEN. (B) TUN IBRAHIM ISMAIL PAHLAWAN SEBENAR

Saya telah menulis banyak tentang Pahlawan kita ini. Bacalah...

http://jentayuabaka.blogspot.com/2010/12/hilang-sebutir-bintang.html

http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/10/malay-warrior.html

http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/08/10-bulan-menyamar.html

http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/09/keadaan-anggota-polis-yang-dibakar-1.html

http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/09/siapa-bapa-komunis-melayu-moden.html



11 Komen:

Anonymous said...

SEDIH MEMBACA TULISAN SAUDARA....TABIK HORMAT!!! (SAYA ANGGOTA TENTERA)

Anonymous said...

(RAMD)= Tabik Tuan!

Anonymous said...

1. saya tabik tuan kerana memperingati tentera akan jasa nya. ia patut di contohi oleh orang ramai
2. saya tidak suka tuan menyalahkan hak penyiaran TV3 untuk menjual. mahal murah tidak patut di persoalkan.
3. tolong la tak de kene mengena hak jualan dan penyiaran dgn jasa tentera.

Anonymous said...

Jika negara kita tidak aman seperti yg ada hari ini, bolehkah ekonomi dan politik dimajukan ke hadapan? Bagaimana sedara anon kat atas tu boleh kata hak jualan dan penyiaran tak dak kena mengena dgn jasa tentera! Sedara memang tak patriotik!Bygkan negara ini masih dijajah, or masih porak mcm Somalia bolehkah ekonomi negara dimajukan? Maka dgn jasa tentera yg berjaya wujudkan keamanan, pertahankan keselamatan negara, menjamin keselamatan negara, maka Tv3 boleh beroperasi, buat biznez iklan, buat drama dll,...benar kata penulis ini, keamanan dan bisnes bukan wujud dgn petik jari ajer...keamanan dan bisnes hari ini wujud ada rentetan sejarahnya, kamu tak da nilai sejarah itu? Sbb itu kamu menafikan. (Brig. Jen. LMM, Sg Besi).

Anonymous said...

Perajurit Muda, Kem Wardiburn,KL,
Kamu Buta Sejarah! Jatidiri kamu ada Ringgit Malaysia! Org mcm kamu patut duduk seminggu di Baklayan, Palawan, Selatan Philipina Baru tahu erti jasa tentera dan keamanan!

Anonymous said...

Yes Sir! Firstly, its about What We Can Do To Our Country, Not What Country Can Do For Us.

Anonymous said...

Anon kat atas tu Gagal Subjek Sejarah SPM tu la dia kata mcm tu...

Anonymous said...

Wahai anon yg lupa diri, bolehkah kamu menyiarkan berita kamu di tv tanpa keamananan? Bolehkah kamu menjual produk tv kamu tanpa keamanan? Kalau negara ini huru hara, CD lucah kalau kamu nak jual harga RM1.00 pung orang tak nalk beli, sebab lebih baik beli Nasi! Akhir sekali, kalau takdak org asaskan keamanan negara bolehkah keamanan wujud sekelip mata. Kamu memang otak kering! Ada badan berhati batu! Writer ne bukan tentera pun tapi kami tentera Salute dia..Pada kami, kamu tak layak duduk di Malaysia kalau kamu org Melayu dan Islam! (Left. Muda, Jayasuria, USM).

Anonymous said...

Dashyat komen budak TV3 kat atas tu...katanya tak de kene mengena dgn jasa tentera...wau org Malaysia ker tu? Melayu ker tu?

Anonymous said...

Congrate sir, nice story...

Anonymous said...

Mencari pahlawan dan perwira yang tidak didendang

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan