TUJUH SEBAB MENGAPA DS HISHAMMUDDIN KEKAL NAIB PRESIDEN

on Sunday, October 6

Jasa DS Hishammuddin Orang Pertama Menerpa Berjaya Menenangkan Tun Dr Mahathir
1. MANA' (KETURUNAN)
SESEORANG pemimpin itu ada asal-usul keturunannya. Baka kepimpinannya, darah kepimpinannya. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi, ada yang berterusan dan ada yang tak berterusan. Semuanya ditentukan oleh Allah SWT.

Kita tidak usah pergi jauh sangat, kita ambil contoh-contoh di dalam negara. Lim Kit Siang mempunyai Lim Guan Eng. Karpal Singh mempunyai Gobind Singh, Dato' Nik Aziz mempunyai Nik Amar, DS Anwar Ibrahim mempunyai Nurul Izzah, Tun Dr. Mahathir Mohamad memiliki Dato Mukhriz, dan banyak lagi contoh.

Namun begitu, legasi DS Hishammuddin bukan setakat satu dua legasi. Seperti yang saya huraikan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html, nampaknya DS Hishammuddin dari Tun Hussien dari Dato Onn dari Dato Jaafar dari Dato Abddullah dari Dato Jaafar dari Dato' Muhammad. DS Hishammuddin adalah legasi yang ketujuh.

Tekun Mendengar
2. TIDAK TERBURU-BURU/KETENANGAN
Sebab itulah DS Hishammuddin tidak terburu-buru, tidak menyergah, tidak mengherdik, tidak berkasar. Cara-cara itu bukan cara DS Hishammuddin. 

Seseorang rakyat biasa dari mana pun keturunan, Melayu, Cina, India, Ceylon, Arab dan sebagainya, jika berjumpa DS Hishammudin di pasaraya, tidak ada ketakutan, tidak ada ketakutan untuk datang bersalam dan bertanya khabar. Sebabnya mudah, DS Hishammuddin telah dilatih untuk menjadi pemimpin yang disayangi oleh seluruh rakyatnya. Pernah anda mendengar DS Hishammuddin mengangkat tangannya untuk memukul rakyatnya?

Pernahkah anda mendengar DS Hishammuddin turun di tengah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur dan menjadi "polis trafik" seketika, pernahkah anda melihat DS Hishammuddin membeli barang dapur di supermarket biasa, begitulah segelintir kisah-kisah dirinya yang menjadikan dirinya rakyat kepada rakyat.

Negara kita yang pelbagai ini, tidak boleh ditadbir oleh orang yang terburu-buru, keras dan menakutkan rakyat. Rakyat perlu selesa kepada kepimpinan.
Menghormati Pandangan
3. PENGALAMAN DALAM PARTI
Semasa krisis politik dan krisis ekonomi di negara kita pada tahun 1997 dan 1998. DS Hishammuddin tidak pernah menyindir Tun Dr. Mahathir akan hal-hal Kronisme, Korupsi dan Kolusi konon (KKN). Ada pemimpin  yang naik ke pentas dan menghentam Tun Dr. Mahathir kerana terpedaya dengan arahan dan mimpi-mimpi DS Anwar ketika itu.

Sebaliknya, DS Hishammuddin muncul di tengah-tengah kegawatan dan kemelut di saat-saat Tun Dr. Mahathir memerlukan sokongan yang kuat. Ini adalah jasa dan sumbangan DS Hishammuddin yang sangat besar nilainya.

Jika tidak, barangkali UMNO yang ada hari ini lain rupanya! 

Gambaran Disenangi Disayangi
4. PENGALAMAN DALAM KERAJAAN
Tidak dinafikan bahawa DS Hishammuddin telah melalui beberapa kementerian dengan lancar dan penuh mahabbah.

Dari Kementerian MITI (Setiausaha Parlimen) Kementerian Belia & Sukan, Timbalan Menteri Kementerian Perindustrian Utama, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri dan terbaru Kementerian Pertahanan di samping Kementerian Pengangkutan (memangku). DS Hishammuddin hanya perlu melalui satu dua Kementerian lagi untuk melengkapkan pengalamannya sebelum memimpin negara kita.

Saya menjangka, beliau kini perlu memimpin Kementerian Kewangan antara Kementerian kanan selepas Kementerian Pertahanan.

Mewarisi Kebijaksanaan Dato' Onn Jaafar
5. KEBIJAKSANAAN
Kita boleh membuat pelbagai interpretasi tentang kebijaksanaan. Jika anda melihat perjalanan politik DS Hishammuddin, beliau naik setangga demi setangga. Bermula sebagai perwakilan biasa di Bahagian Batu Pahat jika saya tidak silap (pertengahan 1993/95), menaiki tangga Pemuda dan Naib Presiden dengan cara yang halus dan telus. 

Beliau tidak berebut, beliau tidak menyakiti hati Presiden Tun Dr. Mahathir, Pak Lah hinggalah kepada DS Najib Tun Razak. Beliau tidak menyindir kepimpinan dan paling penting beliau rela tidak "popular" asalkan rakyat dan negara ini hidup aman dan damai.

Ada pembaca bertanya, apakah maksud saya "torpedo-torpedo sedang menujukan muncungnya ke bumi Malaysia" dalam kes Lahad Datu, di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/rahsia-amaran-ds-hishammuddin.html. Yang ini saya jelaskan selepas ini. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi.

Mewarisi Ketenangan Tun Hussien
6. KEYAKINAN KEPIMPINAN TERTINGGI
Di atas keyakinan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu dengan melantik DS Hishammuddin ke pelbagai jawatan, begitu juga keyakinan yang ditunjukkan oleh Pak Lah. Jika anda tidak mahu mengira keyakinan yang diberikan oleh DS Najib Tun Razak tidak mengapa tetapi keyakinan Perdana Menteri memberikan tugas memangku Kementerian Pengangkutan sepatutnya kita semua fahami dengan mata hati yang terbuka.

DS Najib menang tanpa bertanding di sebalik desas-desus Ku Li akan lawanlah, TS Muhyiddin kononnya akan lawanlah tetapi semua itu adalah khobar-khobar angin belaka.

Adakah DS Najib memaksa anda memilih DS Hishammuddin? Tidak bukan, jawapannya ialah kita semua mahu mengekalkan "keamanan" dalam UMNO dengan mengekalkan apa-apa yang telah diyakini oleh kepimpinan utama negara kita.

Dari Allah Kita Datang...
7. TAKDIR ALLAH SWT
Sesungguhnya, Allah SWT yang meletakkan DS Hishammuddin mewarisi legasi kepimpinan negara ini sejak zaman datuk-datuk kepada DS Hishammuddin lagi.

Siapakah kita mahu menidakkan kuasa Allah SWT? Siapakah kita mahu menafikan takdir Allah SWT?
Siapakah kita mahu mempersoal lagi mempertikai apa yang Allah SWT telah aturkan kepada hamba-hambanya.
Allah SWT yang menjadikan DS Hishammuddin seorang yang tenang, tidak terburu-buru dan gemar memberikan nasihat kepada rakyatnya. Allah SWT yang memberikan hidayah kepadanya supaya berilah jalan, berilah peluang, berilah amaran dahulu, usahlah berkasar, usahlah berlaku kejam, usahlah menunjuk kesombongan. Semua itu Allah SWT yang memberi petunjuk dan hidayah! Maka, tiada keraguan lagi bukan. 

Tapi ada yang mentafsirkan ianya sebagai amaran, ketahuilah label itu adalah agenda DAP, agenda musuh-musuh negara untuk membunuh karektor kepimpinan negara kita dengan meletakkan label-label seperti itu. Tun Dr. Mahathir dilabel  Maha Firaun, Pak Lah dilabel Mr. Flip Flop begitu juga DS Najib dilabel bermacam-macam, namun negara kita terus maju ke depan, rakyat terus maju ke hadapan. Di manakah di dalam negara kita ini ada kebuluran?

Walhal amaran itu sebenarnya adalah nasihat yang paling berhemah dan paling bertolak-ansur tahap tertinggi daripada DS Hishammuddin. Bukankah agama kita menyeru kepada nasihat-menasihati!

Nota: Saya pun tidak tahu apakah DS Hishammuddin membaca artikel-artikel saya selama ini. Saya tidak pernah berhubungan dengan beliau.

Kepada yang belum membaca ini silakan http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/10/ds-hishammuddin-bayar-harga-yang-mahal.html








16 Komen:

Anonymous said...

Sangat jelas dan tidak ragu ragu lagi kamu sedang menyampaikan mesejj DS Najib!!!

Anonymous said...

Apa pun boleh dispin. Amaran, demi amaran, demi amaran.....pun boleh dispin: ada rahsia di sebalik amaran yg tak habis-habis tu rupanyer...kihkihkih!

Anonymous said...

no 7..angka 7... bijak kamu..angka dimuliakan Islam.

Anonymous said...

Perwakilan sudah melihat prestasi beliau lama sangat dah... Tak usah lah sdr memberi justifikasi akademik.. Umno memerlukan ketua dan kepimpinan. Pada ianaya diperlukan maka pemimpin harus menjadi ketua dan ke depan. Si DOL HISHAM ni gagal setiap ujian kepimpinan!!!!

Anonymous said...

Apakah para perwakilan akan kekal mengundi Hishamm selepas mendapat mesej dari DS Najib ini..Azharri ialah org kuat Najib, kita jangan lupa peranan Azharri lah membunuh Blackout 505 selepas dia jumpa JK. Bukan mudah bertemu JK, sy yakin semua itu diatur Najib dan Azharri ini hanya org suruhan Najib...artikel2 pertahan Hisham ne pun sy sgt yakin adalah arahan2 Najib? Kamu jawab Azhari betul atau tidak?

Anonymous said...

If i not wrong, this man was trained by Cia long time ago, i was remember when he arrived with two three officcers from government of Malaysia at the lobby hotel. He always ask question how and how, when and where, hes specialist in writing, psywar in perseption and also attacking solution. When i read newspaper here what he has done this year in Jakarta, it is a very-very good job. So, think about it. Whos behind him. Maybe your Prime Minister, your government or somebody else. I am old Malay. (Zaman, JR. London).

Anonymous said...

Jentayu burung yang terbang tinngi . Hinggap didahan reput. Kesian terus jatuh terduduk Terdiam seribu bahasa.. Kau masih bermimipi bawah katil. Melayu tidak Bodoh dan buta Banyak thinking malays dalam Malaysia dan juga dalam UMNO. Kalau Hisham menang maka itu membuktikan there's not even one Thinking Malay in UMNO and UMNO will RIP. PAU UMNO adalah masa untuk bangkit berjuang. Walaupun Najib dan Muhyiddin masih jadi Presiden dan Timbalan Presiden, jika the right person elected as Naib Prseiden dan Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda (Not KJ) they will have the balls to say no TO NAJIB. Bukan seperti sekarang, semua nya YES MAN walaupun ah Gib Gor bagi banyak pada CINA dan melayu terpinggir. that reality. Dong Zhong dan yang sewaktudengan nya kencing Najib itu bermakna meeka KENCING UMNO. Malang nya UMNO masih mau Najib aka AH GIB GOR. Harap Hisham, Shapie kalah. Najib and Muhyiddin are lucky sebab UMNO 3 million members got no balls to challenge them.

Anonymous said...

Terdapat komentar sebelum ini kata dia nak jumpa Estrada pula di Manila,so betullah tu ...baca komen ini sebelum ini..Sy dpt khabar tuan akan ke Manila bertemu Estrada,mesti isu besar? hari tu sudah jumpa JKalla...sy rasa bukan senang nak jumpa org mcm tu, mesti ada negotiation peringkat tertiggi, sy rasa penulis ne bukan sembarang org, dont underestimate, If i not wrong, this boy i heard pernah mendapat latihan psywar di bawah kelolaan FBI dan CIA di Bulgaria, Maybe anon atas betul, maybe idea DS Najib.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

AS SALAM semua pembaca yang dihormati, saya menafikan mengenali JR. Zaman atau komen-komen yang sepertinya. TKasih.

Anonymous said...

Saya dah lama dalam UMNO ne, kalau ikut pengalaman lama lah, apa yg jentayu tulis ne ada betulnya, Hihsham akan kekal. Full Stop.

Anonymous said...

salam tuan,
tidak payah lah bersusah payah mempromosi ds hisham, zaman memperbodohkan rakyat sudah berlalu, pemimpin datang pemimpin pergi, jika ds hisham kalah dlm PAU nanti adakah UMNO akan lenyap, seolah olah UMNO bergantung harap kpd ds hisham,yang mendukung UMNO ini adalah rakyat marhaen yg tidak pun kemaruk menjadi pemimpin..kalau nak jadi pemimpin maka pimpinlah sehabis daya bukannya membodek seluruh usia.. maaf jika kata kata saya mengguris perasaan tuan

Anonymous said...

KAMI PERWAKILAN SABAH GERENTIK SOKONG HISHAM! ORG SEMENANJUNG APALAH KAMU NE...

Generasi Pejuang Bangsa said...

naluri GPB mengkehendaki DS Hishamuddin kekal sebagai Naib Presiden.. sikap tidak terburu2 adalah ciri2 utama untuk menjadi PM Malaysia . Tunku , Tun Razak , Tun Hussein , Tun Mahathir , Tun Abdullah , DS Najib ..semua ini ada sifat itu .

Anonymous said...

BUKANKAH HANG DAN SHAGUL HAMID PERNAH DIHANTAR UNTUK BERLATIH DGN CIA?

Mandela said...

BAHAYA BESAR MENANTI UMNO !

BAHANG PEMILIHAN UMNO MULA MENYEJUK. IANYA TELAH BERLALU.TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA PERWAKILAN TELAHPUN MEMBUAT PILIHAN. BERMULA DI CAWANGAN, BAHAGIAN DAN AKHIRNYA DI PERINGKAT PUSAT.

MAKA KITAPUN MENDENGAR PELBAGAI ULASAN DAN ANALISIS DARIPADA PELBAGAI PIHAK. DARI LEMBAH PAMAH DI KAMPUNG KAMPUNG HINGGALAH KE PUNCAK MENARA GADING.

UMUM MENYEDARI YANG PALING HEBAT DIPERKATAKAN IALAH PEMILIHAN NAIB PRESIDEN KHASNYA BERKAITAN HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN.

MARI KITA BERTANYA BEBERAPA SOALAN, DALAM PADA KITA MNGANALISIS, MENGHUJAH, MEMBUAT JUSTIFIKASI BAHKAN SAMPAI KE PERINGKAT MENGHINA DAN MEMPERLEKEH, ADAKAH DALAM MASA YANG SAMA KITA JUGA MENILAI DAN MENGANALISIS DIRI KITA SENDIRI?

ADAKAH KITA MEMPUNYAI SEBAB YANG BETUL UNTUK MENGHINA SESEORANG TOKOH, MISALNYA HISHAMUDDIN. ADAKAH KITA BERADA DALAM KEDUDUKAN ' MENGETAHUI ' MENGAPA BELIAU BEGITU ATAU BEGINI?

WAJARKAH SESEORANG DIHUKUM KERANA ' PERCAKAPAN ATAU TINDAKANNYA ' SEDANGKAN KITA TIDAK PERNAH BERTANYA MENGAPA BELIAU ' BERCAKAP DAN BERTINDAK ' BEGITU?

TIDAKKAH KERANA PERSAINGAN DALAMAN UMNO, MAKA KITA TELAH MEMBERI BEGITU BANYAK BAHAN KEPADA PEMBANGKANG KHASNYA DAP?

TIDAKKAH KERANA GHAIRAH KEPADA PEMIMPIN TERTENTU MENYEBABKAN KITA MUNGKIN MEMBUNUH PEMIMPIN KITA YANG LAIN SEDANGKAN KITA TIDAK PASTI DOSANYA ?

TIDAKKAH KITA TELAH MENGOCAK KETENANGAN DALAM PARTI DALAM TAHAP MELAMPAU SEHINGGA KITA SEBENARNYA YANG MENCIPTA RETAK ?

INILAH ANTARA PERSOALAN YANG WAJIB DITELITI OLEH SEMUA ORANG YANG ' KONONNYA ' KASIH KEPADA PARTI. JIKA KITA GAGAL BERUBAH MENJADI LEBIH TENANNG DAN RASIONAL, AKU BIMBANG UMNO AKAN LUNTUR KERANA PENDOKONGNYA YANG EMOSIONAL DAN KURANG BERHEMAH !!

Anonymous said...

AKU TENGOK RAMAI ORANG DAH FOKUS PRK SUNGAI LIMAU. BAGUSLAH,
CUMA AKU NAK TULIS SIKIT PASAL PEMILIHAN UMNO. AKU HARAP PEMILIHAN INI JADI SEKOLAH KEPADA KITA SEMUA.

BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH DIKUTIP JADI PEDOMAN. PEMILIHAN PIMPINAN DI MANA MANA PERINGKATPUN AMAT PENTING SEBAB LEPAS INI KITA NAK MENGADAP PRU 14. JAUH LEBIH GETIR DARIPADA PRU 13 YANG BARU LALU.

MULAI SEKARANG AKU AKAN BAGI LEBIH PRHATIAN KEPADA HISHAMUDDIN HUSSEIN SEBAB DALAM BANYAK BANYAK CALON BERTANDING DIA ANTARA YANG PALING DAPAT PERHATIAN. KENA BALUN KIRI KANAN.

AKUPUN IKUT SAMA BALUN DIA NI. SEBENARNYA ' FOR NOTHING '.
CUMA BILA AKU KAJI ADA DUA SEBAB KENAPA HISHAMUDDIN KENA TERUK.

1. PERISTIWA DIA MINTAK MAAF SEBAB HUNUS DAN CIUM KERIS.
2. DIA KELIHATAN ' TIDAK KUAT ' SEMASA MENJADI MENTERI KDN.

SENARIO POLITIK NEGARA KITA BEZA DENGAN ORANG LAIN. MANA MANA PARTI NAK MENANG, TAK BOLEH MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI SEBALIKNYA KENA BERGANTUNG BANYAK KEPADA UNDI ORANG LAIN.

PARTI MELAYU BERGANTUNG KEPADA CINA, INDIA. PARTI CINA BERGANTUNG KEPADA UNDI MELAYU. INI REALITI.

KEADAAN AKAN JADI SEBALIKNYA JIKA ORANG MELAYU UNDI MELAYU TAPI UNDI MELAYU BERPECAH TERUK. MUTLAK ! JADI PARTI PARTI MELAYU SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA UNDI CINA WALAU APAPUN ALASANNYA.

KESANNYA CINA JADI SANGAT BERKUASA WALAUPUN MEREKA ADALAH KUMPULAN MINORITI. UMNO JAGA HATI CINA, PAS JAGA HATI CINA DAN PKR JAGA HATI CINA.

CINA PULAK JADI BONGKAK DAN SANGAT SOMBONG KERANA SEDAR
'KUASA' MEREKA.

INILAH PUNCA MENGAPA PEMIMPIN MELAYU TAK BERAPA NAK BERANI.
USAH SEMBANGLAH ! SAMA SEMUA . PAS DAN PKR PUN !

YANG PALING TAKUT IALAH PEMIMPIN YANG BERTANDING DI KERUSI MACAM SEMBRONG, CINA ADA PERATUSAN TINGGI, HAMPIR 40%.

DI SINILAH HISHAMUDDIN HUSSEIN BERTANDING !

AKU NAMPAK SEGALA TINDAKAN HISHAM BANYAK DIPENGARUHI OLEH
' KEBIMBANGAN ' INI. ORANG POLITIK MANA ADA BERTANDING NAK KALAH. TAK DAKLAH...

ORANG PULAK KEMUDIANNYA BANDING DENGAN ZAHID HAMIDI. DIA PEGANG KDN SELEPAS PRU YANG MENJELASKAN PENDIRIAN CINA. TSUNAMI ! ZAHID HAMIDI TAK PAYAH JAGA HATI CINA DAH .

CINA DAH SILAP. DIA TUNJUK BELANG DIA PADA MASA YANG TAK BETUL. DIA JANGKA MENANG PUTRAJAYA RUPANYA TAK.

ZAHID BERTINDAK DENGAN PERAAAN SELAMAT DAN TIDAK BERGANTUNG. DAH TENTU NAMPAK LAIN. JADI AKU PERCAYA HISHAMUDDIN JADI MANGSA MAINAN POLITIK CINA .

DIA TERPERANGKAP ! MALANGNYA ORANG UMNO PULAK TAK NAMPAK SEBAB KENAPA HISHAMUDDIN ' BERKELAKUAN ' SEPERTI ITU.

CINA TIPU, MELAYU MARAH DAN HAMPIR KEPADA BENCI.

AKU NAMPAK BENDA NI. JADI AKU CADANGKAN SUPAYA HISHAM BANGKIT. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN INI. BANGKIT BALIK DAN MULAKAN HIDUP BARU.

KADANG KADANG ORANG KENA JATUH DULU BARU DIA BOLEH PERBETULKAN LANGKAH UNTUK MENUJU MATLAMAT !

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan