TUN DR. MAHATHIR YANG SAYA KENALI

on Wednesday, June 6

KEMASUKAN UMNO KE SABAH DIUSAHAKAN BERMULA TAHUN 1963,
KEMUDIAN TAHUN 1976, SETERUSNYA TAHUN 1986 DAN BERJAYA PADA TAHUN 1992.
Sebagai rakyat biasa, yang hidup sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad (seterusnya disebut Dr Mahathir), bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis mengenainya.

Semasa UMNO masuk ke Sabah, Dr Mahathir telah melantik ayah saya sebagai AJK Penaja UMNO Negeri Sabah Bahagian Tawau. Ianya satu penghormatan yang amat besar, kerana ayah saya hanyalah orang biasa yang tidak punya apa-apa. Kemudian, apabila Dr. Mahathir melawat Tawau, ratusan ribu rakyat di Tawau membanjiri bandar Tawau, melimpah bandar Tawau dengan rakyat yang hendak bertemu, melihat dan bersalam dengan Dr. Mahathir.

Semasa peristiwa Team A dan Team B pada tahun 1987, saya baru berada di tingkatan 4, namun saya mengikuti rapat perebutan Presiden dan Timbalan Presiden antara Dr Mahathir bergandingan dengan Encik Ghafar Baba berlawan dengan Tengku Razaliegh bergandingan dengan Datuk Musa Hitam. Saya ketika itu meramalkan Dr. Mahathir akan menang, ternyata ia benar (Huraian ini saya telah khaskan dalam  satu bab dalam buku baru saya, insyaallah akan diterbitkan pada bulan mulia Syaaban atau Ramadan).

Kemudiannya, semasa saya bertemu Dr Mahathir di Kuala Lumpur tidak lama dulu, beliau sememangnya maha mendengar. Beliau menghormati dan mendengar dengan teliti apa yang kita perkatakan. Atas jemputan beliau, saya membawa keluarga saya ke rumah terbuka Dr Mahathir pada tahun 2006. Dan sekali lagi bertemu dengan beliau di Persidangan Antarabangsa di KL pada tahun 2010. Pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa. Isi perbincangannya tentulah luar biasa.

Sepanjang tahun 1997 hingga 2000, saya kerap menulis di Utusan Malaysia dan Berita Harian, sekali-sekala di Harakah juga dalam bentuk puisi-puisi Islam, tema penulisan saya mudah sahaja, yakni mengajak rakyat supaya bersatu padu, memberi sokongan kepada pemerintah dalam usaha membangunkan minda dan fizikaliti, akhirnya Dr Mahathir berjaya hingga ke akhirnya sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir di dalam surat balasannya kepada saya berkata, beliau menunggu dengan sabar buku saya itu. Malah tulisan saya yang lama itu, beliau berkata telah membacanya. Sudah tentu saya gembira.

Ada satu peristiwa semasa PRU 1970an jika saya tidak silap, ketika itu Dr Mahathir dan Tun Razak menaiki teksi biasa pergi ke rumah Hj Ahmad Badawi. Tujuannya untuk memujuk Hj Ahmad Badawi supaya memberi peluang kepada anak muda bertanding di kerusi parlimennya. Alhamdulillah Hj Ahmad Badawi dengan perasaan rendah diri dan tidak menentang, menyerahkan sahaja keputusan kepada Tun Razak dan Dr. Mahathir.Apakah Wakil Rakyat sekarang masih ada seperti Hj Ahmad Badawi.

Begitu juga projek angkasawan Malaysia Dr Muzafar. Sebenarnya Dr Mahathir mula-mula menyebut perkara angkasawan ini pada tahun 1985 atau 1986 dahulu. Alhamdulillah 20 tahun kemudian Malaysia berjaya menghantar angkasawan yang pertama di Asia. Hinggakan bulan lalu, Calon Presiden Pakistan berkata, saya mahu menjadikan Pakistan maju seperti Malaysia.

Bagaimanakah hubungan Dato Nik Aziz dengan Dr Mahathir. 20 tahun dahulu ada yang menggelar Dr Mahathir Maha Firaun, malangnya ramai yang tidak tahu Dr Mahathir masih juga memberikan sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Dato Nik Aziz seumur hidupnya. Mungkin sebab itu jugalah Dato Nik Aziz sudah bertahun-tahun tidak lagi mengkritik Dr Mahathir. Janganlah pula anda tanya saya apa dia pemberian sesuatu, anda lebih baik bertanya terus kepada Dato Nik Aziz.

Tahukah kamu betapa menyesalnnya DSP Joseph Pairin Kitingan meninggalkan BN pada tahun 1990 dahulu. Dipendekkan cerita, DSP Joseph Pairin Kitingan mengalir air mata ketika bertemu dengan Dr Mahathir pada tahun 2002 dahulu. Tahu kenapa air mata dia mengalir?...Itu rahsia lah, tapi saya yakin DSP Joseph Pairin Kitingan tidak akan mengulagi meninggalkan BN lagi. Maka, anda di Sabah janganlah bermimpi PBS akan menyertai Pakatan. Semasa saya bertemu DSP Joseph Pairin Kitingan di Parlimen, beliau kini adalah pemimpin Kadazan Dusun Murut yang semakin meningkat nilai nasionalisnya, patriotik dan kesetiaannya.

Saya juga sempat bertemu malah bekerja dengan Ustaz Sayed Hassan Al Attas, seorang pendakwah bebas yang juga pernah bekerja dengan Dr Mahathir. Buku Dr Mahathir yang pertama bertajuk "Menghadapi Cabaran" adalah buku agama Islam, Ustaz Sayed Hassan Al Attas adalah anatara penasihat kepada buku itu. Saya membacanya ketika saya di tingkatan 5. Usia Ustaz Sayed Hassan Al Attas sudah melebih 80 tahun tetapi belau masih berdakwah, memandu kereta sendiri dan menulis. Bacalah portal dakwah beliau di http://www.syiar-islam.com  dalam tiga bahasa bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Jika anda pergi ke Arkib Negara, anda akan dapati Ucapan-Ucapan Dr Mahathir yang hendak diucapkannya semasa Perhimpunan Agung UMNO masih diedit lagi walaupun akan dibacanya beberapa jam lagi. Anda boleh melihat Dr Mahathir memotong perkataan dan ayat yang sudah ditaip besar, beliau masih mengubah perkataan yang tidak sesuai, saya dapati Dr Mahathir sangat teliti orangnya. Ketika berbual-bual dengan Dato Manja Ismail, sekarang bekerja di TV3, beliau juga masih bercakap tentang kuatnya pengaruh cara kerja Dr Mahathir.

Secara peribadi, saya lihat DS Najib sedang mengikutinya...

bersambung ....

Salam,
Bali, Indonesia.





25 Komen:

JALUR said...

Jalur Gemilang ini

Harakahdaily, 07 Jun 2012

Jalur Gemilang ini
Ku tenung dan ku kaji
Kulihat ada seri
Kulihat ada naluri tersendiri

Jalur Gemilang ini
Kan ku genggam sepenuh hati
Kan ku bela penuh erti
Kan ku jaga hingga mati

Jalur Gemilang ini
Kamu lambang perjuangan suci
Tetapi ramai yang telah khianati
Walaupun kamu kononnya dihati

Jalur Gemilang ini
Kami akan bawa mu ke tempat suci
Sebagai obor perjuangan abadi
Untuk membela ibu pertiwi

Jalur Gemilang ini
Hari ini Himpunan Hijau di sini
Kami bertekad dan melafas janji
Ke Putrajaya demi Islam yang suci


Alor Setar 1 Jun 2012

GREEN PEACE said...

Jom ke Himpunan Hijau

Ibnu Azmi al-Sintoki,

Perhimpunan Hijau pada 1 Jun akan datang merupakan perhimpunan yang julung kali diadakan. Kebiasaannya PAS akan menganjurkan muktamar tahunan untuk perwakilan membincangkan halatuju parti dan memilih kepimpinan. Namun tahun ini disebabkan kesibukkan persediaan pilihanraya, PAS memilih untuk menganjurkan himpunan raksasa di salah satu kubu PAS, iaitu Kedah.

Selaku warga Kedah, kami mengalu-alukan kesemua ahli, penyokong PAS untuk hadir ke perhimpunan ini. Perhimpunan ini bukanlah semata-mata satu perhimpunan menghabiskan masa dan berseronok sahaja.

Hakikatnya pendokong perjuangan PAS perlulah memiliki semangat untuk bekerja dan pencerahan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Antara kaedah untuk mengisi kedua-dua ini, maka Himpunan Hijau dilihat sangat tepat dengan strategi menyediakan tenaga dan iltizam bekerja untuk parti.

PAS bukanlah lagi parti tok lebai di kampung-kampung. PAS telah berjaya memasuki hati orang cerdik pandai termasuklah professor dan pakar perubatan. Namun begitu, ahli PAS tidak boleh duduk diam dan berbangga dengan pencapaian sekarang yang jelas banyak lagi liku dan cabaran yang perlu diharungi oleh parti dan ahli.

Ahli PAS juga perlu sedar, parti politik ini juga memerlukan ahli yang mendepani masa. Parti yang tidak mendepani masa akan lapuk dan tidak berkembang. Idealism yang baru sentiasa diperlukan untuk menawan hati pengundi. Perlu di ingatkan untuk menawan Putrajaya, PAS memerlukan undi kesemua rakyat Malaysia, bahkan dari ahli Umno.

Sejajar dengan Menteri Besar Kedah yang sentiasa memandang berat soal strategi dan fiqhusiyasah, ahli PAS juga perlu merancang strategi yang ampuh untuk memenangi hati pengundi pada pilihanraya akan datang.

Kita bukan saja ingin memenangi hati mereka dalam pilihanraya, tetapi tugas PAS sebagai medium dakwah Islami juga perlu dihalusi agar setiap rakyat Malaysia beragama Islam dapat mengamalkan cara hidup Islam seperti tuntutan Allah.

Suntikan semangat adalah suatu perkara yang sangat penting, ia umpama motivasi dalam diri ahli. Tiada siapa yang mampu mengerakkan ahli supaya lebih komited melainkan dorongan Allah dan motivas iahli sendiri.Semangat ahli PAS mestilah didorong dengan keimanan dan ketaqwaan kerana proses memenangkan dan mengisi kemenangan parti memerlukan disiplin dan integriti tinggi.

Tidak dinafikan ahli PAS rata-rata mempunyai semangat juang tinggi, mungkin kerana PAS telah lama mendidik dan mentarbiah ahli. Namun, satu perkara yang sama penting adalah proses pencerahan. Ahli PAS perlulah lebih “cerah” dari bakal pengundi. Pencerahan bererti mendapat pengetahuan, pengisian ilmu dan fakta terutama sekali ketika berkempen. Keilmuan inilah akan menjadikan PAS sentiasa dinamik dan mendepani masa.

PAS juga perlu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat. Fakta ini tidak boleh dinafikan. Cuma sekiranya ahli PAS hanya sekadar hadir ke ceramah tanpa menyumbang kepada kekuatan parti. Lumpuhlah parti. Adakah patut beban menjadi tunjang Pakatan Rakyat hanya dibebankan pada bahu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Sedarlah, DatoPresiden hanyamampu menjalankan tugas presiden. Ahli PASlah yang perlu bergerak dan melaksanakan tugasan dari Dato Presiden.

Parti ini memerlukan kekuatan keseluruhan jentera untuk berjaya, anda yang membaca artikel ini, kami warga Kedah menjemput anda hadir ke Perhimpunan Hijau ke Putrajaya.

Wallahua’lam.

COW said...

BM-Premium A IP
BM-Premium B IP
BM-Premium C IP

Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut

Mohd Insan Kamil,

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.



Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.



Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.



Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.


Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
template joomla

HIMPUNAN JUTAAN??? said...

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.



Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.



Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.



Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.



Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.



Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.



Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.



Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.



PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.



“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.



Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.



Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.



Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.



Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.



Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.



Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."



Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

JENTAYUABAKA BERDOA said...

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah

INDAHNYA ISLAM said...

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

BERANI HINA ISLAM ??? said...

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

BERANI HINA ISLAM ??? said...

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

TUN DR M said...

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika Syarikat yang ke-43

Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya melakukan ini.

Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian besar Asia Selatan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

DEB said...

DEB

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum. Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirannya.

Bagi rakan-rakan yang masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi yang banyakbagi membantu meningkatkan keupayaanekonomi masyarakat.

Ini adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui skim menjanawang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas pengerusi MASTajudinRamli. Tidak mampu untuk menguruskan‘kejayaansegera ' atau tekanan perniagaan berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam hutang semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga rakannya seperti HalimSaad telah menjadiorang yang terbuangberbanding zaman kegemilangan mereka.Merekakerugiansejumlah besar wang dan memerlukan jaminan kerajaan bagi jumlah yang banyak pula.

KRONIK said...

Untuk kronisahaja tapi yanglaintiada

Kesilapan kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan negara berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di Malaysia. Kali ini iatermasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan persaraannya. Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungankaum yang parah di negara ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.

Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama.Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan mendapat keutamaan, telah hilang mata pencarian.

Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk bekerja dan belajar.Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir - walaupun dengan pujian melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta. Wang jauh lebih penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.

FLASE said...

Mempercayai orang yang salah

Kesilapan ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi kerja-kerja yang salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua jutawan Melayu yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan sebenar tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekasMenteri Kewangan DaimZainuddin.Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid Husein RHB Bank, Mohd Noor Mutalib dan Abdul RahmanMaidin (MRCB)berakhir dengan kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk menyelesaikan hutang.

Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai daripada anak didiknya berakhir dengan hutang bank yang menimbun danpelbagai perniagaan yang bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno Baru.Entah bagaimana, legenda Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.Ini jelas mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu 'menipu' rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!

HUTANG said...

Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia

Mahathir tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti hari ini, ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion.Walaupun beberapa kali 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak dengan baik. Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan 'mencuri' setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah menyimpan walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini adalah kesilapan keempatnya.

TUN DR M said...

Sindrom diktator

Ego dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa taat kepadanya.Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli oleh orang-orang yang berpengaruh.Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.

Polisi perkauman

Untuk mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah, Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka. Dia menyimpanhabuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah benar.Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap kaum-kaum lain.

Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali diketepikan. Sikap perkauman adalah kesilapan nombor 7 Mahathir.

Korupsi

Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang daripada mengadakan perhimpunan.

Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN. Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.

GEREJA??? said...

Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia?


Tahukah anda gereja terbesar di dunia di bina di mana? Gereja tersebut terletak berdekatan dengan stadium Nasional Bukit Jalil apabila siap nanti. Gereja tersebut merupakan gereja terbesar, termoden serta tercanggih dalam dunia yang terletak dalam negara Malaysia.

Puak-puak songkok tinggi heboh memperkatakan tentang Malaysia negara Islam tetapi gambar ini membuktikan segala-galanya tindakan sebenar kerajaan songkok tinggi. Gereja itu tidak dapat ditandingi oleh masjid-masjid yang dibina oleh puak-puak songkok tinggi seperti Masjid Kristal, di Terengganu.

Gereja ini diberikan nama CCC atau Calvary Convention Centre. Gereja ini masih dalam proses pembinaan dan siap dengan billboard bertulis dengan perkataan 'AND THERE IS HOPE'. Apakah tujuan sebenar pembinaan Pusat Konvesyen Kalvari tersebut?


Kos membina bangunana ini dianggarkan berjumlah RM100 juta dan tidak termasuk dengan harga kos tanah yang bernilai RM35 juta. Gereja ini juga mempunyai 6 (enam) tingkat apabila siap nanti. Ia merangkumi kegiatan termasuk sebagai hos konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional, jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan anak muda bangsa kita, orang-orang dari segenap usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna.

Rupa-rupanya ia juga mempunyai ciri-ciri FREEMASON.

GEREJA??? said...

The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

GEREJA??? said...

Pusat Konvensyen Kalvari

Para Kalvari Convention Centre (CCC) adalah sebuah pusat konvensyen yang unik yang didedikasikan untuk mengejar kegiatan holistik.

Kegiatan ini termasuk hosting dari antarabangsa, serantau dan nasional
konvensyen, Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan Malaysia.

CCC, saat selesai, akan menjadi multiplex 6 lantai, terdiri daripada sebuah auditorium 5.000 kerusi dan sebuah lampiran pendidikan dan latihan, dengan jumlah dibina luas sekitar 600.000 sq ft ini akan mempunyai kemudahan yang unik dan didedikasikan untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan.

CCC adalah projek non-profit yang sedang dibangunkan oleh Gereja Kalvari selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menanamkan nilai-nilai spiritual, moral yang benar, perilaku yang baik, sosial dan tanggung jawab awam.

BACA said...

http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/05/gereja-terbesar-dunia-terletak-di.html

??? said...

Welcome to Calvary Church

Assemblies of God, Malaysia

Reaching The City Of Kuala Lumpur And Beyond

Anonymous said...

SALAM JENTAYU BYKNYA COPY PASTE KAT SINI, ANYWAY SBG SAHABAT I COPYPASTE SATU JE UTK U PULAK HEHE...JENTAYU, DLM POLITIK U JGN JUJUR SANGAT, http://mymassa.blogspot.com/2012/06/video-ustaz-azhar-idrus-tersungkur-di.html

Anonymous said...

ala jentayu copypaste budak nakal tu tak dapek nak tutup kehebatan anda menulis, apakata sedara tulis mengenai Tun Mustapha...ok gak nak tau

Anonymous said...

salute you bro - mm officer.

UGE said...

COPYPASTE KA...APA-APA KA...YANG PENTING CARI KEBENARAN...BUKAN PLASTIK ATAU TOPENG...TAHNIAH...KELANTAN DARUL NAIM JOHAN QARI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN 1433H. SABAH KEDUA QARIAH DAN KETIGA QARI...

Anonymous said...

Tun memang hebat dalam mentadbir negara selama lebih dari 20 tahun....itu tidak dapat kita nafikan...alangkah bagusnya andai Tun seimbangkan antara kebijaksanaannya dalam hal keduniaan seiring dengan islam.....pasti lebih indah....Buat Tun...Tun tetap pemimpin kelahiran 1 dalam 100 tahun....TQ....

AYAH ABI said...

Moga WAWASAN 2020 akan tercapai hendaknya Malaysia menjadi negara maju meski pelbagai dugaan menimpa negara tercinta...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan