GAYA KETUA MENTERI SABAH

on Saturday, August 4

DATUK MUSA AMAN MENASIHATI PELAJAR-PELAJAR SABAH
KETUA MENTERI SABAH SOLAT BERSAMA-SAMA PELAJAR SABAH DI PWTC
PELAJAR SABAH DI UITM SHAH ALAM BERSAMA KETUA MENTERI SABAH
MENU YAYASAN SABAH DI PWTC

BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI KEMESTIAN KETUA MENTERI SABAH

15 Tahun dahulu, semasa saya dihantar ke Johor Bahru, saya dapat tahu saya terpilih dalam Rancangan Pertukaran Pelajar (RPP) di antara pelajar Semenanjung dengan Pelajar Sabah/Sarawak. Tujuannya supaya proses perpaduan, hormat-menghormati, proses pendedahan kepada budaya, dan sebagainya dapat berjalan dengan baik. Apabila saya melihat peristiwa di atas, saya terkenang ketika itu, rancangan seperti ini sememangnya baik untuk negara kita. 

Sesuatu yang agak lucu, dahulu saya sangat tidak pandai memakai cincin, apabila saya sebilik dengan orang Kelantan, hari ini saya rasa tidak lengkap kalau tidak memakai cincin.

Saya ingin mengucap Tahniah kepada YAB Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah kerana memberi perhatian kepada agenda pendidikan di negeri Sabah. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya mengikuti majlis bersama KM Sabah, saya dapati KM Sabah amat menghormati majlis di mana beliau sanggup bersolat bersama-sama peserta kursus, apatah lagi bersama-sama pelajar dan mengambil bahagian yang aktif seperti mendengar suara pelajar dan suara rakyat di Sabah. 

Saya pernah dalam satu kursus bersama pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Sabah, di mana Ketua Menteri Sabah bersama-sama peserta menaiki bas untuk pergi ke solat Jumaat, walaupun beliau mempunyai kereta rasmi kerajaan. Beliau juga tidur di hostel yang disediakan tidak pulang ke rumah atau di hotel.

Inilah hakikat yang berlaku, bukannya satu kipas atau bodek. Saya bukan kontraktor dan tidak ada syarikat. 

5 Komen:

FULLUS said...

wahhh:)

Elly Emran said...

Sejak saya mula mengikuti bicara2 politik, saya tidak pernah mendengar gossip2 yg enak dari mulut org sabah mengenai beliau. Memang benar tidak mudah utk memuaskan hati semua org.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Pohon baca artikel saya di laman berikut http://www.mysuara.net/mendepani-politik-sabah-pasca-lajim-wilfred/ sebagai kesinambungan daripada artikel tn. Trm Kasih. Harap ia dapat disebarkan, khususnya kpd warga Sabahan.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Insyaallah boleh, Terima kasih

Anonymous said...

asalamualaikum..daeng..tiada apa yg dapat dikatakan setelah membaca semua komentar2 di artikel kita.kasihan dng sanggup menerima buruk dan baik para komentar ..teruskan perjuangan..suatu masa mereka juga akan mengerti dan memahami hidup sebagai bangsa yang sempurna kerana saya yakin kita tidak akan hidup lama di dunia ini.apa yg pasti jangan patah semangat .nelson mandela juga mengambil masa berpuluh tahun berjuang kerana aparthied..insyallah Allah bersama kamu.amin.dr yg memahai sdrmu bob..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan