CALON-CALON PRU13 DI SABAH

on Wednesday, September 19

ALLAHYARHAM TUN MUSTAPHA & TUN FUAD DALAM KENANGAN - AL FATIHAH
PRU13 dinantikan oleh semua pihak baik parti-parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Dalam PRU12 yang lalu, DAP telah memperkenalkan beberapa calon baru dan lebih muda dengan memberikan pilihan yang terbaik kepada pengundi. Hasilnya, pengundi dilihat lebih yakin kepada calon-calon DAP berbanding calon-calon MCA dan Gerakan yang masih mempertahankan nama-nama lama.

Di London, kebanyakan YB berusia di bawah 50 tahun. Ia satu kemahuan yang mesti dibaca dengan betul. David Beckham adalah pemain yang hebat, nama yang besar dan kekayaannya masih tertinggi berbanding Rooney W, Theo Wallcot, Andy Carol, Jermain Defoe dan lain-lain. Namun jurulatih England tidak memilih David Beckham dalam senarai pemain utama negara kerana walaupun namanya gah, namun kudratnya tidak sekuat pemain muda. Sebab itulah juga nama-nama besar seperti Datuk Samy Vellu, Datuk Shahrizat dan lain-lain tewas semasa PRU12. Apakah UMNO dan BN sudah mempelajari hal ini?

Saya berada di Kuantan sekarang, saya dapati kerusi Parlimen Kuantan sebelum YB Fuziah, ianya dimiliki MCA. Apakah bacaan ini? Maknanya, rakyat di Kuantan sudah bersedia memilih calon Melayu di Kuantan, dan untuk itu BN Pahang perlu memikirkan calon UMNO di Kuantan. Selama merdeka UMNO terlalu baik kerana asyik bersabar dan memberi laluan kepada komponen BN yang lain. Contohnya di kawasan saya Merotai, 75% pengundi di DUN Merotai adalah Melayu Islam, secara matematiknya kerusi Merotai hendaklah ditadbir oleh YB Melayu Islam, perkara ini sudah diminta oleh YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian Kalabakan beberapa tahun lalu.

Apakah Merotai kali ini akan kembali kepada UMNO? Jawapannya mudah, sekiranya BN Sabah berjaya mendapatkan ganti tempat lain yang majoriti Cina, maka kemungkinan besar Merotai kembali kepada UMNO adalah cerah. Perkara ini tidak menyakitkan hati parti LDP, sebab semasa YB Phang Yuk Ming berhari raya di rumah saya di Tawau, beliau menyedari dan memahami isu ini bahawa BN mengamalkan prinsip adil di mana jika Merotai diberikan semula kepada UMNO, parti LDP pula akan diberi ganti tempat lain.

Saya yakin, dalam PRU13 ini akan menyaksikan DS Najib akan melakukan Transformasi Politik kepada UMNO dan BN. Kita mesti bersedia dengan pembaharuan yang akan berlaku nanti. 

Di Semenanjung Malaysia, PAS berusaha untuk menambahkan kuantiti YB mereka di Parlimen. Mereka berusaha menjadi majoriti dalam Pakatan walaupun sejarah menunjukkan PAS pada tahun 2008 hanya menang 23 kerusi Parlimen, DAP 28 dan PKR 31 sebelum ramai yang keluar menjadi Bebas. Kali ini PAS berharap bertanding di 80 kerusi Parlimen berbanding 66 pada tahun 2008. Beberapa nama yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan menjadi sasaran mereka untuk dijadikan calon seperti Datuk Fauzi Shaari walaupun ditolak oleh PAS Larut dan khabarnya Datuk Ramli Yusuf.

Beberapa nama yang suatu ketika dahulu gah di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong, TS Dr Ibrahim Menudin telah mengisyhtihar keluar UMNO tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, selagi DSP Pairin Kitingan masih berada di dalam BN, Sabah tetap akan kekal bersama BN. 

Khabarnya senarai nama calon-calon BN sudah pun ada, hanya DS Najib sebagai Presiden UMNO mempunyai kuasa untuk memuktamadkan calon-calon tersebut. Jika anda terpilih tahniah. 










7 Komen:

Anonymous said...

kuantan ada mana?

Anonymous said...

Saya berminat dengan hasil tulisan Tuan sementara berada di Kuantan ni boleh saya dapatkan terus daripada pihak tuan. Saya pun kebetulan berada di Kuantan ketika ni

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih, saya terpaksa balik awal semalam(19/9/2012) ke KL. Insyaallah berhubung dengan saya melalui emel. Setelah lama tak pergi Kuantan, saya lihat bandar Kuantan semakin bagus, makanan di Tg. Lumpur juga sedap2 belaka. Insyaallah kita berjumpa lagi. Salam Hormat.

Anonymous said...

alamat email yang blh dihubungi?

Anonymous said...

Saya perhati blog ni lebih kehadapan...coz ianya boleh dilayari melalui perisian/OS Syambian. Sesiapa yang berminat boleh instal melalui OVI untuk penguna Nokia

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih banyak2. jentayu.abaka@gmail.com

Anonymous said...

MACAM MANA TUAN...DENGAR KHABAR WAKIL DARI ETNIK BUGIS TIADA DALAM SENARAI CALON...APA PANDANGAN ANDA

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan