KENAPA TUN RAZAK MENAIKI TEKSI KE RUMAH AYAH PAK LAH?

on Sunday, December 30

DIKAGUMI DISEGANI DIHORMATI: TUN RAZAK

JIKA semua ahli BN mahukan kemenangan majoriti 2/3 kepada DS Najib dalam PRU13 nanti, semua pihak sama ada dicalonkan atau tidak mesti berlapang dada menerimanya. Saya optimis kemenangan BN, namun untuk mendapatkan majoriti 2/3 semakin mudah memandangkan Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir telah memberikan sokongan, bantuan dan bersama-sama DS Najib menjayakan perpaduan dan kekuatan politik BN kali ini.

Beberapa contoh yang boleh dilihat, pertamanya DSP Salleh Said Keruak. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah yang termuda, kemudian dipilih menjadi Ahli Parlimen Kota Belud (2004), namun pada tahun 2008 nama beliau tidak tersenarai. Ianya sangat mengejutkan, namun beliau turun membantu Datuk Abd. Rahman Dahlan di Kota Belud. Keikhlasan DSP Salleh Said terbalas apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah dan Speaker DUN Sabah. Datuk Abd. Rahman Dahlan adalah dari kelompok Pemuda UMNO, sudah tentulah dikaitkan pencalonannya dengan Khairy Jamaludin yang ketika itu bermentuakan Pak Lah. Kali ini, KJ tidak boleh diberi kebenaran mengganggu Perdana Menteri dalam hal calon.

Ayah kepada Pak Lah iaitu Haji Ahmad Badawi merupakan calon UMNO yang akan mempertahankan kerusi parlimennya di Kepala Batas jika saya tidak silap (1974). Namun begitu, Tun Razak ketika itu Perdana Menteri dengan bantuan DS Mahathir Mohamad (Tun) telah pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi untuk memberitahu keputusan Tun Razak untuk mencalonkan orang lain bagi menggantikan Hj. Ahmad Badawi. Sambil makan masakan yang dimasak oleh Hj Ahmad Badawi, Hj. Ahmad Badawi bersetuju dengan rela hati. 

Bagaimanakah Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi ketika itu? Untuk supaya tidak dikenali atau tidak diganggu oleh orang lain, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir hanya menaiki Teksi sahaja.

Cerita ini hendaklah menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi calon dalam PRU13 nanti. Saya katakan beberapa kali bahawa DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri yang terbaik di zamannya, terbaik kepada semua rakyat Malaysia http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/ds-najib-semakin-islamik.html, maka beri peluang kepada DS Najib untuk menang besar dalam PRU13 ini.

Jika kita meminta-minta hendak menjadi calon, persoalan dan pertanggungjawapannya di depan Allah SWT kelak sangatlah besar, terutama jika kita gagal menunaikan tanggungjawab yang kita minta-minta itu. Sebab itulah, sunah Rasulullah SAW ialah jangan meminta-minta untuk menjadi pemimpin, adalah lebih baik jika anda diangkat oleh masyarakat.

Teringat saya akan kisah Umar Abdul Aziz dan Hisyam Abdul Malik pada zaman Khalifah Sulaiman Abd Malik. Dipendekkan cerita, apabila Raja ibnu Waihah membaca surat wasiat Sulaiman Abd Malik supaya melantik Umar Abdul Aziz sebagai penggantinya, adiknya iaitu Hisyam Abd Malik telah berkata kepada Umar Abd. Aziz, "adalah bencana jika engkau menjadi Khalifah kami keturunan Abdul Malik!". Maka dijawab oleh Umar Abd. Aziz, " aku tidak suka dibaiat menjadi khalifah kalian!" (m/s 54, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz,oleh Dr. ALi Muhammad Al-Shallabi, 2011).

bersambung...






0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan