KERUSI PINJAMAN BAKAL DIKEMBALIKAN

on Sunday, December 9

KALABAKAN TANAH BERSEJARAH

Tun Dr. Mahathir dalam banyak ucapannya menyebut, UMNO tidak akan menang hanya dengan sokongan ahli UMNO sahaja, begitu juga parti lain, PAS PKR DAP tidak akan menang dengan undi ahli-ahli mereka sebaliknya, undi orang-orang yang bukan ahli parti sangat diperlukan.

Menjelang PRU13, DS Najib bercakap mengenai "winable candidate". Sehingga ke saat ini, tiada siapa berani mengesahkan diri mereka bakal menjadi calon di mana-mana kawasan. Semuanya bersifat spekulatif.

Semua parti baik BN dan PR, masing-masing sudah mempunyai nama untuk diketengahkan. Saya hendak bercakap mengenai sejarah, kerana ilmu yang sedikit dan pengalaman yang sedikit, semoga perkongsian ini boleh memberi sesuatu makna.

Jika anda membaca buku-buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yew, anda akan dapati bahawa Lee Kuan Yew dan pemimpin-pemimpin PAP amat gerun kepada Tun Abdul Razak, juga Tun Dr. Ismail. Dalam satu bahagian Lee Kuan Yew menulis, semasa mereka mengunjungi Tun Abdul Razak mereka tidak berani untuk mengangkat muka lebih tinggi, atau bercakap sesuatu yang lebih tinggi. Malah, ada satu bahagian dalam coretan Lee Kuan Yew, di mana mereka tidak berani membantah kata-kata Tun Abdul Razak.

Begitu juga yang dialami oleh pemimpin-pemimpin MCA, semasa era Tun Dr. Tan Siew Sin, tetapi Tun Abdul Razak tetap melantik Tun Dr. Tan Siew Sin di kabinet terkanan beliau.

Apabila Tan Sri Koh Tsu Koon diganti oleh Dr. Teng di Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon tidak membantah sebaliknya memberi sokongan atas apa yang dipilih oleh DS Najib. Semalam, program DS Najib bersama rakyat Pulau Pinang dihadiri beribu-ribu rakyat Pulau Pinang. YB Zahrain (Bebas) dan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang (Aminah), menyerahkan borang menyertai UMNO. 

Saya mendapat khabar terkini, menjelang PRU13, YB DSP Lajim tidak ada sebab, akan kembali menyokong DS Najib jika satu perkara itu dapat diselesaikan. Mereka berdua tiada permusuhan peribadi. 

Di kawasan saya, DUN Merotai yang dipinjamkan kepada LDP sudah sampai masanya dikembalikan kepada UMNO semula. Perkara ini sudah diminta oleh UMNO Kalabakan, tetapi rundingan masih terbuka. Di DUN Merotai 70% pengundi adalah Islam dan Bumiputera, UMNO terlalu baik hati tetapi apakah UMNO harus baik hati selama-lamanya. Parti LDP harus kembali kepada tempatnya sendiri di mana kaum Cina ramai, tidak kiralah di mana di Sri Tanjung, Kota Kinabalu atau Sandakan. Sudah sampai masanya Merotai dikembalikan semula kepada UMNO, bukankah ia hanya pinjaman sahaja?

Di Semenanjung, terdapat kerusi yang dulunya dipinjamkan atas setiakawan UMNO kepada komponen BN telah berjaya dikembalikan melalui 'win-win situation' sebagaimana di Perak.

Sehari sebelum saya menunaikan ibadah Haji bulan lepas, saya telah bercakap dengan YB Datuk Ghapur Salleh melalui telefon. Saya fikir Datuk Ghapur Salleh masih ingin mewakili Parlimen Kalabakan. Tetapi jika kali ini (PRU13), beliau tidak terpilih apakah beliau akan berpindah atau meneruskan sokongan kepada UMNO. Kita tidak tahu, UMNO sangat berjasa kepadanya.

Dahulu (2008), beberapa minit sebelum penamaan Calon, saya telah menelefon Datuk Ghapur Salleh kenapa beliau tidak pergi ke rumah rasmi Ketua Menteri Sabah (di Kota Kinabalu) untuk sebutan calon-calon UMNO. Beliau berkata kepada saya, "nama saya tiada dalam senarai". Lima minit kemudian, nama beliau ternyata dicalonkan di Kalabakan. Saya menelefon kembali dan mengucapkan tahniah. 

Dua bulan lepas, seorang AJK Bahagian Kalabakan, sudah tentu orang kuat YB Datuk Ghapur Salleh, menelefon saya. 

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir 3 bulan lepas, saya juga bercakap mengenai Kalabakan dan Merotai. Tetapi, bukan untuk didedahkan di sini.

Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/kenangan-bersama-wakil-rakyat.html

Selamat membaca.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan