ANWAR TUNJUKKAN 'SURAT PERJANJIAN' KERAJAAN PERPADUAN

on Tuesday, August 13

SELEPAS hampir dua bulan pertemuan saya dengan mantan pemimpin besar di Jakarta pada 1 Jun 2013 yang lalu, kemudian diwar-warkan dengan begitu besar oleh akhbar-akhbar arus perdana malah nama saya disebut di dalam Parlimen Malaysia, akhirnya DS Anwar sendiri mengakui saya bercakap benar di sini http://www.malaysiakini.com/news/238134 . Akhirnya, Allah SWT memberi bantuanNYA kepada saya.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya melihat pendedahan terbaharu Anwar di atas tidak dengan kejujuran yang hakiki, walhal berita itu kelihatannya sengaja mahu menjatuhkan kredebiliti DS Najib. Kali ini, saya tidak ingin mengulas panjang lebar kerana seluruh rakyat Malaysia sudah terhidang dengan berita pertemuan saya di Jakarta itu.

DS Anwar perlu jujur semasa bercakap isu DS Najib tidak menandatangani perjanjian itu! Jelaskan kepada ahli-ahli DAP, PAS dan PKR apa isi perjanjian itu? Apa pula yang DS Anwar bersetuju di dalam negosiasi itu? Apa yang DS Anwar minta ditangguhkan? Dan paling penting apakah perkara-perkara yang DS Anwar sembunyikan daripada pengetahuan DAP dan PAS rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat? 

Isu lain yang DS Anwar perlu jawab ialah kedudukan anaknya YB Nurul Izzah? Apakah terma perjanjian yang melibatkan YB Nurul Izzah? Malah rakyat mahu tahu respon Anwar bersetuju atau tidak dalam bab yang mana?

Apa kata DS Anwar berani selangkah lagi dengan Dedahkan Surat Perjanjian itu? Rakyat Malaysia mahu tahu! Siapakah yang membuat Surat Perjanjian itu? Siapakah yang menandatanganinya? Berapa Haribulan surat itu? Siapa saksi, apakah jenis pen yang digunakan dan tunjukkan gambar ketika menandatanganinya?

Jika tidak didedahkan saya bimbang, rakyat akan menuduh DS Anwar "syok" sendiri berimpi-impian sebagai Perdana Menteri. Saya juga risau jika rakyat bertanya Anwar kah yang memulakannya lalu menuduh DS Najib pula yang memulakannya? DS Anwar harus sedar, dalam isu terbaharu ini, DS Najib belum lagi mengulasnya. Bagi saya, DS Anwar perlu mengelak membaling batu sembunyi tangan!

BANTUAN DARI ALLAH SWT
Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan isu ini kerana DS Anwar berusaha bersungguh-sugguh untuk menafikan pertemuan dan bicara saya tempoh hari dengan menayangkan nama saya di akhbar Keadilan dan laman web Keadilan.Daily supaya rakyat tidak mempercayai usaha saya. Kini, Allah SWT membantu saya bilamana DS Anwar mengesahkan sendiri perkara ini dengan laporan di dalam Asia Sentinel. Pembaca dan rakyat boleh menjadi pengadil, intipati laporan dalam Asia Sentinel apakah jauh berbeza dengan laporan-laporan saya di dalam kolum khas saya di dalam portal Merdeka-Online?

Kini, apakah bezanya laporan di dalam Asia Sentinel dengan apa yang telah dipetik oleh akhbar-akhbar The New Strait Times, Berita Harian, Malaysiakini, The Malay Mail dan lain-lainnya itu? Sudah tentu laporan saya lebih detail bukan!

Seperti DS Anwar, saya juga mempunyai perkara-perkara Sulit yang belum saya dedahkan kerana saya tidak mahu merosakkan hubungan DS Anwar dengan YB Lim Kit Siang, YB Karpal Singh, YB Dato Hj Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya yang mungkin akan rasa tertipu, seperti isu Altantunya dan sebagainya.

SEMANGAT KERAHSIAAN
DS Anwar pernah berkata, semangat kerahsiaan perlu dijaga, namun pendedahan DS Anwar di Asia Sentinel itu menunjukkan DS Anwar sudah tidak menghormati semangat kerahsiaan.

Jika saya mendedahkan semuanya, saya percaya DAP dan PAS akan meninggalkan DS Anwar dan PKR serta-merta. Sudah tentu saya ditemani oleh beberapa teman di Jakarta tempoh hari dan mereka mendengar sendiri apa yang saya telah dedahkan. Saya melakukannya untuk negara saya khususnya agama saya Islam, bukan semata-mata kerana DS Najib, hanya kebetulan DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, pertanyaan saya ialah, apakah anda sudah bersedia untuk berPerdana Menterikan DS Anwar Ibrahim?

Penulis adalah lulusan sarjana dalam bidang Sejarah Malaysia, Universiti Malaya. Kini sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang politik dan kerajaan.


5 Komen:

Anonymous said...

..kote bengkok lahanat sekoq ni kalau tak menipu bukan la aljuburi namanya.. haramjadah sungguh aljuburi sekoq ni.. taqbir!..

Anonymous said...

Sekarang sudah tidak menjadi rahsia. Anwar ditawarkan/menawarkan beberapa kerusi kabinet. Najib kata dua tidak tahan dengan Tun Mahathir yg sering menekannya.

Anonymous said...

..tun menekan najib?.. hehe.. tak usah la ko buat fitnah.. hmm btw kalau betol pun tun " tekan najib " tak akan seteruk aljuburi meliwat najib.. kote bengkok sekoq tu kemarok manjang aje tau.. taqbir!..

Anonymous said...

AdakahAhli politik hanya untuk mengumpul harta dunia semata.
Pemimpin politik bersengketa, rakyat yg kacau bilau, tp masih ada para politikus yg ketawa dalam dlm menangani kacau bilau r akyat tanpa merasai keperitan hidup.
Kasih sayaang yg melampau terjalin erat antaara pemimpin yg berlawanan faahaman, tapi bagi rakayat jelata , bermandi darah.


Masih ada rahsia utk kesinambungan pemimpin2 politik.

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan