Subhanallah, Semoga Allah SWT Memberkatimu |
Belum sembuh daripada luka dan keperitan,
Lantaran dugaan maha dahsyat
Banjir yang sungguh luar biasa
Tidak mungkin bisa dilupakan
Barang seminggu dua,
Bersabarlah Dato' Seri,
Bersama mereka di lapangan
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul,
Perdana Menteri turun setiap hari
Sebelum dan selepas bah besar,
Dato' Seri turun bukan sejam dua,
Bukan sehari dua, tetapi jua berhari-hari...
Air mata menitis melihat DS Hishammuddin
Kerana berkorban jiwa dan raganya
Demi rakyat agar tenang di lautan derita,
Ingatkah lagi ayahnya Tun Hussien meredah Lautan
Membebaskan Negara dari Jepun durjana,
Ingatkah lagi Dato' Onn Jaafar mengayuh basikal
Membebaskan Negara dari Malayan Union...
Biar foto itu berbicara
Biar airmata mentafsir jiwa dan nurani
Seorang Menteri menghambakan dirinya
Kepada rakyat dan negara.
Tiada kata seindah bahasa,
Terima kasih Dato' Seri,
Hanya kepada Ilahi kami berdoa
Keperitan ini menjadi penawar,
Kepada mereka yang derita
Di tanah serendah taman bunga...
Al-Azharri Siddiq.
KLIA.
6 Komen:
Very Respect to him
Kejap..nak tergelak..hahahahahahahahahahhahhhhhhh
In sha Allah pengorbanan tuan menteri hanya Allah membalasnya
huuu..huuuu...huuuu....sebak rasa tengok pemimpin yang mulia macam ni.. dialah pemimpin yang bakal jadi PM ...paling hebat dan paling lembut hatinya..
tersentuh hati kawan...
tido kut? kalo nangis pasti cermin mata tu bukak... yep... 110% dia tido...
Penulis ne bukan kata Menteri tu nangis, kita yg hiba tengok dia tu keletihan, hang x abih sekolah ker... ish , kena blajar bersyukur bang oii
Post a Comment