ABAKA ( Siri 1 ): Peristiwa Aku Mendesak YB

on Sunday, June 22

Novel ini sebenarnya novel perjuangan, perjuangan golongan marhaen mencari survival hidup, ada kehidupan cukup untuk kais pagi makan pagi, saya ceritakan peristiwa sebenar di Kg. Sg. Imam di mana saya melihat orang-orang Kampung menggali tanah untuk mencari air, sudah tentu ini pelik kerana berlaku selepas 40 tahun Sabah merdeka. Sudah tentu air yang digali itu warna coklat pekat atau kemerah-merahan, saya melihat mereka menapisnya menggunakan sarung, lalu dimasukkan ke dalam botol, sangat sadis melihatnya.

Lalu saya menulis surat kepada YB Datuk Dr. Patawari Hj. Patawe, ketika itu Wakil Rakyat kawasan Merotai. Saya desak Saudara Mohamad Manuke ketika itu Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Merotai. Alhamdulillah, kawasan Sg. Imam mendapat peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyalurkan paip air. Saya sendiri hadir dalam mesyuarat dengan pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Luar bandar.Kami bertegang leher di situ, tetapi itulah perjuangan. Apabila saya balik ke Kampung Sg. Imam, saya sangat gembira kerana seluruh penduduk sudah menikmati kemudahan air.

Kemudian saya melihat masalah jalanraya masuk ke Kampung-kampung dan ke lorong-lorong. Lalu, saya menulis surat panjang lebar, tulisan tangan sahaja sebab ketika itu Komputer belum mampu dibeli, saya menulis surat itu semasa berkursus di Kota Kinabalu, saya katakan kepada YB Datuk Dr. Patawari, berusahalah cari peruntukan untuk buat jalan tar. Ketika saya tinggal di Kg. Sg. Imam, ada satu bukit yang agak tinggi, maklumlah jalan tanah merah, setiap hari lori kelapa sawit juga akan lalui jalan itu, maka apabila hujan pelajar-pelajar, pegawai-pegawai kerajaan akan lewat sampai di pejabat/sekolah kerana jalan itu tidak boleh dilalui. Harus menunggu tengahari apabila sang saka mentari memanaskan jalan itu, maka bolehlah dilalui semula.

Semua ini saya lukiskan dalam novel ABAKA. Nama Abaka ini sempena nama SMK Abaka, Tawau tempat saya bersekolah ( tingkatan 1-3 ), tempat saya menjadi guru sandaran (1992-1995), tempat saya datang smula untuk mengajar selepas tamat belajar di MPTI,Johor Bahru ( 1998-2002 ).

SMK Abaka ini sangat indah suasananya, di lereng bukit, di atasnya air terjun, padang yang luas, pokok Saka yang besar, sama seperti suasana di MCKK, UPSI, dan di mana-mana sekolah yang pernah diduduki orang Inggeris.

Apabila SMK Abaka ini terbakar ( 1997 ), pelajar-pelajarnya pernah belajar di bawah pokok, Surau yang kecil dipecah-pecahkan menjadi 5 kelas, sangat panas, maklumlah beratapkan zink, surau tempat solat pun jadi kelas, setor pun jadi kelas, makmal yang satu-satunya itu pun jadi kelas, librari yang satu-satunya itu pun jadi kelas, Bilik Guru pula di belakang tandas,...kesian, tapi itulah realiti. Namun, semangat dan jati diri guru-gurunya, ibu bapa, masyarakat kampung, dan murid-muridnya sangat kuat. Mereka terus bersekolah walau dalam keadaan sukar.

Akhirnya, pada tahun 1998, Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan sekolah baru di Bombalai. Sebelum saya berpindah ke Labuan ( 2002 ), saya sempat beberapa bulan menikmati sekolah yang sangat cantik itu.

Ketika saya hendak bertukar ke Labuan, guru-guru membuat jamuan ringkas, walau berat di hati, perjuangan perlu diteruskan di tempat lain. Ketika bersalam..Cikgu Ismail Sulaiman, Pengetua sekolah membisik di telingaku...pergilah berjuang di tempat lain, saya yakin kau akan balik semula menjadi orang yang besar...berhati besar...

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada warga SMK Abaka yang ku tinggalkan, orang-orang kampung yang terpaksa ku tinggalkan, maka ku lukiskan sebuah novel bertajuk " ABAKA Kemelut Kesengsaraan & Ranjau". Novel ini mendapat tempat pertama pertandingan menulis novel DBP sempena 4o tahun Sabah Merdeka dalam Malaysia.

6 Komen:

aerieff said...

asslmkum, permulaan yang bagus untuk penulis novel. zaman baru menggunakan IT untuk mengetengahkan pemikiran kita kepada masyarakat. Orang sekarang jarang membaca buku melainkan kita mempromosikannya dengan cara sebegini.hehe.

salam
adikmu..

cheguman said...

Kisah yang menarik. 2 minggu lepas saya dan isteri ke Kundasang. Selain kagum dengan keindahan panorama Kinabalu, kami sependapat bahawa Sabah masih mempunyai ruang yang luas untuk diisi dengan pelbagai aktiviti ekonomi.

Saya berpendapat perbezaan Sabah dan Sarawak dengan negeri lain ialah saiznya. Jika kita lihat hal yang hampir sama juga berlaku di Pahang. Saya membesar di Pahang dan posting pertama saya juga di sebuah kampung pedalaman Pahang.

Setelah belasan tahun meninggalkan Pahang, baru-baru ini saya ke sana dan terkejut melihat betapa suasananya tidak banyak berubah.

Mungkin bagi penduduk tempatan mereka tidak merasakan begitu tetapi saya membandingkan peningkatan kemajuan di negeri kecil (seperti Melaka).

Saya rasa tidak sukar untuk saudara memahaminya kerana pernah berada di negeri yang lebih kecil (johor) dan mungkin juga sering ke Singapura.

Tahniah. Teruskan perjuangan. Insya Allah saya akan mencari novel tersebut. Saya memang kaki novel.

(teringat Sebuah Pekan Bernama Semporna).

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

cheguman,
Pada zaman sebelum merdeka, guru-guru adalah pemimpin di tempatnya, menjadi bahan rujukan, tempat mengadu,guru-guru berjuang juga dalam politik seperti Allahyarham Cikgu Ghaffar Baba, Pada hari ini, dengan ilmu yang kita ada, kekuatan dan kebenaran, mari kita membantu orang-orang kampung kita, kita desak YB-YB , jumpa dia, tulis surat, datangi rumahnya, datangi pejabatnya, hantar sms, beritahu masalah rakyat, beritahu kesusahan dan penderitaan rakyat, jika YB itu tidak menjawab kita minta dia letak jawatan, jika YB itu banyak alasan kita minta dia letak jawatan, jika tidak apakah fungsi YB ini, kita memilih dia supaya dia boleh bercakap dalam Dewan, supaya dia bijak mencari peruntukan pembangunan, supaya dia boleh menunjuk jalan menyelesaikan masalah rakyat,jika semua dia tidak boleh buat, kita minta dia letak jawatan...Tetapi jika YB ini sudah berusaha maka kita harus bersabar, tetapi buat follow-up, jika tidak YB itu akan tidur.Ini semua saya sudah alami dan telah dilukiskan dalam Novel ABAKA saya.

noor mohammad said...

Assalammualaikum..
saya nii dah lama nak cari kawan2 lama..mungkin awak dah tak ingat kat saya kot..tapi saya masih ingat..heheh
ingat dgn noor mohd???..
kalau boleh bagi alamat email
boleh kita sembang2...
nak hubungi saya email kat jejaka31@yahoo.com...

seribugis said...

Salam...
Terima kasih di atas perjuangan saudara. Ikhlaslah dalam perjuangan. Bijaksanalah dalam perkataan dan perbuatan..

Wahida Maya said...

Di lereng yang menghijau, di situlah bermula... kecemerlangan dan kejayaan... sambungannya aku lupa

Puitis lagunya

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan