PAK LAH PM YANG PALING SABAR

on Wednesday, June 25

Saya lahir ketika Allahyarham Tun Hussien Onn menjadi PM, sehingga darjah 4 ( 1980 ) saya tidak ingat apa-apa tentang Tun Hussien, yang saya ingat ketika itu Datuk Harris Salleh telah menjadi Ketua Menteri Sabah, mengalahkan parti USNO. Yang saya ingat ketika itu, anak-anak sekolah diberikan pen, pensil, buku latihan, kasut, sarung kaki, baju, tudung, susu. Memang baguslah masa itu , sebab keluarga yang tidak mampu juga akan dapat bersekolah sama dengan anak-anak yang lain. Saya tidak tahu sama ada hari ini masih ada subsidi seperti ini.

Kemudian, saya membesar ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tun M seorang nasionalis sejak dia kecil sebenarnya. Ketika berumur belasan tahun, sudah menjadi ahli Saberkas, Pekembar, dan menulis di akhbar-akhbar untuk menentang penjajah British. Kisahnya amat menarik, kerana sewaktu kecil Tun M menjual kuih-muih di sekitar kampungnya dan Pekan Rabu. Tun M dengan Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menaiki teksi ke rumah Datuk Ahmad Badawi di Kepala Batas, ketika itu nak ada pilihanraya rasanya, Tun M dan Allahyarham Tun Razak memujuk ayah Pak Lah supaya janganlah bertanding pilihanraya, berilah peluang orang lain. Begitulah orang dulu-dulu bermusyawarah, sambil makan tengahari akhirnya mereka bersetuju. Tok Guru Nik Aziz pun sangat menghormati Tun M, sehingga akhir-akhir ini di mana ada Tok Guru Nik Aziz di situ ada Tun M.

Tahun lalu saya dan Tun M berutus surat tentang pandangan-pandangan saya terhadap situasi negara dan global.

Semasa Pak Lah menjadi PM, saya di Labuan. Beberapa bulan kemudian saya berpindah ke KL. Apabila kerajaan mendapat keputusan kurang 2/3 majoriti dalam PRU-12 Mac lalu, maka bermacam-macamlah kerenah berlaku antaranya usul undi tidak percaya SAPP kepada Pak Lah. Ketika saya bekerja di Tawau, saya pernah membuat teks ucapan YB Datuk Chua Soon Bui. Pernah juga membantunya membuat program-program masyarakat dan sekolah. Beliau tidak pernah tidak ke rumah jika hari raya, pasti akan datang awal sambil membawa anak-anak dan keluarganya. Jika Hari Guru, beliau akan mengirim Kuih Kek ke sekolah-sekolah. Semasa SMK Abaka terbakar ( 1997 ), YB Datuk Chua Soon Bui antara YB yang paling terkedepan membantu dan memberi sumbangan. Memang ramahlah dia ni...Jadi, apabila SAPP buat usul undi tidak percaya kepada PM, saya sebenarnya tidak percaya YB Datuk Chua Soon Bui akan menyokong. Saya menghubungi Mr. Shim Paw Fatt Naib Presiden SAPP ( Mantan MP Tawau ) term yang lepas melalui SMS, dan meminta beliau supaya parti SAPP mengambil jalan tengah, berunding, dan berlembut.

Pak Lah mempunyai latarbelakang agama yang baik. Ayah dan datuknya adalah pengasas sekolah pondok di Pulau Pinang, malah antara pengasas tarekat yang ulung di Tanah Melayu. Keluarga Pak Lah ini sangat terkenal di Yaman, di sebuah madrasah ( **lupa nama Madrasah, nanti akan diconfirmkan dulu ). Apabila Pak Lah tidak membuat apa-apa tindakan kepada SAPP dan 2 MP ini, itulah tanda orang yang mempunyai agama, yakni sabar. Saya maklumkan kepada Shim Paw Fatt, ajaklah semua jumpa Pak Lah kerana Pak Lah akan mendengar.

Saya tidak menulis tentang kekurangan PM-PM di atas, kerana saya lebih suka bersikap positif. Mengambil yang positif, sebagai manusia biasa kita sendiri banyak melakukan kesalahan. Jadi jika kita menuding jari kepada mereka, 4 jari menunjuk kepada kita semula. Lagi pun, saya berfikiran, Rumahtangga kita ( Kerajaan kita ), kita saja yang tahu kekuatan dan kekurangan kita. Orang lain tidak tahu. Adakah sahabat kita tahu berapa simpanan wang yang ada dalam poket kita? Kita saja yang tahu berapa yang kita ada, dan berapa banyak yang kita boleh agih-agihkan kepada ibu bapa, adik-adik dan anak-anak.

Samalah dengan Pak Lah, adakah kita tahu berapa wang kerajaan kita ada secara tepat, berapa tahun wang itu boleh digunakan, apakah masalah jika kerajaan kurang wang, jika tiada simpanan apakah kesannya, apakah semua wang perlu disubsidikan kepada minyak dan makanan, mereka selalu bandingkan harga minyak dengan negara-negara Arab, Kuwait, Iran, Iraq, Nigeria...tapi pernahkah kita kaji berapa juta tong lagi simpanan mereka, berapa ratus tahun lagi minyak mereka ada, berapa jumlah penduduk mereka...nak dibandingkan dengan petronas yang sekarang terpaksa mencari minyak di luar negara. Jika tidak diurus dengan baik, lihatlah Indonesia dulu Pengeluar minyak, menjadi anggota OPEC...hari ini terpaksa keluar dari OPEC kerana sudah tidak menjadi pengeluar minyak, malah Pertamina ( macam Petronas ) sudah mula bankrap dan ditutup satu demi satu. Tentu kita tidak mahu Petronas jadi begitu.

5 Komen:

m zakir said...

Salam saudara,

Syabas diatas pandangan kritikal saudara.

Boleh buat sedikit pandangan masa depan politik negeri Sabah ?

Juga masa depan Jerry kalau main2 belajar, susah itu. Harap dia boleh berubah...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih.
Saya seperti juga rakyat di Sabah memahami memang kita agak ketinggalan dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia daripada sudut Pembangunan Kebendaan. Namun jaraknya tidaklah jauh, malah ada beberapa pembangunan kita lebih baik daripada Semenanjung seperti Pembangunan Hutan/Kelapa sawit/Air Port Baru dsbnya.

Ahli-ahli Politik, perlu jujur dalam profesyen mereka. Carilah seberapa banyak peruntukan untuk membangunkan negeri Sabah, tetapi haruslah sampai ke sasaran pembangunan itu.Di dalam media dan blog sangat banyak yang hantar gambar anak sekolah berkaki ayam, selipar jepun, naik jambatan tali, sekolah berlantaikan tanah dsbnya. Sebenarnya peruntukan sudah banyak disalurkan, Soalnya bagaimana ia disalurkan, ke mana ia disalurkan, berapa skala pembangunan di bawah,
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, untuk meminta peruntukan membawa masuk paip air di Sungai Imam, kami terpaksa bertengkar dengan Pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya.Kami mahu pastikan peruntukan ada, diluluskan, dan sampai kepada sasarananya.

Dahulu, dalam buku SH Alattas menulis, Tanpa YB Sabah pun BN boleh memerintah, tapi selepas 20 tahun ternyata tanpa Sabah, kerajaan Persekutuan akan bertukar tangan.

Jadi, dalam 5 tahun ini suara YB-YB Sabah malah Suara Rakyat Sabah sungat mahal. Mintalah apa sahaja, insyaallah akan dipertimbangkan. Tetapi mintalah dengan cara yang berhemah, beradab, dan melalui prosedur. Negara kita negara yang ada sistem, jadi sistem itu perlu digunakan.

Inilah masa untuk meminta pembangunan tambahan dsbnya kerana kedudukan YB-YB Sabah sekarang ibarat intan permata.

Tetapi harus juga diingat, politik pun umpama awan. Hari ini UMNO tidak serasi dengan PAS dan PKR. Namun tidak mustahil esok UMNO dan PAS dan PKR bergabung pula membentuk kerajaan. Dalam politik macam-macam boleh berlaku.

Kita rakyat jangan terlalu emosi. Jika kita ke Parlimen, kita akan dapati YB-YB BN berborak, makan bersama dengan YB-YB PAS dan PKR. Dulu Ezam maki hamun UMNO, hari ini Ezam maki hamun Anwar. Kata Ezam di Terengganu, demi Allah dan RasulNya , saya tidak akan membenarkan Anwar jadi PM. Nah..walhal dulu Ezam, sanggup dipenjara dan dipenjarapun kerana Anwar.

Dulu Tuan Guru Nik Aziz kata Tun Mahathir Maha Firaun...hari ini Tuan Guru Nik Aziz kata Tun Mahathir seorang yang bijak , terkenal, dan berpengalaman di peringkat antarabangsa, nak pelawa pula Tun masuk PAS.

Maknanya, dalam politik jangan terlalu taksub. Carilah Pembangunan , jangan cari Pergaduhan.

aerieff said...

Saya akan berubah^^

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya tahu Pengalaman yang telah kau lalui di Matrikulasi sangat berguna kepada dirimu. Itulah pendidikan semulajadi yang tidak diajar dalam sekolah.

Saya yakin selepas ini, di universiti, pandangan hidupmu akan lebih luas.

Saya percaya Pengalaman adalah Guru yang paling penting dalam hidup kita. Jangan pandang belakang, Pandang Depan

Panglima Perang Cyber said...

ahli sastera bertutur dengan pena dengan bahasa dari dalam hati yang hening menyentuh perasaan yang masih ada nilai seorang manusia...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan