PERBINCANGAN DENGAN PAK LAH

on Sunday, June 29

DUA hari ini sangat sibuk. Semalam bersama Dato Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan Dato Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan, serta YM Raja Nazrin ( Wisma Putra ) membincangkan isu-isu semasa.

Pada sebelah tengahari, mencuri sedikit masa berjumpa Pak Lah di rumahnya. Saya bersama Datuk Raymond Tan, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan dua orang lagi berbincang bagaimana nak mengatasi masalah SAPP di Sabah. Pak Lah seperti biasa , seorang yang merendah diri, tiada pembantu Rumah , maka Pak Lah lah yang menghidangkan minuman dan makanan.

Kami menunggu tidak lama, sebaik sahaja Pak Lah nak masuk rumah kami sudah ada di dalam menunggu. Beberapa orang lagi sedang menunggu giliran di luar rumah untuk berjumpa Pak Lah. Kesian Pak Lah, baru dari majlis di ibu kota, belum sempat duduk sudah ramai menunggu, jadi kami fokuskan perbincangan dan isu-isu semasa SAPP.

Bagi saya, kepimpinan SAPP perlu lebih subjektif dan positif. Tuntutan 8 Perkara yang diminta Datuk Yong Teck Lee jelas sudah lama dipenuhi oleh kerajaan. Kekecewaan peribadi Datuk Yong tidak sepatutnya mengheret MP dan ADUN nya untuk memarahi Pak Lah.

Saya tidak berniat mengghhuraikan isi perbincangan kami dengan Pak Lah, tetapi Datuk Raymond Tan berjanji akan mengatasi masalah ini dengan bijaksana. Tidak akan ada deal dengan Anwar, tidak benar parti menyertai PR, semuanya tindakan ' one man show' Datuk Yong.

...akan sambung,malam ini

8 Komen:

silentbase said...

Assalamualaikum

adakah saudara turut membincangkan komuniti miskin yang semakin menjadi miskin terutamanya di kawasan pedalaman sabah, estet2 Golden hope dan peniaga kecil
Mungkin saudara boleh cadangkan skim pinjaman PTPTN kepada mereka untuk meringkan beban harian. hehe

sila msk ke webblog saya http://silentbase.wordpress.com/

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Sudah semestinya kerana saya sendiri berasal daripada Kg. Melati Burut, Di Golden Hope masalah utama ialah anak2 yang pandai tidak mempunyai KP yang sah menyebabkan sukar mereka melanjutkan pendidikan. Saya telah berhubung dengan Peg2 di JPN dan KDN membawa beberapa masalah orang Kg namun ada yang selesai dan ada yang tidak. Masalah mereka ialah dokumen tidak lengkap. Cuma, satu keadaan orang Kg yang masalah ini ialah mereka mahu Masalah mereka diselesaikan dengan Cepat, dan mereka mahu Masalah mereka diselesaikan walaupun tidak boleh. Maksudnya kalau tidak boleh mereka mahu dibolehkan juga, apapun di tengah2 kesukaran saya berusaha membantu mana yang dibenarkan oleh peraturan negara kita.

Kedua, kami sudah berbicang dengan Dato Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan, dan beliau berjanji akan meluluskan permohonan belia2 yang mahu berniaga, atau ada yang bankrap tetapi boleh diberi peluang kedua, begitu juga dalam pendidikan beberapa dana boleh diberikan dengan syarat memenuhi syarat. Maksudnya, kalau SPM dapat 1A 10B janganlah pula minta pinjaman nak belajar perubatan.

Saya secara peribadi menyalahkan YB-YB di kawasan tertentu yang tidak proakrif, atau pegawai-pegawainya kurang membantu. Kerajaan mempunyai seribu jalan untuk membantu, tetapi adakah PM atau TPM yang perlu datang ke Kg2 di Sg Imam bertanya siapa perlu bantuan dsbnya. Saluran sudah ada, Ketua KG, JKKK, Pemaju Mukim hendaklah Pro-Aktif membantu mereka yang memerlukan.

Seperti yang saya ceritakan,dalam tulisan saya sebelumnya, Untuk membawa pembangunan Air dan lampu ke dalam Sg Imam, kami terpaksa berperang mulut dengan Pegawai2 di Kemneterian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya. Akhirnya, dapatlah kemudahan jalan raya, tiang lampu elektrik dan air bersih di Sg Imam, orang2 Kg tidak tahu peristiwa kami bergaduh, menghentak meja, kerana mereka mahu mengurangkan peruntukan. Malah kami bergaduh dengan Main Kontrak, malah saya baru2 ini menghubungi Kontrakter yang membuat paip air di Sg Imam, sehingga hari ini masih tidak dibayar.

Skim PTPTN akan dapat kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Soalnya bagaimana mereka menggunkannya, apakah prioriti mereka berbelanja, adakah beli HP baru dulu, beli kradit, sejauh mana mereka berjimat, pakaian mereka selama mana mereka pakai, 3 bulan beli lagi yang baru, atau 6 bulan atau 12 bulan atau 24 bulan baru tukar,Sikap perlu dianjak..

Akhir kata, jangan berikan orang miskin selonggok wang nanti cepat dihabiskan, berikan mereka pendidikan, pendidikan yang akan merubah nasib masa depan mereka.

Saya akan cadangkan kepada belia2 di Kg supaya buatlah paper work buat bisnes workshop ke, gerai ke, dsbnya...saya boleh majukan kepada Menteri.

Anonymous said...

Salam..
Permasalahan KP merupakan kekangan yg plg besar bagi penduduk dan pelajar2 d kwsn kita.Saya yg berasal dan msh tinggal d kg Melati Burut mlihat mslh ini agak sukar utk diatasi berikutan tiada pihak yg begitu serius mlihat dan tidak ada penggerak utk mengetengahkn isu ini. Adalah sukar bg ibu bapa yg bekerja d ladang2 utk b'urusan dgn JPN lbh2 lg dgn kerenah birokrasi yg myebabkn ibu bapa suda give up mengurus hal ini.Saya akui, rmai plajar yg sbnrnya berpotensi namun terbantut dan tak blh wat apa2.Ada dua org senior sy bljr di universiti yg sama dgn sy tak dpt m'perolehi pekerjaan yg sepatutnya d sbb kn mslh ini.Saya sendiri kurang faham, mengapa ini terjd?Diharapkan pemerintahan Datuk Najib yg sy lihat bgitu menitik beratkan kebajikan rakyatnya dpt membuka lembaran baru bg menemui jln penyelesaian yg sudahh d takuk lama.Saya juga ingin meminta pndangan saudara JentayuAbaka, apakah yg akan dilihat atau garis panduan bg kerajaan kita bg memberi kemudahan asas iaitu bekalan elektrik dan air kpd sesebuah kwsn atau kg???. saya tinggal d perkampungan d dlm kg mlati burut.tp kemudahan asas msh blm d penuhi.Saya tidak tahu kpd siapakah hal ini wajar d rujuk?? adakah wakil rakyat??atau mn2 kementrian??atau tunggu smpai PM dtg mlwat kg saya??.

jentayuabaka.com said...

Salam anon, terim kasih menjenguk blog ini. SEcara ringkas,

1. Saya telah membantu beberapa org utk selesaikan masalah mereka, ada yg berjaya dan ada yg belum. Mengikut pengalaman sy, masalah ini boleh diatasi hanya lambat cepat saja. Ia sgt kompleks kerana walaupun anak2 kita lahir di Sabah(Mlaysia) tetapi ibubapa lahir di negara lain dan tidak mempunyai kerakyatan Malaysia. Di mana2 negara memang prosedur macam ini akan ambil masa, so kena selesaikan satu demi satu. Prosedur di JPN dan KDN memang teliti apatah lagi zaman IT semua maklumat rakyat Malaysia memiliki Rekod. Jika Rekod pemohon berbeza sudah pasti perlu diperbetulkan dahulu.

2. Kedua, saya melihat wakil rakyat BN (LDP) di Merotai itu tidak berfungsi. Jika dia berfungsi dia patut jadi macam wakil rakyat Cina di sini. Di KL, Wakil Rakyat Cina dia atau Ahli-Ahli Majlis Daerah dia datang sendiri ke JPN membawa senarai nama orang2 Cina yg tidak ada KP atau Belum menjadi Warganegara, mereka mendesak JPN menyelesaikan masalah tersebut. Di Merotai, kenapa YB BN ( LDP ) itu tidak boleh buat.

3. Jika saya YB Merotai, saya akan bawa masalah ini di JPN Putrajaya. Atau senang saja, minta YB Phang Call direct kepada Ketua Pengarah JPN Putrajaya, buat appoinment dan bawa senarai nama mereka yang bermasalah. Tapi dia tidak buat, takut nak perjuangkan masalah rakyat. Kita bukan berjuang menipu, kita ikut saluran , bukan buat KP palsu. Kamu ndi Merotai patut Desak dan Desak YB Merotai itu. Kalau tidak buat apa kamu undi dia?

3. Menurut rekod Parlimen, YB Shim Paw Fatt (Tawau) pernah mengemukakan dalam Parlimen masalah orang2 Tawau yang tidak ada negara. Maksudnya laher di Tawau tetapi tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia kerana masalah birokrasi.

Saya faham , ada anak2 Tawau yang laher sudah 20 tahun, 30tahun mendapat degree tetapi tidak boleh kerja dan menyumbang kepada negara kerana masalah IC.

Pesan saya, desaklah YB kamu itu, cari dia, kejar dia, jika dia tidak mahu membantu, suruh bdia letak jawatan. Rakyat mesti didahulukan. YB Merotai itu bertanggunbgjawab kerana kG. mELATI NBurut di bawah dia.

Junaidah Binti Arbain said...

Salam

sepatutnya org mcm saudara yang faham masalah sbnr rakyar, dan turut berasal dari kelompok yg sama mnjd wakil rakyat kami.Take time..saya harap dan berdoa it will came true one day.Sbb saya melihat saudara Jentayuabaka begitu bersifat berani.

IKHLAS dari saya..
Kg Melati,Burut.

jentayuabaka.com said...

Terima kasih, aku tidak mengejar nama atau pangkat atau apa-apapun kerana aku pernah hidup susah, maka aku tahu susahnya hidup mereka yg sedemikian rupa...

Sepatutnya YB kat Merotai boleh selesaikan...Jika, sayalah, saya akan bawa direct masalah ini kepada pegawai JPN dan KDN yang bertanggungjwab di Putrajaya.

Pada pandangan saya, kamu di KG Mesti mendesak YB Phang supaya bergerak ...ambillah kesempatan kerana Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan akan berusaha selesaikan masalah ini menjelang Disember 2009. Lagi sekarang KDN memproses lebihkurang 500 permohonan setiap hari.

Ketua Pemuda UMNO Kalabakan tak kan tak boleh membantu? Apa guna jadi Exco Pemuda Malaysia kalau takut memperjuangkan masalah rakyat? Sudah ada kedudukan, gunakanlah. Inilah cabaran membantu rakyat. Jangan hanya nak jawatan tapi tak mahu di depan selesaikan masalah rakyat.

rodrigo ,iuli said...

Memohon untuk pinjaman cepat dan mudah untuk membayar bil-bil dan untuk memulakan pembiayaan baru projek-projek anda pada kadar faedah yang paling murah sebanyak 3%. Sila hubungi kami hari ini melalui: eagleloanfinance@hotmail.com dengan jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai tawaran pinjaman minimum kami adalah 1,000.00 kepada mana-mana pilihan pinjaman amount.I pagi disahkan, berdaftar dan legit lender.You boleh menghubungi saya hari ini jika anda berminat untuk mendapatkan ini pinjaman, hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai proses pinjaman, proses seperti terma-terma dan syarat-syarat pinjaman dan bagaimana pinjaman akan dipindahkan kepada anda. Saya memerlukan jawapan mendesak anda jika anda berminat.

ricardo leo said...

Adakah anda memerlukan pinjaman? Pernahkah anda mencari di mana untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda telah cuba untuk mendapatkan apa-apa jenis pinjaman? kemudian memohon di? (rodrigoluliloanfirm@yahoo.com) jika anda mahu untuk mendapatkan pinjaman yang berpatutan. Pinjaman yang ditawarkan di sini pada kadar faedah yang sangat rendah 3%. Hubungi kami sekarang jika anda berminat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan