Sasterawan Menjaga Agama,Nusa & Bangsanya

on Saturday, June 21

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu,
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Pada zaman Kegemilangan bangsa kita dahulu, nama-nama besar lagi tersohor seperti Tun Sri Lanang, Munsyi Abdullah, Raja Haji, Raja Ali Haji, Nuruddin Ar-Raniri, Hamzah Fansuri, Syed Syeikh Al-Hadi,Pak Sako, Said Zahari, A. Samad Ismail, A. Samad Said, A. Samad Ahmad, Dr. Burhanudin Al-Helmy, Osman Awang, dan banyak lagilah,mereka semua tidak pernah lupa menyumbang idea-idea untuk menyedarkan bangsa kita, membangunkan minda, supaya bangsa kita sedar akan kekurangan mereka ketika itu.
Barangkali tahun-tahun1820an, 1900an, dan tahun-tahun sebelum dan selepas Perang Dunia Ke2, penulis-penulis kita memiliki kesatuan hati yang teguh, mereka tahu peranan mereka, mereka tahu mereka tidak mungkin berjaya jika mengangkat senjata, namun mereka yakin perjuangan dan gerakan boleh bermula dengan setitik tinta. Bukankah kita sangat popular dengan kata-kata Saidina Ali r.a. bahawa " Mata Pena Lebih Tajam Daripada Mata Pedang ".


Pada hari ini,apabila kita merdeka, sesudah kita memiliki segala-galanya yang tidak ada pada tahun-tahun penjajahan dulu, kelihatannya perjuangan sasterawan kita sudah mula kendur, tema-tema perjuangan lebih kepada cinta teruna dan dara, bukan cinta pada bangsa dan negara lagi,cinta sesama jenis bukan lagi cinta pada agama, cinta pada ringgit bukan lagi cinta pada perjuangan,maka marilah kita kembali menulis tentang perjuangan, gerakan, dan wacana.


Cinta dan perjuangan adalah sinonim, bak cinta Shamsiah di dalam hutan belantara, cinta Natrah di Singapura, Cinta Si Tanggang di tengah lautan, Cinta si Jentayu di negara China, semuanya cinta perjuangan.


Mari kita berjuang pertahankan agama kita, bangsa kita, negara kita supaya seribu tahun nanti, masih ada tanah yang ini, Tanah Melayu. Tanah yang pernah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu, Dol Said, Tok Janggut, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbung,Mat Salleh di Sabah, Rentap di Sarawak, dan lain-lainnya lagi.

Tun Sri Lanang adalah Pahlawan tetapi dia juga adalah Penulis Di Raja, Raja Haji & Raja Ali Haji adalah Panglima Perang tetapi mereka juga adalah Sasterawan, Pak Sako adalah Pejuang Kemerdekaan tetapi dia juga adalah Sasterawan, A.Samad Ismail & Said Zahari berjuang sehingga disumbat dalam penjara tetapi mereka adalah penulis yang besar. Jika mereka semua masih hidup, mereka pasti akan bersyukur dan gembira kerana perjuangan yang panjang berhasil di hujung perjuangan. Mari kita bersatu kembali di dalam agama,politik, ekonomi, pendidikan, dan seterusnya ketuanan bangsa kita.

Sekian, Salam Hormat.


al-azharri siddiq haji kamunri.

Sepang, KLIA.





1 Komen:

Panglima Perang Cyber said...

salam ahlan wa sahlan...

Detik permulaan yang hebat untuk ukiran pena yang mantap bagi kebangkitan rakyat yang cintakan perpaduan dan persaudaraan di tanah air kita sekarang.

Perjuangan tidak akan pernah terhenti dan kitalah pewaris mereka selagi masih ada mentari di ufuk timur menjengah ke alam maya hari demi hari.

selamat menjadi penulis@blogger di era moden dan sofistikated ini.

Bersama menuju ke arah Cemerlang Gemilang dan Terbilang...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan