ANWAR BERBAJU PKR BERHATI DAP

on Friday, October 17

1. Tindakan tidak bertanggung-jawab Wee Meng memparodikan Melayu dan Islam dalam 'Negarakuku'nya dianggap cetusan karya seni, sama seperti pemikiran Anwar yang menganggap karya Salman Rushdie dalam novelnya bertajuk ' The Satanic Verses' sebagai karya seni berfikiran tinggi.

2. Wee Meng Chee mempertahankan karyanya sebagai hasil kreativitinya, walaupun dia menghina suara azan macam ayam berkokok dan tune lari. Anwar juga tidak kesah mengagungkan Salman Rushdie dan Tidak Mengagungkan Rasulullah Saw , sebagaimana juga ditulis oleh Faisal Tehrani tajuk Rasulullah Dihina.

3. Tetapi apabila Chamil Wariya menulis cerpen yang sinis, mereka mengecam dan melabelkan sebagai menghasut sentimen perkauman dan propaganda politik.

4. Persoalannya, sejak bila propaganda politik (jika benar) dikategorikan sebagai jenayah hingga boleh dibuat laporan polis?

5. Nampaknya di Malaysia sekarang, bila bercakap mempertahankan kesucian agama Islam dikira menghasut, bila bercakap pasal bangsa Melayu dikata perkauman, bila bercakap pasal keselamatan negara disebut tiada Hak Asasi Manusia.

6. Penulis perhatikan Anwar memang Melayu berhati DAP, bayangkan semasa di Parlimen, apabila MP Melayu bercakap pasal keselamatan negara, Sivarasah pula yang duduk berselang dengan Anwar bangun bercakap pasal Human Reights dan Hak Asasi Manusia. Bayangkan Anwar boleh berdiam diri dan tidakpun menentang ataupun sekurang2nya memperbetulkan konsep Hak Asasi Manusia dalam konteks Islam dan dalam Konteks negarabangsa kita!

Apabila Dr Puad Zarkazi membawa cerita khalifah Umar membuang seorang pemuda ke daerah lain, demi keselamatan majoriti masyarakat umum, barulah Anwar berhenti berdebat pasal ISA & Human Reight.

7 Komen:

zakiahnaim said...

berbaju pkr berhati dap....
lepas nie mau kasi tukar sama itu baju kaa?
baju bleh tukar tapi hati mcm mana mau tukar?
cuci sama klorok pun belum tentu lagi luntur

damage said...

ada dgr cerita Anwar nak nak pakai baju dan berhati UMNO semula.tak tau lah betul atau tidak.tapi andai kata Anwar masuk semula UMNO untuk menjadi PM,maka terkontang-kantinglah seluruh PKR nanti.

tangansotong said...

Bagi saya, tidak mustahil jika Anwar sertai UMNO semula. Anwar lagi besar flip flopnya. Mungkin jika suatu hari beliau rasa memang dah tak mampu sangat nak kelentong rakyat demi perjuangannya menubuhkan kerajaan baru, maka mungkin ketika itulah beliau akan jilat ludah sendiri..

ketam said...

sekarang LIM KIT SIANG akan suruh kuasa melantik KETUA HAKIM pada Yg Di PErtuan Agong dan Majlis Raja-Raja dihapuskan keran akan ada Suruhajaya Kehakiman (baca blog Lim Kit Siang)..

DAP sebenarnya secara halus dan terancang berusaha menghapuskan semua yg berkaitan dengan KETUANAN MELAYU..

SEDARLAH WAHAI MELAYU jgn jadi MELAYU seperti segolongan ITU yang terang-terang menjadi tali barut mereka..

tangansotong said...

Sebenarnya Anwar telah di'guna-guna'kan oleh DAP...kena bomoh oleh Lim Kit Siang. Sebab itulah, Anwar jadi macam tu....

kedahan said...

Tak lama lagi Anwar pakai baju belang belang.

Jiran dia kal sel sebelah asyik dengar dia sebut

"Akulah Perdana Menteri" .......

Pok Nik Klate said...

Semalam saya tertengok rancangan TV9 berbentuk di pengerusikan oleh Prof Madya Mohd Agus(maaf kalau saya silap) dan ahli panel adalah Sdr Tn Hj Ridun Tee Abdullah, saudara seagama dengan kita tetapi brlainan bangsa). Tajuknya saya kurang arif tetapi masa tengok, Tn Hj Riduan sdg memberi kupasan terhadap isu tsb lebih kurang begini..
" Inilah yang diperjuangkan oleh PAP, Lee Kuan Yew iaitu Malysian Malaysia. Dasar ini sekarang diteruskan pula oleh DAP (parti perkauman yg sangat dasyat). Semasa hndak merdeka dulu kaum Cina memohon supaya hal2 berkaitan ekonomi diuruskan oleh bangsa cina manakala politik dan pentadbiran negara diuruskan oleh org melayu..Jadi sekarang ini org cina sangat2 tamak..sudah menguasai ekonomi dan sekarang ini ingin pula menguasai politik dan pentadbiran negara". Jadi dimana letaknya org melayu?
Maka sebab itu saya merasa sangat sayu sebab seorang bukan "MELAYU" dapat membaca pergerakan ini dengan jelas dan nyata tetapi melayu-layu didalam PKR dan Melayu-layu "golongan muda" PAS menyokong perkara ini secara membabi buta. Sebab itulah MCA nampaknya semakin hari semakin biadap terhadap rakan kongsi dalam BN..sambil meminta perkara yg bukan2 spt Timb Pengerusi hatta Timb Perdana Menteri. DAP hanya tersenyum ketawa melihat dasar perjuangan mereka telah dibawa oleh Melayu PKR, segolongan Melayu PAS dan sudah pastilah MCA dan Gerakan. Saya semacam percaya sudah ada pakatan antara DAP/MCA/Gerakan dalam PRU 12 supaya MCA dan Gerakan mngalami kekalahan teruk. Dengan MCA dan Gerakan mendapat point utk membuat tuduhan melulu terhadap UMNO yg menyebabkan MCA dan Gerakan kalah sebegitu bodoh. Kalau cina sudah tidak menyokong MCA dan Gerakan bermakna parti tsb sudah tidak relevan kpd kaum Cina dalam kontek BN.
Sepatutnya kuota menteri dsb pun ditarik balik dari kaum cina..utk mengajar mereka. Tapi atas semangat setiakawan UMNO dlm BN.. kuota ini sedikitpun tidak dikurangkan... Tapi yg sedihnya Melayu menumpang semangkuk untuk menjatuhkan kuasa dan pentadbiran Melayu UMNO..Kalau dalam filem Sjn Hassan..Melayu2 ini boleh diibaratkan sebagai watak yg dibawa oleh Salleh Kamil.DAP secara terang-terangan memusuhi UMNO,Melayu dan Islam.. Siapa yg nak pertikaikan hakikat ini. Lihat saja banner pilihanraya di PP.. "UNDI UTK GERAKAN BERMAKNA UNDI UTK UMNO"... "LANGKAH MAYAT SAYA DULU SEBELUM BOLEH DIJADIKAN NEGARA ISLAM".. DAP yg memulakan idea bahawa UMNO pembuli dalam BN. Kalau org Melayu PAS dan PKR masih membutakan mata dan memekakan teliga.. tengoklah satu hari nanti Melayu akan jadi macam penduduk Palestin.. merempat ditanahair sendiri. Kalau Melayu bersatu..sampai bila2 Malaysia akan diperintah baik politik dan pentadbiran oleh org Melayu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan