DR M KHIR TOYO WAJAR TARIK DIRI ?

on Wednesday, October 29

1. DR. M. KHIR TOYO telah menjadi MB dengan ehsan/sokongan Tun Dr. Mahathir walaupun UMNO Selangor ketika itu mempunyai calon-calon yang lebih senior. Ketika itu,semua orang pun terkejut kenapa DMKT yang dipilih oleh TDM.

2. Pada pandangan penulis, DMKT hendaklah memahami konsep Budi Baik Dikenang Juga, kerana orang Melayu dan UMNO tidak lekang dengan budi ini. Dari sudut Sejarah, apabila TDM ditarik masuk oleh Tun Razak dengan bantuan Dato Harun Idris, sebenarnya TDM mengenang jasa Tun Razak dengan melatih dan menyediakan asas kepimpinan kepada DS Najib untuk menjadi PM kelak.

3. Begitu juga jalan cerita DS Hishamudin, untuk mengenang jasa Tun Hussien Onn melantik TDM sebagai TPM dan akhirnya menjadi PM, TDM telah melatih dan melantik DS Hishamudin sebagai Naib Ketua Pemuda, Ketua Pemuda, Menteri yang akhirnya penulis kira berpeluang juga menjadi PM. JIka tidak, barangkali Tun Hussien akan memilih Tengku Razaliegh, Tun Ghaffar Baba atau Tun Musa Hitam yang lebih senior ketika itu.

4. Mengapa TDM memilih Pak Lah sebagai penggantinya pada Oktober 2003, bukannya DS Najib? Perkara ini telahpun dijelaskan oleh TDM bahawa Pak Lah adalah senior dan lebih berpengalaman dalam parti dan kerajaan ketika itu, maka DS Najib perlu menunggu selepas Pak Lah.

5. Maka itu, wajarkah DMKT menarik diri? Penulis berpendapat, jika DMKT mengenang jasa dan bukti TDM yang melantiknya dalam parti dan kerajaan dengan pelbagai jawatan tinggi sehingga kini menjadi kuat ( boleh berdiri sendiri ), maka DMKT hendaklah berfikir untuk memberi peluang kepada YB Mukhriz sebagai Ketua Pemuda.

6. Penulis bukan anti DMKT, tetapi penulis melihat DMKT tidak akan rugi apa2pun jika menarik diri, malahan akan beruntung dari jangka panjang untuk survival politiknya. Bagi penulis, penamat rel DMKT ialah apabila BN tumbang di Selangor, antara lainnya kesilapan DMKT yang paling besar dalam poltik dan kepada UMNO ialah apabila DMKT memberi hadiah "penyapu". Penyapu sebenarnya lambang sial, rugi,jelek, buruk, kotor, jatuh, dan sebagainya.

7. Antara YB MUkhriz dan YB Khairy, penulis melihat dua-dua ada kekuatan. Cuma PRU 12 memberi gambaran bahawa pengundi atas pagar tidak memberi 'mood' yang baik kepada YB Khairy. Jika YB Khairy menang Ketua Pemuda, apakah BN/UMNO boleh menang PRU-13 dengan keadaan rakyat sudah dimampatkan dengan pelbagai cerita berkenaan YB Khairy. YB Khairy juga minggu lepas telah menyatgakan dalam temuramah dengan The Sun, bahawa UMNO/BN masih diterima oleh rakyat cuma sesetengah pemimpinnya tidak diterima oleh rakyat, termasuklah dirinya, itu kata YB Khairy. Maknanya YB Khairy sedar dirinya juga ditolak sebahagian rakyat.

8. Maka, jika kita melihat trend pencalonan Ketua Pemuda, penulis berpendapat trend dan mood rakyat ialah Majoritinya kepada YB Mukhriz. Pemimpin-pemimpin UMNO kata nak dengar suara rakyat, suara grassroote maka sudah diberi petunjuk dalam pencalonan, mengapa kita tidak mahu berkorban.

9. Bagi penulis, YB Khairy tidak akan rugi apa2 pun jika bekerjasama dengan YB Mukhriz, sebab beliau sudah menang Ketua Pemuda Bahagian Rembau, malah menjawat jawatan MP Rembau. Malah, penulis yakin jika YB Khairy bekerjasama degan YB Mukhriz, rating dirinya akan naik, respectable rakyat kepadanya akan bertambah, ini penting untuknya sebagai orang politik. Jika terus menjadi liabiliti kepada parti , maka nansib PRU13 bagaimana?

8 Komen:

Pok Nik Klate said...

Kalau UMNO ingin kembali mendapat kenyakinan rakyat maka suara akar umbi perlu di beri perhatian yg tersangat istimewa. Ini bermulalah dengan pemilihan pucuk pimpinannya. Bagi jawatan Ketua Pemuda maka saya melihat bahawa trend akar umbi telah kelihatan melalui pola pencalonan. Kalau sebelum ini tiada siapa yg menduga bahawa YB Mukhriz akan mendahului dan meninggal jauh YB Khairy.

2.Akar umbi telah melihat bakat dan gaya kepimpinan antara YB Mukhriz dan YB Khairy. Tidak keterlaluan kalau saya mengatakan perbezaan bakat dan gaya kempimpinan YB Mukhriz dgn YB Khairy adalah besar. Rata2 rakyat melihat perwatan dan gaya kepimpinan YB Mukhriz adalah matang dan berseni manakala YB Khairy pula dilihat sebagai perwatan tidak matang, kebudak-budakan dan hilang arah tujuan.

3. YB Khairy bernasib baik menumpang tuah "bapa mertua" sahaja dan kalau nak diikutkan bakat yg ada tapa dipengaruhi oleh faktor bapa mertua, maka YB Khairy tidak pun akan menjadi Ketua Pemuda Rembau.. apatah lagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

4. Maka saya berpendapat adalah lebih baik YB Khir dan YB Khairy menarik diri dari pertandingan ini. Berilah laluan yg mudah kpd YB Mukhriz utk memimpin pemuda dan seterusnya memacu perkembangan positif UMNO dalam menghadapi PRU13. YB Khir telah mememgang tampok pemerintahan MB Selangor buat beberapa penggal.. maka YB Khir tunggu pemilihan yg akan datang dan bertandinglah dalam jawatan yg lebih senior umpamanya Naib Presiden dll.

5. Seruan ikhlas kpd YB Khairy.. tarik dirilah dari pertandingan ini. Permudahkanlah kerja2 YB Mukhriz utk sama2 menggembleng tenaga agar UMNO dapat kembali ke era kegemilangannya. Dalam pada itu YB Khairy boleh belajar untuk mematangkan fikiran dan gaya kepimpinannya memandangkan beliau masih muda dan mempunyai banyak masa lagi dalam politik..

tanpa nama said...

buat Khairy,jika dia rasa dia kurang diterima rakyat maka dia perlu cari dimana salah silap dia sehingga rakyat menolak dia.belajar untuk memperbaiki kesilapan.

buat khir toyo pula,harapan agak malap buat dia dicalonkan sebagai ketua pemuda.dia jadi MB dulu pun sebab diberi peluang oleh Tun Dr. Mahathir.

buat Mukhriz,dia kena buktikan diri yang dia bukan hanya takat bergantung pada bapanya yang pada semua orang memang nampak dia masih bergantung pada bapanya.jangan harap untuk calon lain memberi laluan yang mudah untuk dia menang.

armouris said...

kalau mukhriz tak nak debat, buat majlis manifesto, calon bentangkan manifesto masing2 dalam 20 minit, soal jawab selepas tu. satu sesi satu calon, tak perlu tiga2 sekali...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

yuzy said...

Dengan cerita ynag tersebar meluas sejak akhir-akhir ini,KJ dilihat seperti mempunyai kepentingan peribadi sekiranya dilantik sbg ketua pemuda.Saya sendiri kurang yakin dengan keikhlasan beliau.Cuma,untuk pemuda,beliau lebih muda dan lebih dekat.

Mukhriz pula dianggap sebagai kaki Tun M dalam UMNO.Membawa agenda-agenda yang dimahukan oleh Tun M.Tapi saya yakin mukhriz punya pendiriannya sendiri.

Apa pun,harap-harapnya politik wang tidak seteruk yang disangka.Mungkin juga kj akan all-out untuk 'melabur' agar dapat menrampas jawatan ketua pemuda pada saat-saat akhir.Perwakilan ni bijak,kan?

Anonymous said...

dari segi senior, KJ lebih layak..Mukhriz jangan nak lompat jauh sangat.

kan Tun Mahathir pun suruh orang senior diutama dlm pemilihan ?

dengar nasihat bapa!

beritamalaysiakini said...

Salam tuan blog...

blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

beritamalaysiakini

dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

tq

PEJUANG MELAYU said...

saya rasa khir tak perlu tarik diri ..kita kan demokrasi biarla sapa pun nak bertanding . Khir pun susah tidak spt dulu lagi ..beliau sudah berubah ,banyak masuk talk show TV spt Hujah ,Awani dan forum2 lain . biasa la orang dah jatuh dan cuba bangun balik kena bg diri popular balik la ...

saya setuju dengan jentayu KJ kerjasama dgn Muhkriz tetapi boleh ke bapak dia accept ?? kita tengok la bulan MAC 2009 ini ..takdir Allah yg tentukan ..

Sarfarizmal Saad said...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan