PATUNG ANWAR = AZMIN LETAK JAWATAN

on Tuesday, October 7



2. PEMBANGKANG berbelah bahagi pasal patung Anwar di Batu Caves, mereka kata haram di sisi Islam, ada juga kata ia hanya Aca Manusia ( unsur Komunis dan Sosialis ). Ada juga yang beri komen Tun Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara pun tidak ada patung. Apapun Kita tunggu komen PAS terutama Ketua Pemudanya yang suka Glamour? Kalaudulu, semasa nak bina patung Helang di Langkawi, PAS hentam kerajaan habis-habisan, maka ramailah sedang menanti-nanti komen PAS. Kos binaan sekitar RM5,000.00 jika diberi bantuan kepada yang memerlukan di Permatan auh sudah tentu lebih bermakna pada musim perayaan ini.


3. Azmin Ali dikatakan merajuk dan marah-marah, dan sangat malu dengan projek 916 yang gagal. Seluruh warga PKR dari tukang bancu kopi, AMT, YB-YB PKR, terutama geng-geng penyamun tarbus yang terbang ke Taiwan tempoh hari diberitahukan berasa sangat-sangat malu yang amat sangat dengan permainan Anwar terhadap mereka. Dan apabila mereka mengetahui wujudnya usaha-usaha Anwar hendak menyeberang kepada BN melalui teman-teman lamanya dalam BN, maka makin berkecamuk dan marahlah Azmin Ali sehinga mahu meletak jawatan dalam semua jawatannya dalam PKR. Siapa boleh teka, siapa pemimpin BN yang bersama-sama Anwar mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekkah?

4. Anwar mengetahui untuk menjadi PM, dia perlu melalui BN. Soalnya bagaimana cara dia nak masuk BN? Bagaimana cara dia nak tinggalkan Pakatan Rakyat. Bagaimana cara dia nak tinggalkan Karpal Singh, Lim Kit Siang, Husam Musa, TG Nik Aziz agar tiada siapa di antara mereka marah macam zmin Ali marah-marah.

5. Minggu ini atau minggu hadapan, sebuah parti baru akan dilancarkan di Sabah bagi menggantikan SAPP. Semasa penulis singgah di Kota Kinabalu, rata-rata rakan penulis di kem SAPP berasa sangat-sangat menyesal terikut-ikut dengan permainan Anwar. Kini SAPP dan Yong Teck Lee sedang menuruni trek kehancuran. Itulah Anwar, mematikan untuk menghidupkan diriya.

6. Kini, apakah pula keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap isu YB Zulkifli Nordin? Mereka hendak mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, bagaimana pula isu YB Tian Chua yang menipu rakyat kononnya ada deal dengan PM, sehingga Anwar memberi amaran hanya Anwar sahaja boleh bercakap. Kini....Azmin, Tian Chua,Dr Syed Husin Ali, MB Selangor sudah kehilangan kata-kata, semakin hari berlalu semakin tiada suara mereka. Ingatlah hanya Anwar sahaja boleh bercakap!

13 Komen:

Samsudin said...

Salam...
Nampaknya memang semakin kelam kabut jadinya Pakatan dan PKR. Masing-masing termasuk orang kuat PKR sendiri nampaknya dah mula sangsi akan perjuangan Anwar yang semakin hari semakin membisu seribu bahasa.

Ini memberi gambaran bahawa Pakatan dan PKR akan merudum jatuh menyembah bumi akibat permainan Anwar yang suka memberi janji yang beliau sendiri tidak mampu untuk tunaikan.

Jadi, apa yang perlu pengikut Anwar lakukan seterusnya untuk memastikan negara kita selamat? Tepuk dada tanya selera.

Bagi yang menyokong UMNO, saya syorkan ada baiknya jika meneruskan sokongan kepada Pak Lah kerana jika Pak Lah undur diri awal, belum tentu penggantinya lebih baik daripada beliau. Dengan memberi sokongan kepad Pak Lah maka peralihan kuasa 2010 dapat dilaksanakan dengan lebih lancar..

Bagi saya tak salah jika sokongan diberi kepada Pak Lah kerana rakyat sendiri yang memilih Pak Lah pada pilihanraya yang lepas. Jadi mengapa perlu mengubah pendirian dengan menyokong agar Pak Lah undur diri awal? Jangan terpedaya dengan Muhyiddin dan Ku Li dan mereka yang sependapat dengan mereka...

razali hakim said...

laaa...patung ke.ingatkan gambar berskala besar.

inilah kali pertama saya tahu mengenai patung Anwar ini.kalau lukisan atau gambar memang biasalah saya nampak.tapi untuk patung ini adalah kali pertama.

UMNO pula kini sedang dalam proses hendak menamakan calon.ada yang minta untuk Pak Lah berundur tapi tiada salahnya jika Pak Lah mempertahankan kerusinya.Dr.M dapat 22 tahun.Jadi bolehlah Pak Lah diberikan peluang beberapa tahun lagi untuk mentadbir.

only said...

kesian dengan orang-orang bawahan Anwar.jauh mereka pergi demi mencapai cita-cita Anwar tapi apapun tak dapat.siap kena marah lagi dengan Anwar adalah.

Panglima Perang Cyber said...

sokong jika bagi Pak Lah peluang lagi...

sepatutnya kita menentang dan menolak mereka yang tergila gilakan jawatan.

tirulah cara gentlement Pak Lah yang setia dengan Umno ...

tidak seperti Tun Mahathir, Ku Li atau Anwar yang ikutkan hati dan keluar parti..

Hidup Pak Lah !

Topengperak_Xinwugi said...

hang ni lembab la... blogger ape ni? selor sangat... kes azmin tu dah setel malam tu jugak bro... blog dia kene hack... appara...

Khak Ptuih..!

Hamba Allah said...

Salam Syawal. Sama-sama kita beraya sakan, selepas BN kalah sakan.

YB Zulkifli Nordin akan masuk UMNO kerana ada gossip mengatakan:-
1) Petisyen Pilihan Raya tidak memihak kepadanya. Kalau joint UMNO pasti Selamat.
2) Isu memeluk Islam dan forum majlis Peguam. Beliau kena lekuk oleh Jawatankuasa Penyiasat.

manakala Tugu Anuar, sebenarnya ialah Plywood Potong sahaja, bukanlah macam patong Murugan di depan batu Caves yang terpacak disitu. Hamba harap dari plywood potong jangan jadi batu sudahlah.

Jarang ditemui orang masih hidup ada patung. Mustapha Kamal di Turki pun, setelah mati baru ada patong, tugu, kepala di bangunan kerajaan.

Walaupun ada di kalangan peminat menyatakan apa beza dengan tugu negara. Sama-sama haram. Hamba berpendapat Tugu negara sebagai menghargai perjuangan wira yang mempertahankan negara secara umum. Tetapi patung Anuar lebih kepada pendewaan atau peng'ampu'nan sahaja. bagi diri hamba lebih baik buang saja. Anuar tak perlu sokongan patung. tetapi Anuar perlu sokongan dari MP BN serta kata-kata putus daripada PAS dan DAP.

Anonymous said...

Apa komen anda menganai perkara ni?

Rosmah habiskan RM7 juta beli 14 buah jam tangan?

Irwan Muhammad Zain
Tue | Oct 07, 08 | 10:34:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?

Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.

Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.

Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya. - mns _

Anonymous said...

Correction....Replica Anwar tuh bukan dikatogerikan sebagai patung sebab ianya diperbuat dari papanlapis aje..patung adalah replica 3D! Seperti yg dinyatakan oleh ADUN Selayang - nama sorry tak perasan tapi yang Melayu tu, katanya pembikinan replica skala AI tu menggunakan dana individu dan beliau pun ada menderma RM100, thus, soal pembaziran atau penggunaan duit party atau kerajaan Selangor tidak terlibat.

Walaubagaimanapun, apa perlunya replica AI tuh? Setakat nak bodek,taksub pada seseorang individu tak payahlah...berbeza dengan yg dimakam pahlawan tuh secara umum utk mengingati pejuang2 atau askar2(tgk wajah pun mcm muka mat salleh aje..tehehhehe) but still kalau itu yg dijadikan bandingan, to me itu pun tak perlu:)

2/Abt Azmin Ali tuh - dah check betul2 tak? katanya blog dia kena hack...!!

Anonymous said...

*bukan makan pahlawan....typo, TUGU*

honest_justice said...

to "Panglima Perang Cyber said...

sokong jika bagi Pak Lah peluang lagi...

sepatutnya kita menentang dan menolak mereka yang tergila gilakan jawatan.

tirulah cara gentlement Pak Lah yang setia dengan Umno ...

tidak seperti Tun Mahathir, Ku Li atau Anwar yang ikutkan hati dan keluar parti..

Hidup Pak Lah !"

rasa nak muntah aku tgk dia tulih cenggitu. gentleman ke pak lah setia dgn Umno?? nak bg peluang lagi pada pak lah?? hah lagi nak termuntah. agaknya bg peluang kat pak lah nak kasik kembong perut agaknya kerajaan 3 branak n budak tingkat 4..nak kasik kembong perooot kat scomi ecm libra yelah rapid kl..pejabat pos... yezzzza..kasik2 peluang jgn tak kasik...

utk "Anonymous Anonymous said...

Apa komen anda menganai perkara ni?

Rosmah habiskan RM7 juta beli 14 buah jam tangan?

Irwan Muhammad Zain
Tue | Oct 07, 08 | 10:34:44 am MYT dan tulisan harakah yg panjang lebar tu..."

hello..klau setakat nak tuduh pastu buat sumpah 3 ringgit tu..aku pooonnnn boleh..meh aku tuduh n buat sumpah yg si sheih kickdefella tu tu yg bunuh altantuya..ha apa lagi nak tambah..terima rasuah dr wan azizah ke..apa2 lagi lah yg patut..klau setakat cakap jek boleh lah..mamak jual cendol pon boleh..ada bukti?

Anonymous said...

Aku nak mencelah weh.

Patong Anuar dari Plywood Potong. Kalau tidak tugu, Patong, kalau tidak patong, Pra patong. Kalau bukan semuanya sudah pasti itu Replika Anuar.

Soalnya suatu pembaziran. Tak kira RM5,000 ke, RM500 ke RM5.00 ke kalau barang yang tak berfaedah dikira membazir. Tetapi kalau berharga RM100,000 pun kalau tidak membazir mesti diadakan. Misal Muzium Anuar ke........

Tentang dakwaan Rosmah habiskan RM7 juta bershopping mewah tu. Itu perangai Syaitan. Bermewah dengan duit daripada taukeh mana tak tau la aku.

Tetapi kalau ianya merupakan tuduhan dikira sama Anuar juga dituduh meliwat. Kalau sama-sama tuduh tak ungkit laaa. tunggu mahkamah selesaikan.

Tetapi kalai dah mengaku Zina umpama sedekah dah dikira Berat Oiiii.

Mak Siti Sanggul Tajam

TAIPINGMALI said...

Azmin Ali jom lah joint UMNO semula, sedara mara dia semua UMNO dia sorang lagi yang berbelah bagi,,

pedangberbisa said...

sila lawat sini :

http://pedangberbisa.wordpress.com/

isu replika Anwar ...

Jelas HARAM

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan