RAHSIA KETUA PEMUDA PAS KECUT DI PARLIMEN

on Sunday, October 26


1. KEPUTUSAN BN membatalkan Petisyen Pilihanraya di Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjadikan YB Zulkifli semakin yakin dan kuat kedudukannya bersuara atas kesyumulan dan kesucian Islam di Parlimen.

2. Kata YB Zulkifli " Dalam bercakap soal Islam Tiada sesiapapun (maksudnya baik Anwar, Azmin, Dll) dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya".

3. Menurut YB Zulkifli " itu terserah kepada Allah menentukannya", jika Lembaga Disiplin PKR nak ambil tindakan! tetapi bagi penulis, dengan Anwar yang tindakannya banyak flip-flop, Lembaga Disiplin PKR ada Kredibiliti kah? Beranikah? Lembaga Disiplin PKR takut sebab keputusan pun tiada sehingga ke saat ini.

4. Penulis beberapa kali mengkritik MP Pas yang duduk membatu macam tikus terutama Ketua Pemuda Pas yang sangat takut bercakap pasal Islam dalam parlimen.

5. Rupa-rupanya YB Zulkifli ada jawapannya "...Mereka dalam Pakatan Rakyat harus patuh dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana MP PAS yang seharusnya menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh soal Islam atau negara Islam...".

6. Nasihat YB Zulkifli kepada pemimpin PAS (termasuklah Ketua Pemuda PAS yang suka bercakap isu2 Glamour/Keduniaan saja ), kata YB Zulkifli, "...Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita...". Bagi kita semua sepatutnya yang lantang bercakap pasal Kesucianagama Islam ini MP Pas lah terutama Ketua Pemudanya. Adakah Ketua Pemuda PAS dah terjangkit dengan Team Erdogan?

7. Penulis sedih bila teringat sahabat penulis Ahli Pas, yang mengasaskan Pas kawasan, yang melatih kader-kader PAS, yang memperkukuhkan kewangan PAS kawasannya, sekarang ini dipecat konon salahguna kuasa. Kasihan dia, bertahun-tahun tidak ditegur Pemimpin2 Pas kawasan walhal penulis masih ingat ketika bersama-sama sebilik dengannya, penulis mendengar ceramah Hj Hadi tidak berhenti-henti dalam radio biliknya. Hari ini dia dilupakan dan dibuang begitu sahaja.

8 Komen:

Nuar Pening said...

Nuar:
apa dh jadi ni? hadi nasihat sikit Zul tu..

Hadi:
Patutnya akulah yg becakap Mcm YB Zul tu..insaf aku kali ni..

Nuar:
Betul juga..aku dh sesat selama ni..Tq Yb Zul..akan ku jadikan kau Timbalan Presiden 2 PKR..

Anonymous said...

barulah saya sedar apa dia PAS ini sebenarnya. Memang senang nak mendakwa begitu begini, menyalahkan orang lain dalam setiap penjuru, tapi bila tang nak buat tu barulah nampak kemampuan sebenarnya..

Kalau dulu PAS adalah lebih Islamik, sesiapa yg tidak menyokong PAS atau mengutuk PAS akan berasa berdosa, tetapi sekarang sudah terserlah keadaan sebenarnya.

Memang senang mensyarahkan modul2 tarbiyah berjilid2 nak memperlihatkan betapa Islamiknya kita tapi bila tang action kita pula yg jadi kerbau yg dicucuk hidung atau melukut di tepi gantang. Kita yang dipimpin bukannya yang memimpin. Bertaqiyah gaya syiah sehingga menyamai syaitan bisu.

Namun saya risau, walaupun betapa kroniknya keadaan dalaman PAS sekrg ini, pimpinan mereka semacam ada sindrom self denial. Hati mereka enggan menerima isu2 yang kritikal seperti nasib agama Islam, penyatuan ummah dan sebagainya.Sebaliknya mereka lebih senang membuat sesuatu yg menyenangkan hati mereka walaupun ianya remeh seperti menyalahkan kerajaan sebab harga minyak tak turun dan sebagainya. Mereka lebih selesa mengikut modul DAP apabila sampai ke tahap action yg sebenar.

Apabila DAP dgn muslihatnya mendesakkan kerajaan menurunkan minyak sehingga RM1.70 seliter, mereka pun bagai lembu dicucuk hidung turut berhimpun bersama tanpa mempersoalkan kenapa DAP minta sampai RM1.70 seliter sedangkan mengikut pakar`ekonomi ianya adalah tidak wajar turun sehingga tahap itu. Lainlah kalau kerajaan nak bagi pengusaha minyak rugi teruk yg akhirnya kerajaan juga yg akan disalahkan.

Tapi mereka ni peduli apa kira2 macam tu, yg penting gambar keluar waktu demonstrasi dan rakyat nampak dgn persepsi merekalah pejuang rakyat yg sebenar. Walaupun hakikatnya ekonomi M'sia ni jika mereka yg uruskan, bakal jadi jahanam.

Anonymous said...

Salaam,

Mereka ini memang kerjenye menyalahkan kerajaan semata2.

Dulu waktu kes helikopter Nuri terhempas beberapa kali, mereka menyalahkan kerajaan sebab masih lagi menggunakan mesin buruk yg dah outdated. saja nak bagi askar2 mati. kutuk kerajaan kaw2 dari segi tu saja.

Tapi bila kerajaan dah ada duit nak ambil Eurocopter yg canggih, mereka kutuk tang lain pulak, membazirlah, ada unsur2 rasuah lah.

Bagi DAP mereka tak mahu M'sia ni beli peralatan tentera yg canggih2. Sebab ianya akan memberi susah kepada PAP di S'pore. Sebab tu dulu mereka marah kaw2 dalam Parlimen bila Malaysia nak beli 18 Sukhoi dengan alasan pembaziran. Dalam hati mereka tak mau Malaysia menyamai kekuatan persenjataan S'pore. Biar M'sia sentiasa di bawah level S'pore.

PAS macam biasalah akan wala' kepada pandangan DAP.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

syukorlah.. allah masih nak tunjukkan hakikat sebenarnya...macam di pelastin tu... siapa yang betul?

nabi pernah cakap.. kita lebih ahli dalam urusan kita yang kita pelajari.

pas ni ahli agama... umno pulak ahli bab dunia/politik. maka bersatulah dan muqaballah... janganlah ambil dap atau sang harbi jadi penasihat kita... pas oii... kau dengar aku ni!

Anonymous said...

selamatkan lagu kebangsaan kita. ada kumpulan mahu menghinanya di sini www.musicforum2007.blogspot.com.
bgtau teman2 yang lain minta support supaya lagu kebangsaan kita tak dimalukan lagi.

- nasionalis

Pok Nik Klate said...

1. Inilah hakikatnya..YB Salahuddin tu memang salah sorang team Erdogan bersama-sama Husam, Dr Zul, Khalid A/L Samad dan termasuk jugaklah (sedikit dan sebanyak) Pok Nik MB Kelantan. Entah apa jawatan Menteri yg dijanjikan kpd mereka2 ini. Rasanya YB Salahuddin pun menyesal tak sudah sebab dia pun ikut sama menyertai demonstrasi menentang forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam.
2.YB Zul pun kena attack oleh org2 PAS jugak sekarang kerana bercakap banyak soal Islam dalam Parlimen. Ada yg menuduh beliau sayang gaji dan elaun RM12K sebulan..spt yg ditulis oleh MSO (Merah Tinta). Hakikatnya org2 PAS macam inilah yg merosakkan parti dan perjuangan. Asalkan ada yg berani nak bercakap pasal Islam dalam parlimen, YB Khalid S/O Khalid bukan main lagi menentang. Tapi Alhamdulillah adalah juga manusia diakhir zaman ni macam YB Zul.. Kedengaran lah jugak suara pembela Islam.. YB UMNO mana?? Nak harapkan YB Khairy?? Jauh panggang dari api le gamaknya. Asyik nak berdebat utk menang jawatan Ketua Pemuda saja.
3. YB muslim dari PKR yg lain kemana? Nak harapkan YB Saifuddin Nasution bercakap tentang Islam dah entah kemana..YB Saifuddin..hang dok pi bercakap pasai bolasepak Malaysia yg dah tinggai nyawa2 ikan buat apa??? Ramai lagi YB lain boleh bercakap pasai bolasepak..hang tak perlu le nak bercakap hal2 bola ni. Hang patut bercakap pasal Islam dalam Parlimen..itu baru betul. Buat habiskan beras saja bawa ke Machang utk bertanding..cuma nak bercakap pasal bolasepak dan cuma nak melancong dgn si YB Fauziah ke Taiwan..Hang pun ikut bodoh macam YB Tian Chua jugak..Biarlah YB Tian Chua sorang yg bodoh..
4. YB PAS yg lain dimana? Tak kanlah nak suruh Tuan Guru Hj Hadi sorang yg bercakap pasal Islam di Parlimen?? Dia jadi presiden PAS pon..ramai juga ahli PAS yg tidak taat pada dia.. YB Taib Azimuddin..hang dok tido ka kat Parlimen?? Hang patutlah menyokong dan sama-sama mengamatkan sidang Parlimen dgn dakwah2 Islam..Hang bekas Imam Masjid Negara..Sepatutnya PAS kena bagi peluang kpd lebih ramai lagi mereka2 yg seperti YB Dato Him Ali supaya bertanding atas tiket PAS kemudian menjadi YB Bebas supaya mereka ini tidak takut untuk bercakap di Parlimen... Yg lain semu menikus..tengok muka Si Bangsat Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.. YB PAS dah jadi haru biru..masing2 takut. YB Salahuddin kalau mengentam UMNO macam dah tak penghujungnya.. Tapi sebut apa yg dilakukan oleh DAP, MCA dan Gerakan muka jadi pucat lesi macam tengok malaikat maut lalu depan mata..
5. Entahlah apa akan jadi pada ahli parlimen muslim ni...

mimpi916 said...

Terkedu pemimpin PAS akhirnya.. sepatutnya YB Zul kena jadi orang paling kuat dalam PAS,

Zul.. U kena basuh sesetengah pemimpin PAS tu, nampak dah lebihkan duniawi dah..

Salah ke kalau dikatakan yang hancurnya Islam PAS kerana Anwar?

Mujahid said...

PAS ni parah dah tapi nasib baik PAS masih lagi fight untuk PKNS sebab perbuatan Khalid Ibrahim yg bangang tu. Ada ke letak non-bumiputera untuk badan yg jaga kepentingan bumiputera.

Sepatutnya awal2 lagi PAS dah dapat anticipate perkara ni boleh berlaku. Perangai dan tujuan DAP ni jelas dah, cuma PAS saja yg terikut2 dgn puak2 erdogan yg terhegeh2 bermesra dgn DAP.

Lepas ni apa pulak ye, lantik non-muslim jadi pengarah zakat selangor?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan