Tajuk= RAHSIA PETISYEN BN -YB ZULKIFLI KULIM

on Tuesday, October 14

1. PENULIS berada di parlimen sepanjang hari, namun perlu dihigtlightkan di sini bahawa keputusan BN membatalkan petisyen Kulim/Bandar Baharu penuh dengan muslihat. Jika petisyen diteruskan sudah pasti pilihanraya kecil akan diadakan kerana jelas YB Zulkifli telah melanggar peraturan pilihanraya.

2. Apakah ada deal? Umum tahu hubungan YB Zulkifli dengan PKR dan Anwar sudah tidak mesra, Lembaga Disiplin PKR masih menimbang2 jawapan sama ada untuk memecat atau menggantung YB Zulkifli yang melibatkan diri menentang Forum Memeluk Islam oleh Bar Council.

3. Sikap Anwar yang memihak kepada Non-Malay PKR tetapi tidak kepada YB Zulkifli amat melukakan umat Islam.

4. Sebelum ini, penulis telah nyatakan akan berlaku beberapa YB PKR terutamanya yang akan meninggalkan parti itu terutama di Selangor, Kedah, Perak & di peringkat Parlimen. Adakah salah satunya YB Zulkifli? Inikah Rahsia pembatalan petisyen Kulim? Apakah YB Zulkifli sudah dapat Ilham semasa umrah di tanah suci untuk bekerjasama dgn BN, sebagaimana TG Hadi Awang mendapat ilham selepas Solat Hajat untuk bermuzakarah dengan UMNO?

5. Di Parlimen, DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang mengambil masa hampir 5 Jam melepas geram selepas 11 tahun. Anwar Tidak pun bercakap perihal Rampasan kuasanya di dalam dewan, hanya di luar dewan Anwar memberi tarikh baru 8/12/2008, walaupun minggu lalu Anwar bercakap di rumah terbukanya tiada tarikh baru. Jelas sekali, Anwar seorang yang tidak berpendirian, putar-belit, dan caca-merba.

6. Penulis dapati YB PKR malas membuat rujukan. Penulis ambil contoh soalan tambahan YB PKR Machang ( Saifudin Nasution ), Fakta2 dalam soalan yang dia ucapkan dalam Dewan sama saja dengan Fakta2 yang dia tanya dalam sidang parlimen 2 bulan yg lalu.Dia masih membandingkn MAS vs AIRASIA, TNB vs YTL sama saja dgn apa yg dia ucap dahulu.

7. Kalau semalam Anwar kata Bajet 2009 sudah menjadi Bahan Sejarah, Bagaimana pula dengan YB PKR yang malas membuat rujukan terkini tetapi masih memberi angka2 lapok?

8. YB Tumpat,Dato Kamarudin Jaafar (SU Agung PAS) memuji-memuja bos lamanya Anwar sbg Ketua Pembangkang, dia tidak pula menyanjung Presiden PAS, sebab itu penulis dapati YB Nasharudin (PAS/Timbalan Presiden PAS) yg duduk sebelahnya Mengerut dahi dan berwajah masam bila Kamarudin mengagung2kan nama Anwar bukan TG Hadi Awang. Barangkali inilah yg dikatakan oleh ahli-ahli PAS sebagai Ahli PAS Berbaju PKR.

Kejayaan Anwar di dalam PAS ialah menginstitusikan team Erdogan yang antaranya diwakili Kamarudin Jaafar ( bekas Pengarah IKD/ dan Husam yang bercita2 menjadi TPM di bawah Anwar.

15 Komen:

Anonymous said...

Pemikiran kamu ni macam orang UMNO. Takkan waktu negara akan menghadapi ancaman ekonomi masih nak berpolitik tanpa memikirkan kepentingan negara dan rakyat.
Tak usah meramalkan yang bukan bukan. Isu lompat lompat ni bolih di ketepikan, ini masa memerlukan kekuatan politik dan tanggungjawab untuk menghadapi cabaran ekonomi negara.
Hai....UMNO, UMNO!!!!!

Anonymous said...

Jangan fikir semua orang PAS sukakan si Nuar al J tu.. Dan jangan fikir yang AP BN sahaja yang akan melompat ke PR.. kena fikirkan juga ahli2 PR yang akan lompat ke BN (Pasukan 'senja').

Berapa kali dah pemimpin PAS meminta senarai nama AP yang akan melompat dari Nuar.. Tapi nuar xbagi (Sebab dia xada nama2 tu sebenarnya)

Tahniah buat YB Zul.. dia melebihkan agama dan bangsa dari melebihkan Nuar tidak seperti sesetengan pemimpin / pengikut PAS yang 'mendewakan' Nuar.

Kepada anony kat atas tu.. kenapa la bengap sangat.. kan dia orang UMNO.. tak nampak ke Logo kat atas tu..

Ustaz Anwar al J

Panglima Perang Cyber said...

Saya percaya MP PKR yang akan lompat dulu dari MP BN...

Adatlah jika meludah ke langit kena batang hidung sendiri.

Jika Zulkulim lompat pun kita tahu dia tidak akan dirasuah...kerana 'islamiknya'...

Kita tahu dia akan sendiri keluar dari PKR...walaupun dia mungkin tidak menyeberang ke parti Umno.

Tetapi apakah faktor 'mungkin' membolehkan apa sahaja akan terjadi?

ye...hati manusia siapa yang tahu. Ezam contoh terdahulu...

juga Lokman Adam dan kawan2nya.

Mahyudin said...

Salam..
Jika YB Zul mengundurkan diri daripada PKR, saya respect beliau kerana beliau undur diri dari PKR kerana menegakkan Islam, bukan kerana politik semata-mata. Beliau tidak mengagung-agungkan Anwar seperti pemimpin dan penyokong PKR dan PR yang yang lain... Semoga YB Zul akan diberi petunjuk dan hidayah dalam memilih parti yang betul...

yuzy said...

Politik merupkan "the art of the uncertainty".Segalanya mungkin berlaku.Bagi yang tak sayang bangsa dan agama,apa kira isu moral dan duit.Bolos saja sudah pasti.

Semalam,bila duduk berborak dengan rakan-rakan sekampus yang saya kira tidak pernah ambil tahu hal politik mutakhir,ternyata melegakan kerana mereka juga sudah celik dengan politik perang persepsi dan ilusi Nuar.Itu saya kira perkembangan positif dari segelintir anak-anak muda yang walaupun dulunya tak ambil tahu,kini sudah mula ambil tahu disebabkan alif,ba dan ta.

Betulkah Raja Petra abang angkat kepada Sultan Mizan?Dengar khabar,dulu masa di London,Raja Petra duduk serumah dengan Sultan Mizan.Erm,apa kaitan Sultan Mizan-Anwar_Pak Lah-RPK?

Pok Nik Klate said...

SU Agong PAS ini merupakan salah satu mualaf PAS (meminjam kata Ramli Kapak Jangak).Bersama2 dgn Husam, Sallehudin Ayob, Dr Hatta, Dr LoLo, Khalid Samd dan lain2 telah berjaya didoktrinkan pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim..untuk memusnahkan PAS dari dalam.Sebabnya..Anwar tahu beliau tidak akan memapu merealisasikan impian beliau untuk menjadi PM melainkan melalui UMNO dan BN. Oleh itu perancangan halus dilakukan dari sekarang sebabnya rintangan terbesar UMNO adalah PAS dan bukannya PKR atau DAP.
Jika sekiranya PAS dapat dilemahkan maka cita2 Anwar untuk masuk semula UMNO dan menjadi Perdana Menteri amatlah mudah. Inilah yg dibimbangi oleh TGHH, Nasharudin Mat Isa, Haron Din. Tapi permainan licik Husam telah juga menjerat Nik Aziz MB Kelantan turut sama terperangkap dan berperang sesama sendiri secar langit terbuka..Apakah selepas biduk lalu kiambang akan bertaut lagi?? Belum tentu...
Sebab itu PAS harus berhati2... Biarlah kalah tetapi mendapat berkat dari Menang mendapat dosa.

mak said...

Diatas tu bukankah logo dan moto mukhriz?

berani berubah.

Anonymous said...

Orang2 PAS sebenarnya banyak yang menggelupur ttg Anwar nih, tapi apa nakbuat dah yg atas nya mau bersekongkol dengan beliau dan DAP!! Tanggunglah sendiri...apabila serban yang dipakai telah dinodai dengan megahnya oleh Al-Juburi, maka utk menegakkan negara Islam pada dasarnya selagi bersama Al-Juburi adalah mimpi disiang hari.

Pathetic Anwar..
Kesian Pas.

Hanya orang2 spt YB Zul ni yang kita perlukan, tak kira walau dalam party apa....yg mcm nih yg payah nak dicari walau dlm mana2 party samade gomen atau pembangkang.

But again...NO to Al-Juburi!

Anonymous said...

masalah jgk kalau ckp dengan orang x paham bahasa..kenapa wakil pembangkang masih mengulangi perkara sama di parlimen?kerana kerajaan gagal mengulas dan menjawab persoalan tersebut dengan baik dan tepat..dalam debat DSAI dan wakil UMNO pun ade disebut mengenai perkara yang diulang oleh saudara Nasution tetapi yang dijawab adalah dengan menyerang peribadai DSAI.Adakah tanggungjawab kerajaan sepanjang memerintah negara dari Mac lalu sudah dilaksanakan?atau adakah kerajaan di negara ini sibuk dalam urusan berparti shj dan memilih presiden baru shj?renung2kn..which one is better?ANWAR OR NAJIB?liwat ke bunuh?hahaha

anwar al juburi said...

PERGH!!..
LIWAT ke BUNUH??..
banyak la kau punya flip flop..
yang dituduh memBUNUH, dah bersumpah dengan nama ALLAH dia tak buat...
yang dituduh meLIWAT, sampai la ni takut nak mengaku dia tak buat...
bila press tanya, asyik melenting..marah2..mengamuk..
which one is BETTER?..Anwar jubur or Najib?..Penakut or Berani?...hehehe..lu pikir la sendiri luncai.

TAIPINGMALI said...

Lebih penting ialah anwar dapatkan rawatan oleh pakar sakit jiwa dahuluu

kulim said...

saudara,perihal kulim ini menurut maklumat yang saya terima di bahagian ialah d.s najib membuat panggilan telefon kpd d.aziz selaku ketua bhgn dan bekas calon bn pru12 yg lalu.didlm perbualan tersebut d.aziz dinasihatkan oleh tpm spy menarik balik petisyen tersebut kerana umno skrg sedang melalui proses pemilihan parti dimana mood praya kecil boleh mengubah persepsi rakyat kpd umno/bn.mood rakyat kpd bn semakin baik wpun amat perlahan sejak paklah mengumumkan pengundurannya.impak mood rakyat hampir spt tun umum peralihan kuasa dulu.2,praya kecil akan bakal menjadi medan kempen pemilihan umno dan boleh menjurus kpd pelbagai kesan yang tidak baik kpd umno sendiri(cth:boleh meluasnya politik wang dlm masa berkempen).3,jentera umno tidak akan melaksanakan tugas pd prestasi yg terbaik kerana pd mrk pemilihan parti lebih ptg drp praya kecil itu.4;sedikit sbyk mood pengundi juga masih dipengaruhi oleh keputusan p.rya kecil jiran mrk-p.pauh.5;memudahkan praya kecil ini utk anwar bersemuka dgn rakyat sbg ketua pbkg dan menanam dgn lebih dalam dakyah beliau.
perlu ingat,jika berlaku praya kecil,bn menghadapi anwar,bukan calon pkr yg lain sama spt p.pauh dahulu.
6-plg penting-umno akar umbi belum pulih!
itu pada pandangan saya sbg ahli umno yg aktif di kulim.sekian.

Anonymous said...

Ambo kasihankan Dato Pa.. tak pasal2 kena serang dek pemimpin PAS yang sayangkan DSAI. Dato Pa adalah orang lama dalam PAS.. Hala tuju PAS dia yang banyak arahkan. Tapi bila DSAI bangkit, seolah2 orang2 lama PAS di abaikan.. jika ditegur ahli2 dan pemimpin PAS yang berkiblatkan DSAI, akan muncullah perkataan PAS menyokong UMNO.

Perlu diingat, orang lama banyak ilmu.. boleh dikatakan, PAS masih lagi bergantung pada orang2 lama.

Ahli PAS dah sedikit demi sedikit sudah terpengaruh dengan ideologi PKR. Ceramah & Syarahan agama dah semakin kurang.. tak seperti zaman 90-an dulu.

Adakah ahli-ahli PAS tidak tahu yang PKR adalah sama dengan BN..

Harap ahli-ahli PAS boleh memilih antara Agama dengan kepentingan peribadi seseorang.

Kepada DSAI : Hina sangat ke jadi ketua Pembangkang?

Anonymous said...

Dalam PAS ada yg sokong 3M dan ada yg tak sokong. Lidah2 PKR dalam PAS biasa la dengan pantasnya akan cuba menguasai keadaan.

Anonymous said...

Bagaimana pula AP PR yang menyeberang ke BN pula..

Jangan terlalu fikir BN akan ke PR sahaja..

Banyak jawatan kosong dari perlopatan BN ke PR yang akan diisi oleh ahli2 PR yang melompat ke BN..

Kepada AP yang nk melompat.. alang2 nk melompat, jangan sampai berputih mata.

Jangan tinggal rezeki yang ada.. bak kata pepatah, "Dengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan".

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan