PELAN NAJIB VS PELAN ANWAR

on Thursday, November 6


1. PAKEJ ransangan Fiskal berjumlah 7 Billion yang diumumkan Najib di Parlimen merupakan satu lagis suntikan untuk merancakkan ekonomi negara, memastikan rakyat menerima faedahnya.

2. Ia berbeza dengan Belanjawan DS Anwar yang mahu dikurangkan bajet. Secara mudahnya, jika wang di pasaran statik dan kurang, bolehkah pusingan ekonomi bergerak lancar?

3. Berbanding Najib yang mencadangkan pemotongan KWSP direndahkan kepad 8%, menambahkan jumlah pinjaman kenderaan, memangjangkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 kepada 30 tahun, malah menyuntik RM1.5 Billion kepada FDI.

4. Anwar mencadangkan pengurangan Bajet Kewangan sebagai dasar penjimatan, berbeza dengan DS Najib yang mahukan kecairan ekonomi domestik berterusan, walaupun menghadapi kesan ekonomi global.

5. Anwar melihat pakej RM7 Billion itu sebagai pakej rasuah yang menguntungkan kroni, tetapi Najib melihat 100,00 graduate yang keluar setiap tahun perlu diberi pekerjaan, jika tidak akan memberi kesan negatif kepada negara.

6. Harga Kelapa Sawit jatuh daripada RM800 se Tan kepada RM200 se Tan. Kerajaan telah menurunkan harga baja dan racun, RM200 juta untuk penanaman semula, pengurangan stok bersama Indonesia, semuanya dibuat untuk kemudahan pekebun kecil.

7. Anwar nampaknya kena mengakui belanjawannya sudah menjadi kertas sejarah. Ekonomi perlu bergerak dan menolak teori ekonomi Anwar yang memilih penguncupan berbanding kecairan.

8. Apabila Najib bertanya dalam parlimen kepada Anwar apa yang akan jadi kepada perkerja kontrak/sambilan, kontraktor-kontraktor kecilan, dan pekedai jika Teori Penguncupan Belanjawan Anwar dilaksanakan? Anwar tidak dapat menjawab sebaliknya keluar dewan dan melemparkan tuduhannya di depan mikrofon media yang menjadi amalannya selam ini.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.

11 Komen:

Mankanan said...

"8. Apabila Najib bertanya dalam parlimen kepada Anwar apa yang akan jadi kepada perkerja kontrak/sambilan, kontraktor-kontraktor kecilan, dan pekedai jika Teori Penguncupan Belanjawan Anwar dilaksanakan? Anwar tidak dapat menjawab sebaliknya keluar dewan dan melemparkan tuduhannya di depan mikrofon media yang menjadi amalannya selam ini."

Baru saya tahu, inilah tindakan yang dilakukan Anwar dalam Dewan Rakyat kelmarin.. Biadap sungguh Anwar ni... Saya rasa beliau memang dah tahu Bajet RM7b Najib lebih baik daripada bajet beliau, tu yang beliau keluar dewan, kononnya nak boikot bajet Najib... Gila punya Anwar...

Hangpa Kata Hangpa Terar said...

Anuat ni mmg cempera..mcm dia saja yg betoi dlm dunia ni dan org lain semua tak betoi..pirahhhhhhh

nassis said...

kalau ekonomi negara tak berjalan,macammana orang-orang macam kita ni nak cari duit?.

"5. Anwar melihat pakej RM7 Billion itu sebagai pakej rasuah yang menguntungkan kroni, tetapi Najib melihat 100,00 graduate yang keluar setiap tahun perlu diberi pekerjaan, jika tidak akan memberi kesan negatif kepada negara."

bukan SEMUA benda yang kerajaan umumkan berkaitan wang ada kaitan dengan rasuah.tak terfikir sebab ada faktor-faktor lain seperti mengelak pengangguran yang melampau-lampau?

Panglima Perang Cyber said...

Anwar tak nak bagi rakyat nampak angka 7 bilion tu.

Dia nak suruh rakyat tengok berita ANWAR keluar dewan SAHAJA.

100 kali keluar pun, rakyat tetap susah.

Tapi sekali jalan duit 7 bilion ramai rakyat akan senang.

Najib tokoh yang terbukti hebat sepanjang menjaga pertahanan negara.

Bugis bah !

Hubungan Malaysia Indonesia juga dijangka akan makin baik.

Anwar makin kecut perut tengok peralihan semakin dekat..

Sedingin Salju said...

itulah dia DSAI. Dia nak orang lihat berita dia nak tubuh kerajaan dan dia nak, orang anggap BN tu perasuah dan PR tu kerajaan alim yang tak pernah rasuah.

Anonymous said...

Anwar tak habis2 kata k'jaan rasuah, sampaikan bajet tambahan RM7b pon kikatakan rasuah.

Ello anwar, hang dulu duk k'terian kewangan 7 taun tak rasuah kah ??? malaun btul la anwar ni.

Abg Mael.

UpLink said...

tu laa dinamakan org terdesak.... macam2 DSAI ni boleh buat sedangkan benda yg tak masuk akal pun dia boleh buat... akhirnya rasa tertipu... cam mana tu?

azlan said...

pembangkang kerjanya akan tetap membangkang.

Anwar kata 7 billion tu untuk kroni-kroni.habis tu kalau 7 billion tu tak digunakan untuk boost ekonomi negara jadi macammana orang-orang biasa macam kami ni hendak hidup kalau ekonomi tak berjalan?

"teori penguncupan" Anwar tu bermakna ramailah yang akan diberhentikan kerja atau tak dapat mencari rezeki seperti sebelumnya.silap haribulan ada yang muflis atau bankrap.

Sedingin Salju said...

Betul o, dia pernah cuba tutup sekolah cina. pertama yang dia buat ialah semua gurubesar sekolah cina dia mau lantik orang melayu macam yang saya cerita. nasib baik tak jadi rusuhan. Itu yang terjadinya operasi lalang 1987. Puncanya dialah.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Saya telah menilai Pelan Najib dan Pelan Anwar dan membuat kesimpulan seperti berikut :

1. Pelan Najib: Meransang pertumbuhan ekonomi dengan menyuntik belanjawan tambahan sebanyak RM 7 Billion. Satu tindakan yang bijak.

2. Pelan Anwar : Mengurangkan defesit dengan memotong belanjawan melalui pengurangan pembaziran dan meningkatkan daya saing. Satu cadangan yang amat bijak.

Gambaran perbezaan antara kedua pelan adalah seperti berikut.

1. Najib membelanjakan 7 billion ringgit untuk membina sebuah bangunan berspesifikasi A.
2. Anwar cuma membelanjakan 5 billion ringgit untuk membina sebuah bangunan bersepesifikasi A.

Satu ringgit didalam pasaran yang bertukar tangan sebanyak 3 kali dalam pasaran adalah lebih bermakna daripada dua ringgit yang bertukar tangan sebanyak sekali.

Begitulah adanya. Kita fikir lah sendiri.

Anonymous said...

Salam semua,
Saya amat menyokong dengan penerangan saudara Ahmad Zolfi. Ramai yang memberi komen terhadap artikal ini melakukannya mengikut emosi tanpa berfikir secara waras. Kalau tak suka DS anwar pun, janganlah terlalu sangat. macamlah najib tu terlalu hebat sangat. Sedangkan, najib tu banyak menyeleweng dan banyak kes yang melibatkan tingkahlaku yang negatif. Kalaulah dia jadi PM, tak tahulah apa jadi dengan malaysia. Mungkin lebih teruk daripada pemerintahan Paklah. Taktahulah tu....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan