PERTENGKARAN ANWAR-ZULKIFLI?

on Saturday, November 1

1. PERTEMUAN mereka baru-baru ini pula berkaitan dengan temuramah Utusan Malaysia dengan YB Zulkifli,diberitahu berlaku pertengkaran kerana Anwar rasa malu dan marah kepada teman-teman karibnya Lim Kit Siang and son, Karpal Singh and son, Teresa Kok, Tian Chua, Husam Erdogan dan lain-lain.

2. Tatkala Pakatan Rakus mengedar 500 Tag nama boikot Utusan, tidak sampai 10 hari YB Zulkifli meluahkan segala amarahnya kepada Pakatan Rakus lalu mengadulah teman-teman dalam DAP tindak-tanduk YB Zulkifli itu. Lalu bertengkarlah Anwar dengan Zulkifli, namun bercakaplah Anwar kepada media, kami telah berbincang dan saya memahami pandangan Zulkifli, kata Anwar.( Depan DAP confirmlah Anwar cakap lain)

3. Anwar pun ubah topik, katanya PKR tidak macam UMNO yang tidak boleh bebas bercakap. Nampaknya Anwar lupa amarannya kepada mana-mana orang PKR supaya HANYA ANWAR sahaja boleh bercakap pasal cita-citanya nak jadi PM. Amaran ini berkaitan Pembohongan Maha Besar YB Tian Chua kononnya ada 'deal' dengan Pak Lah.

4. Peliknya Tian Chua tidak dihantar pula ke Lembaga Disiplin PKR? YB Zul pula yang kena, hanya kerana mempertahankan Kesucian Agama Islam?.

5. Di Selangor, YB Pakatan Rakus nak bagi wang zakat kepada Bukan Muslim? YB Ronnie cadang tukar kereta rasmi Proton Perdana kerana bonet perdananya terbuka, YB lain dah bertahun-tahun pakai tiada masalah pun, cuma barangkali yang tersirat di hatinya ialah Proton Perdana buatan Malaysia (idea Melayu),nak hakis jiwa Melayu di tanah Melayu kena buat semua perkara termasuklah rosakkan imej Melayu. janganlah lupa amaran Allah di dalam Al-Quran bahawa.

... sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan tunduk kepada kamu selagi kamu tidak tunduk kepada mereka....

di Kelantan, di Jakarta boleh tanya ibu-bapa yang masih hidup siapakah dia yang dikatakan Yahudi Timur?..

6. Termasuklah meletakkan bukan Melayu di PKNS, merobohkan rumah-rumah ibadat termasuk surau yang dibuat tanpa kebenaran kerajaan Negeri Selangor.

7. Niat dia sebenarnya nak pakai kereta yang lebih mahal kerana dia pernah berkata Toyota Camry lebih baik, atau nak guna Lexus macam MB Selangor pakai sekarang, atau nak guna Chery(buatan China) memandangkan barang-barang China sekarang orang dah tak beli hatta sudu plastik dari China ( semua meragui ada kandungan Melamine ).

8. Penulis terkenang ketika mula-mula UMNO masuk Sabah dulu, ayah penulis dilantik sebagai AJK Penaja Bahagia Tawau(1991) menumpang kereta orang lain, dan berjalan kaki masuk ke kawasan Kalabakan kerana tugas merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan. Di tengah jalan berjumpa dengan MP Kalabakan sekarang, namun itulah perjuangan.

9. Yang menikmati hasilnya generasi baru dapat rasa jalan aspal( Kalau dulu Kalabakan ke Tawau 6/7 jam, hari ini 2/3 jam saja), tidak lama lagi projek bekalan air bersih akan masuk ke Kalabakan ( sudahpun dijawab di parlimen minggu lalu), semuanya keran perjuangan orang dulu-dulu yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Malah, ayah penulis masih lagi di Kg bercucuk tanam, berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Jentayuabaka.blogspot.com

11 Komen:

mimpi916 said...

Tergamak kamu mengelarkan aku Husam Erdogan". Kata husam musa sambil menangis..

Caya la bro

Pok Nik Klate said...

Tengoklah si cina Ronnie..Proton perdana buatan malaysia..proton perdana pun tak sudi ronnie menaiki beliau..maknanya teruk sangat2 la si Ronnie Liu ni.Jadi dicadangkan ronnie liu diberi kereta lembu saja.

2.Diberitakan memang berlaku pertengkaran agak hebat antara Anwar dan YB Zul. Baguslah YB Zul berpegang teguh dgn pendiriannya tentang islam manakala anwar mahu islam diliberalkan selaras dgn ajaran2 islam yg diperkenalkan oleh ulama2 DAP. Nampaknya Anwar berkiblatkan DAP bukan saja dalam pentadbiran mlah dalam bab2 ugama jugak..MasyaAllah..

PEJUANG MELAYU said...

biar betul friend ..aku dah jangka anwar mesti bertengkar dgn zul . tetapi lain cerita pulak dari rakan2 aku dlm PKR ,mereka cakap Anwar yang suruh Zul tegas dan lantang bela Melayu dan Islam di Parlimen tu .

Nampakya cerita mereka telah berlainan jauh dan YB Zul akhirnya dimarahi oleh bos nya. Yb Zul pulak aku rasa YB PKR pertama ditemuramah dan beritanya ada dalam surakhabar melayu yang paling dibenci DAP setelah DAP melancarkan boikot UTUSAN.

Moga2 YB ZUL akan keluar dari parti yg tidak selari dengan pejuangannya..

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Anwar Ibrahim ni nampaknya lebih suka memenangi hati sekutu dapnya dari membela Islam

Anwar yg suruh Y.B Zulkifli membela Islam dan Melayu di parlimen???

Kalau betul takkanlah Y.B Zulkifli dipanggil jawatankuasa disiplin pkr

Kalau betul takkanlah Cina kafir dilantik jadi pemimpin dlm Perbadanan yg membela nasib bangsa Melayu Islam

Anonymous said...

Kau orang ni suka buat fitnah aje. Berapa banyak orang umno sudah bagi you orang upah. mesti banyak tu sebab buat banyak homework dalam menghasilkan sesuatu artikal. Ikutlah kau orang semua. Ini semua permainan politik. mesti ada musuh dan mesti ada matlamat. yang tak sokong mestilah akan buat cerita untuk jatuhkan orang tersebut. Kau orang punya sukalah, dosa pahala masing-masing punya. Selamat menabur fitnah.... syabas....

UpLink said...

marah nampak Anonymous... ni bukan finah ni berdasarkan fakta dan apa yg dah terjadi... kalau finah dia buat surat layang, email layang sms layang bagi org yg nak tak mau baca pun kena baca juga.. tu baru finah, kat sini pulak org nak baca info utk sebelah pihak lagi... tak boleh laa kita butakan hati pendekkan fikiran pada info yg tak semestinya betul dan pasti.... jadi bila dah ada info² ni boleh laa kita buat penilaian dan buka minda utk berfikir... tak gitu??

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Sila dengar apa yg Anwar kata mengenai isu Zulkifli Nordin membela Islam dlm video dlm anwaribrahimdotcom.blogspot.com

hazril said...

tolong jangan gemburkan tentang kerajaan dah buat itu, dah buat ini..itu memang tugas kerajaan, kita dah undi.Sape pun yang jadi kerajaan akan buat benda yang sama.yang penting cara menguruskan harta negara..telus ataupun tidak, rasuah ataupun tidak,pokok pangkalnya AGAMA..

KHAIRUL NAZRI said...

1. Betul lah pepatah Melayu kita - " kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan"

2. Malang sungguh kita hari ini melihat pemimpin Melayu sanggup bersekududukan dengan kafir harbi menjatuhkan agama dan bangsa sendiri

belut said...

hazri, memang kamu tak tau berterima kasih. memang org melayu la ni mudah lupa. apa yg jentayu katakan ialah ayahnya berusaha bukan utk dia tapi utk generasi seterusnya. patut kita berterima kasih. tok saya buat dusun dia tak dpt makan pun buahnya. tapi utk anak cucu cicitnya. tentu lah saya dan generasi seterusnya berterima kasih pada tok. tak tau lah saya kalau hazril tak tau makan terima kasih atau rasa tak perlu nak ucap terima kasih.jgn kata setiap kerajaan yg diundi akan buat utk kepentingan org yg diundi. BELUM TENTU.

tentang YB Zul, saya pernah berlawan dgn YB Zul di mahkamah syariah sbn semasa saya mula2 jadi lawyer. saya tak sangka hari ini dia kuat utk pertahankan lslam. apa partinya saya tak kira. yg penting apa yg dia buat untuk lslam.

bab mantan timbalan perdana menteri yg tak sempat jadi pm tu... lotih den nak cakap dah. ko rang fikirlah sendiri.

tolobih cakap kang di katokan kito ni suko buek fitnah.. kito soghah an jo lah kek Allah. buleh?

hazril said...

bab mantan timbalan perdana menteri yg tak sempat jadi pm tu... lotih den nak cakap dah. ko rang fikirlah sendiri.

bab ni,sebelum dia jadi mantan pun kita dah fikir dan bersuara..tidak seperti sesetengah pihak yang hanya berbunyi(tiba2 lantang) setelah beliau menjadi mantan (di luar Umno)

kepada yb zul..Tahniah, Islam mengatasi segala2nya melebihi parti

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan