GURU-GURU BAHASA MELAYU

on Tuesday, December 30

1. Guru adalah pekerjaan paling mulia, tiada siapa bisa menafikannya.Noktah.

2. Baru-baru ini ketika penulis sedang melihat Prototaip MPV Proton dan MPV Perodua yang akan dilancarkan suku tahun 2009 agaknya, penulis terserempak seorang guru dari England yang mengajar di International Scholl di Kuala Lumpur.

3. Dia nak membeli Cash ProtonSatria, wah.. banyak duit, bila tengok gajinya RM18,000 sebulan wang Malaysia.

4. Di KL beberapa rakan penulis yang mengajar Bahasa Melayu mampu mendapat pendapatan mencecah RM10,000-RM20,000 sebulan hasil duit tuisyen.Hampir mengatasi gaji PM Malaysia. Belum dicampur gaju sebenar sekitar RM3,000 dan RM5,000 ke atas.

5. Mereka mampu membeli rumah besar, kereta besar, memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak, menunaikan Umrah dan Haji, melancong setiap tahun ke luar negara. Inilah dikatakan rezeki Allah S.W.T di bumi Malaysia.

6. Maka setiap guru di Malaysia sebenarnya sangat beruntung berbanding rakan guru mereka di Indonesia, Vietname, malah di China.

7. Cuma penulis ingin mencadangkan supaya diadakan Pertukaran guru diantara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung Tanah Melayu bagi yang berminat.

8. Di Semenanjung Tanah Melayu, guru-guru menikmati banyak peluang/pendedahan yang jarang dinikmati oleh guru-guru di Sabah/Sarawak.

9. Antaranya pengalaman menjadi Pemeriksa Kertas Soalan, Panel Membuat Soalan, Panel Penulis Buku-buku Rujukan, Penulis Buku Teks, Kursus Pemarkahan, Kursus membina item dan lain-lain.

10. Maka penulis ingin mencadangkan supaya YB-YB Sabah bersatu hati dan memohon supaya post Menteri Pelajaran atau Timbalan Menteri Pelajaran hendaklah diberi kepada Sabah. Sarawak sudah menikmatinya.

11. UPKO telah berjaya dalam perjuangannya mengenai isu KP tidak lama dulu, apabila seorang pegawai tinggi telah diberikan kepada mereka.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

6 Komen:

Sedingin Salju said...

Aha, kira bagus artikal ni.

Permaidani Dunia said...

satu cadangan yang baik..

tg shaaban said...

sulaiman daud dari sarawak pernah jadi menteri pelajaran. takda salahnya jika dr sabah pulak diberi peluang...

ketam said...

etapi malangnya ramai guru-guru yg bergaji berpendapatan tinggi tak bayar cukai..dan lebih menyedihkan mereka yg beragama ISLAM tak pernah bayar ZAkAT Pendapatan dan zakat harta...

Sameon said...

Cadangan yang bagus dan bernas kalau dibawa ke tengah, Insya Allah akan diluluskan... Tapi kena usaha lebih la...

cikgu ana said...

ya setuju pandangan tuan..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan