KENAPA MALAYSIA TIDAK BOLEH

on Tuesday, December 2

1. CADANGAN Datuk Mukhriz Mahathir, MP Jerlun ke arah menggantikan pendidikan berbeza aliran sekarang kepada Sekolah satu sistem sangat menarik. Profesor Khoo Kay Kim mengulas sebagai cadangan yang sangat baik dan menyamai cadangan Penyata Razak dan Jawatankuasa Barnes 1951.

2. Penulis berpendapat cadangan ini perlu difikirkan kerana isu-isu perkauman yang sering dibicarakan baik oleh mana-mana parti dalam kerajaan dan pembangkang nampaknya tiada kata putus. Masing-masing parti yang mewakili kaum masing-masing ingin menjadi juara kaum masing-masing.

3. Tanpa merosakkan perlembagaan yang ada, maka barangkali idea sekolah satu sistem sebagaimana di Singapura boleh digunakan. Kalau di Singapura tidak ada Sekolah Jenis Kebangsaan, maka mengapa di Malaysia tidak boleh dilaksanakan.

4. Hak-hak dan Keistimewaan kaum masing-masing yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan boleh dijadikan asas , kepada perbincangan dengan parti-parti lain. Seperti kata tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad , semua ini memerlukan keazaman politik yang kuat.

5. Dalam hal ini, penulis jangka masalah besar ialah daripada parti DAP, dan juga MCA, GERAKAN yang pastinya akan mempertahankan sekolah-sekolah jenis kebangsaan kaum mereka. Inilah masalah besarnya.

6. Mungkin pembaca ada idea yang bernas.

7. Penulis melihat jika Sistem Perbankan Islam boleh diterima oleh orang bukan Islam, maka sudah pasti ada jalan Sekolah satu sistem direalisasikan.

3 Komen:

Haris Fadzilah said...

Perkara seperti ini patut dibawa ke meja persidangan atau ke parlimen. Ia harus dibincangkan sedalam-dalamnya sebelum keadaan jadi tegang. Ini kerana kita tahu bahawa DAP, MCA dan Gerakan mungkin tidak suka dengan cadangan ini. Dasar perlaksanaannya harus dikaji sedalam-dalamnya supaya ia tidak mendatangkan masalah...

bulaz bujamil said...

ini adalah langkah permulaan yang baik ke arah pembentukan bangsa malaysia. sepatutnya tiada sebab untuk cadangan ini ditentang.

ia hanyalah satu pengorbanan yang kecil dari kaum bukan melayu berbanding pengorbanan orang2 melayu yang telah banyak bertolak ansur.

andai kata sistem pendidikan& pengurusan di SRJKC adalah lebih baik berbanding sekolah kebangsaan, mengapa tidak dikongsi dengan seluruh rakyat malaysia?

ironinya, penentangan orang2 cina terhadap cadangan ini sebenarnya akan menunjukkan siapa yang lebih bersifat perkauman.

Anonymous said...

Selagi parti2 politik Cina negara masih di kuasai oleh golongan racist bangsa cina, cadangan ini hanya akan tinggal cadangan...kecuali ahli2 politik Melayu bersatu dan menggunakan kuasa yang ada ditangan untuk merealisasikan harapan satu bangsa malaysia.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan