PENAFIAN & MAKLUMAN

on Tuesday, December 2

1. PADA mulanya penulis dimaklumkan beberapa bulan lalu ada komen/komentar Jentayu di dalam blog-blog yang lain. Minggu lepas penulis dimaklumkan ada lagi pihak tertentu menggunakan nama Jentayu dalam slot Pesanan Ringkas/Komentar/Komen/dsbnya. Dua hari lepas memang benar rupanya kerana penulis terjumpa dalam dua tiga blog.

2. Penulis ingin memaklumkan ia bukan daripada penulis kerana penulis tidak pernah memberi komentar/komen/pesanan ringkas/dsbnya dalam blog-blog yang kecuali dalam blog rakan-rakan penulis yang penulis akan memaklumkan kepadanya melalui sms.

3. Jika mana-mana Blogger terjumpa penggunaan nama Jentayu mohon dirujuk dahulu kepada penulis untuk pengesahan, almaklum dalam penulisan siber ini perkara-perkara seumpama ini sangat mudah berlaku.

Namun penulis sedar nama Jentayu bukan hak mutlak penulis, ia boleh digunakan oleh orang lain.

4. Jika ada pandangan penulis tidak dipersetujui oleh pembaca, itu tidak mengapa kerana memanglah itu lumrah berbeza pendapat dan kecenderungan.

5. Yang penting perjuangan menegakkan agama Islam /mempertahankan keistimewaan orang Melayu/ juga hak bangsa lain dalam perlembagaan diteruskan.

5 Komen:

TAIPINGMALI said...

ROGER

Cucu Tok Selampit said...

Tak pa lah Cik Jentayu,

Diorang nak tumpang glamour tu. Patah sayap bertongkat dagu.

CTS.

Mahyudin said...

Biasalah, dalam dunia blogger, macam-macam boleh jadi. Jika ada yang menggunakan nama samaran jentayu, itu hak mereka. Cuma kita takut orang yang dah biasa dengan jentayu akan jadi keliru bila 'jentayu' yang satu lagi tidak sealiran dengan pendapat jentayu 'ori'. Apapun, teruskan apa yang diperjuangkan. Negara kita negara demokrasi...

Bloggers Pembela Negara said...

assalamualaikum.

salam ziarah

Ini siri lawatan ke semua rumah blogger blogger BPN yang bersemangat dan komited.

Moga ikatan kita akan semakin jitu dari hari ke hari. Apabila niat kita semua menjadi satu.

Jangan dihirau cacian orang bahkan jadikan sebagai satu semangat membakar obor perjuangan.

Berjuanglah demi mengharapkan keredhaan Allah sebagai Tuhan kita yang satu !!!

salam.

Sedingin Salju said...

Teruskan perjuangan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan