GIVE AND TAKE

on Wednesday, January 28

1. PADA tahun 1974 jika penulis tidak silap, Dato Haron Idris(allahyarham) telah mempertemukan Tun DR Mahathir dengan Tun Razak(allahyarham).

2. Maka Tun Mahathir kembali semula dalam UMNO dan kembali berkhidmat kepada parti, agama, bangsa, dan negara.

3. Tun Razak bukan saja membawa masuk Tun Mahathir, tetapi juga Dato Asri Muda(allahyarham) Presiden Pas.

4. Apabila Tun Mahathir menjadi PM, antara langkah pertama yang dilakukannya ialah membawa Anwar menyertai UMNO. Ini bukanlah menghairankan kerana ayah Anwar sendiri menjawat jawatan penting dalam parti dan kerajaan.

5. Dalam kes ini akan berlaku pertembungan di antara DS Najib dan DS Anwar.

6. Jika Tun Mahathir dan rakan-rakan berpengaruh seperti Tun Daim, menyertai semula UMNO maka Anwar akan berdepan masalah besar.

7. Beberapa pucuk surat DS Anwar yang ingin berbaik-baik dan memohon maaf dengan Tun pada September 1998 itu, pada hemat penulis sudah tentu masih banyak lagi dalam simpanan Tun Mahathir.

8. DS Anwar akan dibantu oleh klik barunya seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan kumpulan Erdogan.

9. Penulis yakin, antara pilihan yang terbentang di tangan DS Najib pada bulan Mac ini ialah melantik Tun Mahathir sebagai penasihat parti, mengekalkan hubungan baik dengan Pak Lah, dan tidak memeranjatkan jika beberapa YB PKR menyertai BN. Jika tidak, tak kanlah MP Kulim. Bandar Baharu boleh senyum lebar!

10. Permainan Pusingan Pertama sedang bermula di Bota, apakah YB Bota akan kekal selepas Mac? Teorinya give and take.

4 Komen:

dhame said...

sy minat ttg politik..
tapi x terfikir la nak pg jauh..
juz nak luahkan pendapat

politik mmg game liar..
dlm arena komik ada tajuk komik nie..

sy ingat mc kata2 Tun Matahtir..
"sy tidak pandai memilih...bila sy lepas jawatan...org mula kutuk sy.."
yg mengutuk 2 menteri2 yang di lantik oleh Tun sendiri..
cuam Dato Rais Yatim yang masih menghormati pendapat Tun...

sy amat berse7 jika Tun kembali ke UMNO mahupun kerajaan...
idea beliau masih releven..
lebih2 lagi dengan peningkatan aura PKR,DAP dan PAS.

Pejuang Bangsa said...

Sy ingin memetik kata2 Tajol Rosli

" Permainan baru bermula "

ada kemungkinan Adun Bota itu boleh balik ke BN dan jg selepas Mac ini Yb PKR akan lompat ke BN !!

kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang dalam permainan ini dan seperti kata Sdr Jentayu , Tun akan membantu Najib ..dan kita akan melihat sendiri Najib akan mewarisi ketokohan bapanya menguatkan semula BN dan UMNO

Sedingin Salju said...

ha, kita harap tok Najib dapat tarik TDM masuk mai balik encik.

Mr. Din said...

Taktik Lee Kuan Yew Takluk Malaysia di http://lifesegment.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan