ORANG PUTIH

on Sunday, January 4

1. SEMALAM penulis menghabiskan masa mendegar Forum Perdana yang dirasmikan oleh Adun Bangi ( PAS ) , dengan ahli Panel Dato' Hassan Din l-Hafiz Pengerusi JK Syariah Bank Rakyat dan Dato' Kamarudin Zakaria, mantan Imam Masjid Negara. Semuanya baik belaka kecuali unit amal yang nampak bengis dan garang belaka.

2. Penulis teringat ketika zaman sekolah dahulu, di Surau Al-Ajrin Bombalai yang kami dirikan, setiap tahun penulis sebagai SU Surau berusaha mengimarahkan surau dengan mengadakan majlis ceramah Maal Hijrah dan Maulid Nabi. Rasanya sudah 20 tahun surau itu didirikan, mudah-mudahan orang Kampung menjaga surau itu baik-baik.

3. Walaupun Sabah sudah lama merdeka dalam Malaysia ketika itu, tetapi syarikat BAL Plantation masih diketuai oleh orang-orang putih. Ciri-ciri penjajahan itu masih ada. Contohnya ketika ayah penulis diberikan kebenaran membina surau tersebut di atas tapaknya, Pengurus ladang telah mengeluarkan notis kepada ayah penulis, sama ada cabut semula tiang-tiang surau tersebut atau diberhentikan kerja, kerana katanya pihak syarikat hanya memberi kebenran bukan membenarkan menaikkan tiang surau. ( cerita lanjut dalam novel Abaka )

4. Sudah tentu ini amat menakutkan kerana dengan keadaan kami 10 adik-beradik, hanya ayah bekerja, jika diberhentikan sudah pasti kemungkinan lebih buruk agaknya. Maka kami mencari seseorang yang fasih berbahasa Inggeris, beliau ialah Hj Cacho Bulah seorang pegawai kerajaan negeri untuk menjawab notis tersebut. ( penulis dapat khabar Hj Chacho baru menang peraduan novel DBP Sabah baru-baru ini dengan tajuk novel Bunga Wali, Tahniah ).

5. Alhamdulillah selepas berjaya mendirikan surau itu, maka bolehlah penduduk kampung berjamaah dengan mudah kerana kebanyakan pekerja ladang bekerja sehingga lewat petang.

6. Kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Agama Islam Negeri Sabah perlu mencontohi negeri-negeri di Semenanjung bagaimana merka menjaga kesucian agama Islam. Maksud penulis , kerajaan negeri mestilah memastikan di semua persinggahan laluan darat ( Tawau-Kota Kinabalu ) didirikan Surau, di semua Kompleks membeli-belah mestilah didirikan surau yang besar dan selesa ( bukan seperti di Cenre Point, KK hanya sebuah surau yang kecil di satu tingkat sahaja, di semua stesen minyak dan pasar mestilah ada kemudahan surau, kerana sebagai muslim solat itu adalah keutamaan yang pertama.

7. Penulis akan menulis sepucuk surat kepada YB Dato Hj Abas Ali, Pengerusi MUIS agar mengusahakan perkara ini.

3 Komen:

Sedingin Salju said...

Teruskan perjuangan encik.

Mr.KETAM said...

Jen tulis surat juga kepada Datuk Hamisah YB tanjung Batu,Yb Datuk Taufik dan semua YB-YB Islam yg lain supaya natijah Jen dapat dilaksanakan..

Sabah terutamanya TAWAU tetap dihati ku walaupun sekarang aku dah berkerja di Shah Alam (org rumah org tawau)

KAMARUL JB said...

YA..SETUJU PENDAPAT SDRA.ITU LA YG SEBAIKNYA..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan