BRITISH GRAND DESIGN= DAP GRAND DESIGN

on Saturday, March 14

1. SELEPAS Perang Dunia Ke-2, British kembali ke Asia Tenggara. Selain membawa pakej Malayan Union ke Tanah Melayu, British sebenarnya mahu menjadikan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai The Crown Colony.

2. Namun, British hanya memperolehi Singapura sahaja.

3. British juga telah memaksa Siam untuk mengembalikan Narathiwat, Patani & Yala kepada Raja-Raja Melayu. Ketiga-tiga wilayah tersebut diberi kepada Siam semasa Perjanjian Burney, susulannya Perjanjian Bangkok dan Perjanjian Sulit.

4. Namun, seperti yg penulis sebutkan, Amerika Syarikat yang juga muncul sebagai Kuasa Dominan selepas Perang Dunia Kedua menentang hasrat British itu dengan alasan orang Melayu dan Islam akan bertambah kuat jika ketiga-tiga wilayah itu diserahkan semula.

5. Cita-cita Lee Kuan Yew ( PAP ) untuk menggantikan Tunku Abd. Rahman menjadi PM Tanah Melayu tidak berjaya, namun PRU13 PRU14 & PRU 15 akan menentukan samada DAP akan berjaya menjadi PM Malaysia melalui penguasaan mereka secara Total di Pualau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan & Johor.

6. Hanya negeri-negeri Majoriti Melayu sahaja DAP gagal yakni Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis.

7. Namun mereka menggunakan PKR dan PAS di situ.

8. Dalam pembahagian kerusi Parlimen, mereka sudah berjaya Mengecilkan YB (kuasa) PAS dengan DAP & PKR mendominasi kerusi pembangkang di Parlimen, walhal PAS lebih established berbanding PKR .

9. Maka jika diteliti, sebenarnya DAP sedang menjayakan British Grand Design 1945 dahulu.

10. Jika PRU15 DAP menguasai Majoriti di Parlimen ( dengan sokongan Sabah/Sarawak ), maka DAP akan menjadi Perdana Menteri dan orang Melayu dan Islam akan menjadi seperti Palestin!

11. Anda mungkin tidak percaya , namun jika kita ke Pulau Pinang sekarang keadaannya sama seperti ketika Lee Kuan Yew menjadi Ketua Menteri Singapura dahulu .

Langkah pertama Lee Kuan Yew ialah menghapuskan 3 kerusi Parlimen UMNO di Singapura.

Langkah kedua ialah memecahkan kawasan pilihanraya Singapura kepada memajoritikan PAP.

12. Di Pulau Pinang, Lim Guang Eng tidak berminat memajukan kawasan Melayu. Mudah saja Lim Guang Eng memberi alasan...' saya sukar menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang '...

13. Di atas semua ini, barangkali saranan Hj Hadi untuk membawa PAS bersatu kepada UMNO perlu difikirkan. Bukankah PAS itu asalnya dari tulang rusuk kiri UMNO?

7 Komen:

Tok Ki' said...

Salam sy org lama dah tua dah ,sy perati tuan tahu banyak perkara di luar buku, sy cadang tuan sertai pemuda.

Panglima Perang Cyber said...

Tuan Blog ada bakat penulisan dan juga padat dengan info yang jarang diperkatakan.

Awani Astro harus memanggil tuan sebagai ahli panel !

Sebagai blogger bebas...

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Saudara,

Saya masih muda, baru berusia 20 tahun. Tapi, minat dalam mengkaji sejarah peradaban bangsa Melayu buat saya sedikit berbangga.

Bayangkan, dengan kemudahan terhad mereka mampu membawa nama bangsa hinggakan kita pernah memiliki empayar teragung satu ketika dulu. Sayang seribu kali sayang, betapa mudahnya kita membicarakan keagungan bangsa jika saat ini tiada seorang antara kita tahu perit pedih perjuangan mereka.

Lihat kepada dunia ketenteraan kita(contohnya), semuanya berasaskan "British Admiralty" atau dalam singkatannya disebut B.A. Begitu juga kepada lain-lain perkara.

Saudara,

Pernah dengar kata hikmah seorang ahli sejarah?? Mari kita ingatkan mereka!!!

"SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH, MEREKA PASTI AKAN MENGULANGINYA SEMULA"

Dan, kini sejarah telah berulang!!! Siapa antara kita yang menyedarinya??!!! Mungkin ada yang berkata kita terlalu hebatnya berkata-kata, tapi disebalik semua ini; mana peranan mereka yang berkata, "KAMI MEMPERJUANGKAN BANGSA"???? apakah ianya retorik semata-mata???

Banyak perkara yang memerlukan kewarasan kita untuk berfikir. Semuanya mahukan keadilan. Kesamarataan bangsa???!!!

Semua parti politik menggunakan manifesto ini. Orang awam??? Kita tersepit disebalik semua political agenda mereka.

Ada yang pernah berkata, sekalipun kita berkata mengenai sejarah, jika diketengahkan saat ini, adalah sia-sia!!! Kenapa???? Adakah kerana realiti bangsa kita cukup menyedihkan atau kita terlalu taksub kepada kesamarataan yang dilaungkan???

REaliti tetap realiti!!! Sekalipun kita berkata tidak; sejarah mengenai perjuangan "membersihkan" bangsa telah berlaku. DAP yang sering berpekik terlolong memanipulasikan setiap perjuangan bangsa!!!

Kita pula terlalu takut hinggakan mengucup senjata ketuanan Melayu pun terlalu takut!!!!

Sebab itu, Melayu terus meLAYU-LAYU!!!

Sama-sama kita berfikir dan salam perkenalan.

http://meetuncleshah.blogspot.com

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Sebagai bangsa Melayu, takutnya kita dengan gerakan DAP menguasai Tanah Melayu. Takutnya kita jika cita-cita LKY tercapai. Tamat lah riwayat bangsa kita jika bukan Melayu menjadi ketua negara. Bangsa Melayu perlu sedar dan kembali menyokong UMNO kerana hanya UMNO yang mampu melindungi Bangsa Melayu, sebagaimana UMNO melindungi Bahasa Melayu

PENYOKONG CHE DET said...

tERSENTUH BACA BLOG DR MAHATHIR MENGENAI PPSMI...ORG2 SEPERTI DATUK HASSAN AHAMD KALAU MEETING CAKAP ORANG PUTIH SEMACAM, LA NE BUAT PULA DEMO...DIA SAJA NAK PANDAI ORG PUTIH, ANAK GENERASI KITA DIA BIAR BODOH...KELAK 30 TAHUN AKAN DTG KITA MAKIN KE BELAKANG...HANYA KERANA MENENTANG PPSMI..BIARLAH KITA TAHU DAN CEKAP DAN MAHER BING SUPAYA KITA TAU BANYAK BENDA..MALANGNYA MEREKA NE OTAK BAWAH TEMPURUNG, SENGAJA NAK LETAKKAN BANGSA MELAYU KE BELAKANG ,

Sedingin Salju said...

Ya, melayu harus kuat. Dap harus, mesti dan wajib dikuburkan.

abu salam said...

Saya berminat dengan ulasan saudara.

Sebenarnya Pas dah lama ingin bergabung degnan Umno bagi memperkukuhkan lagi kedudukan orang melayu, dan selama ini Pas memperjuangankan islam, iaitu agama bagi penyokong umno dan pas.

Malangnya Umno sendiri tidak sanggup melaksanakan hukum hudud, ini bertentangan dengan prinsip Pas yang memperjuangan Islam.

Kalau Umno sanggup menerima hukum hudud, saya percaya dalam masa terdekat ini Pas akan bergabung dengan Umno.

Bagi saya dimanakah kita akan meletakan keutamaan disini. Menjaga kepentingan Bangsa atau Menjaga Kepentingan Agama.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan