DAP TIDAK BERSALAH

on Friday, March 20

1. DI SAAT-SAAT akhir DS Anwar masih berusaha untuk menghalang pelantikan DS Najib sebagai PM Ke-6. Beberapa minggu lalu mereka berusaha hightlightkan akhbar Perancis kononnya DS Najib terlibat dengan kematian Altantunya. Namun tidak berjaya, kerana cerita itu hanya hepotisis dan hearsay penulis akhbar itu sahaja.

2. Kegagalan Anwar memujuk Pak Lah hampir 3 jam ketika di Hulu Langat amat mengecewakannya. Terbaru usaha ditujukan untuk mendesak DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk tidak melantik DS Najib sebagai PM. Penulis percaya DS Anwar dan kumpulannya akan berusaha sehingga ke saat terakhir untuk menghalang DS Najib.

3. Di ketika itu pula, proses kemasukan Hj Hadi sebagai Menteri Penuh nampaknya berjalan lancar. Pemimpin-pemimpin utama UMNO semakin positif, cuma pertemuan DS Najib-Hj.Hadi akan membutirkan secara terperinci cadangan Hj. Hadi, mungkin selepas pemilihan UMNO.

4. Bagi penulis, Mursyidul Am PAS bukan 100% membantah. Dia hanya dipengaruhi oleh team Erdogans yang diketuai oleh Husam yang sangat kaya itu, yang bercita-cita menjadi Presiden PAS dan Timbalan Perdana Menteri di bawah mentornya, DS Anwar. Bukankah Mursyidul Am berkata...bawalah mesyuarat dulu, jika ahli mesyuarat bersetuju, terimalah...Kena faham bahasa politik.

5. Jika Hj Hadi bersungguh-sungguh mahu menghabiskan perjuangannya membangunkan Islam,eloklah dia menjadi Menteri Penuh. Tidak semestinya menjadi Presiden PAS. Hj Hadi tahu bersama DAP tidak mungkin perjuangan Islam akan berjaya, di Perak sudah memperlihatkan betapa Mantan Exco-Exco PKR yang keluar PR itu tidak boleh bersuara mempertahankan agama dan bangsa dalam mesyuarat exco. DAP tidak bersalah dalam kerajaan lama Perak kerana DAP majoriti di situ. Di Sabah, Datuk Raymond Tan hanya YB Bebas...tetapi dia dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri & Menteri Penuh...tiada masalah pun...Parti partilah, kerajaan kerajaanlah, bukan begitu...

6. DAP parti yang sangat bijak = DAP majoriti di Perak tetapi tidak dapat menjadi MB kerana halangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tanpa Perkenan Raja, jika tidak Islam, jika bukan Melayu tidak mungkin DAP menjadi MB. Maka DAP Perak merancang melantik lebih ramai calon Melayu DAP dalam PRU13. Jika semua calon Melayu DAP menang, maka DAP tidak perlu lagi mengharapkan belas ehsan PAS & PKR yang menyusahkan mereka. Mereka mahu berkuasa secara Total macam di Pulau Pinang. Undang2 Tubuh Negeri Perak tidak berkata DAP tidak boleh menjadi MB, hanya berkata MB hendaklah Melayu, Islam & mendapat Perkenan Raja.

7. Namun, Allah SWT telah membuka banyak hati-hati mereka untuk kembali ke pangkal perjuangan, bermula dengan YB Nasarudin , YB Jamal, YB Osman, kini meniti hari YB Hj Hadi dan khabarnya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berkerat rotan dengan pucuk pimpinan PKR. Alhamdulillah ...

5 Komen:

zakiahnaim said...

sekeh jer dap nie

Anonymous said...

Marilah kita bersatu umat Melayu..memang ma99% Islam..kalu x Islam bukan Melayu..Tak semestinya jadi ahli ..tetapi sokong menyokong..akan kepentingan bersama..seperti parti orang CINA..aku amat respek mereka..senada apabila kepentinganbangsa di cuit..Janganlah kita fitnah memfitnah..Allah x suka..Parti bukan menentukan kita masuk syorga ke Neraka..tetapi amal maaruf nanhi Munkar..jangan di ikut mereka yang nak pecahbelahkan kita umat Islam..walaupun bertopeng nama Ustaz atau sorban...

Pak Agenda said...

DAP jelas bakal menggunakan taktik meletakkan calon Melayu yang boleh dijadikan Menteri Besar Perak JIKA mereka menang di Perak pada PRU-13. Perancangan mereka ini perlu disedari oleh orang Melayu untuk memahami DAP adalah ancaman kpd agama, bangsa dan negara. Termasuklah ancaman drpd Bro Anwar Bin Ibrahim. Melayu tiada pilihan melainkan bersatu.

Gerila Malaya said...

Saya pun tengah menunggu Ustaz-ustaz DAP yang akan dikeluarkan nanti ini, dan nak tengok macamana diaorng mempengaruhi org melayu dan menjadi competition kepada Ustaz2 PAS khususnya dan lain2nya.

Mereka yg dipengaruhi oleh team Erdogan berusaha untuk mentarbiyah puak2 PAS yang lain supaya melihat UMNO dengan penuh kejijikan dan kebencian. Puak2 ni tak sedar PKR dan DAP itu sendiri menjadi ancaman kepada apa yg diperjuangkan oleh PAS itu.

Strategi puak Erdogan ini adalah dengan memecah-mecahkan orang Melayu, slogan orang Melayu bersatu tidak akan diterima oleh mereka dengan pelbagai alasan. mereka akan melaungkan slogan kebencian dengan harapan kebencian tersebut akan tersemat dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Saya bersyukur sebab YB Dato Rais dan pemuda sudah sedar wujudnya "grand design" itu. Walaupun ada segelintir ahli-ahli yg sedar tetapi kesedaran itu sepatutnya pada organisasi itu dan sebelumnya pada pimpinan, kalau setakat ahli-ahli sahaja tapi tiada tindakan efektif, grand design itu mungkin tidak tercabar langsung.

Sedingin Salju said...

Ya, katakan tidak pada Dap.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan