PRESIDEN PAS DIGANTUNG KEAHLIANNYA

on Saturday, March 21

1. PENULIS percaya Hj. Hadi bukan Presiden PAS pertama sanggup digantung keahlian PAS jika Nakhoda PAS & team Erdogans sanggup melakukannya ke atas Hj Hadi, kerana allahyarham Datuk Asri dahulu pernah digantung keahliannya.

2. Ajakan Hj Hadi yang disokong ulama lama & Pemuda PAS tidak lain untuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu di tanah air ini. Mereka sedar bersama DAP & PKR, perjuangan parti tidak ke mana. Membangun Bersama Islam, Negara Islam, Hudud dsbnya sangat mudah diimplimentasikan di dalam BN berbanding dalam PR. Malah Tun Dr Mahathir sendiri sudah mengisyhtiharkan Malaysia sebagai Negara Islam sebelum beliau berundur...pengisiannya ya silakanlah isikan dengan ajaran Islam.

Jika TV tidak Islamik , Islamikkanlah dia, jika dasar pelajaran tidak Islamik, berilah idea dsbnya. Tiada masalah rasanya, jika Husam boleh menasihati CEO kerajaan Kelantan bawa snooker dan pelakon seksi ke Kota Bharu, tak kanlah yang lain tidak boleh pula...bukan begitu.

3. Harus diingat DAP adalah Tonggak PR, dan DAPlah parti yang tidak akan bersetuju dengan Negara Islam & Hudud. Jika MP UMNO/PAS bersatu dan majoriti, maka tidak sukar dasar PAS itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.

3. Jika DAP/MCA/Gerakan dan lain-lain parti Cina boleh bersatu jika kepentingan Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan & Persatuan( Politik ) mereka diganggugugat , kenapa PAS & UMNO tidak boleh. Perkara ini sudah beberapa kali diluahkan oleh Hj Hadi.

4. Perhatikanlah kecelaruan terbaru di P.Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 dikatakan bercuti. Yang memohon cuti dia pula Pemimpin Defacto PKR, Ketua Menteri P.Pinang meluluskan cuti TKM atas arahan Pemimpin Defacto. Bolehkah cuti seseorang dipohon dan diarah oleh orang lain kepada ketua jabatannya?.Bukan satu rahsia lagi betapa TKM 1 P.Pinang telah ditarikkuasanya di dalam parti, portfolionya ditarik, dahulunya pegawai-pegawainya ditukar, pernah diberi amaran kerana tidak turun padang, lawatannya ke London menjadi isu, seminggu ini menghilang tanpa khabar (dikatakan dicutikan oleh Pemimpin Defacto ). Must be something wrong

5. Maka perbezaan-perbezaan di antara ahli UMNO & PAS dapatlah diperbaiki, kerana agamanya tidak pun berbeza. Yang berbeza hanyalah fahaman politik, caranya, pemikirannya... Hassan Al-Banna sudah tentu berbeza dengan Salehudin Al-Ayubi, Jabatan Usuludin Universiti Al-Azhar sudah tentu berbeza dengan Jabatan Usuludin UIA, Allahyarham Datuk Asri Muda pastilah berbeza dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Muslimah PAS 1960an/1970an sudah tentu berbeza dengan Muslimah PAS 1980an/1990an/2000an...bersambung....

4 Komen:

CYBERCDO said...

Pertama CYBERCDO nak tanya betul ke Dato Hj Hadi ini dah digantung keahliannya ? Kalau benar apakah sebabnya ? Adakah kerana beliau menyokong pergabungan UMNO & PAS ?

Kalau betul ia digantung sebab itu, maka memang tak patutlah Dato Nik Aziz tu...CYBERCDO sangat setuju kalau MELAYU BERSATU...sebab kalau MELAYU BERSATU, UMAT ISLAM akan turut bersatu juga di bumi Malaysia ini.

Anonymous said...

saya setuju dengan TG nik aziz....umno hanya nak pergunakan pas, sebab isu malayu, isu islam selalu di gunakan puak umno untuk menarik undi melayu. kalau dia orang betul2 ada niat sebab melayu, sebab islam ...masuk la pas, bubarkan umno. selesai masaalah.

Org Bugis said...

Cakap2 yg mengaku Ulama banyak memesongkan:-

terbaru:
1. Isu bogel: persoalannya bermoral atau tidak membawa teman lelaki & mengambil gambar alat sulit: Jawapan ulama: Boleh berbogel dlm rumah. (teman lelaki penceroboh)

2. Nabi menyatukan Umat berbalah. Peristiwa Hajaeul Aswad. Ulama (ustaz politik) sibuk melaga2kan Melayu. Bersekongkol dgn DAP yg rekodnya membenci Islam & hak2 peribumi.

Ulama sanggup mempermainkan hukum;
-bersahabat dgn sysitan/allah mencarut/kroni boleh (bila dia buat)
-Elizibutt: pilihan raya tak perlu-buang duit rakyat. Ibrahim Ali: letak jawatan-buktikan popular..
-Nuar tak perlu sumpah. Kalau dolah la meliwat-sampai mampus pun dia melalak suruh dolah sumpah? pastinya

mcm2 lagi. kononnya menunjukkan jalan lurus. orang biasa tak faham-yg bertaraf wali aja layak menafsirkan? betulka?-

Sesat kerana politik

wanbaki said...

ini lah masalah UMNO... tak dan nak jadi apa lagi dah riuh rendah...
biaq laaa sat... sampai masa ja "BOoMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM"
BARU GEMPAK...TERPINGA-PINGA PUAK KASYAF MAKSUM PAS TU>>>>

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan