3. Dalam Kes Penanti, Fairuz sedang disiasat SPRM. Bahasa mudahnya TKM1 berdepan masalah besar, sebelum disiasat, sebelum dijatuhkan hukuman, hukuman awal sudah diberikan iaitu letak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan. Alasan sambung belajar jelas tidak masuk akal, hanya alasan sahaja.
4. Lim Guan Eng tidak senang dengan cara Anwar, tetapi sesiapa yang bersama Anwar kena ikutlah kerana itulah cara Anwar.
5. Pendapat penulis, BN tidak perlu terikut-ikut dengan politik Anwar. Yang perlu diberi tumpuan sekarang ialah BN mesti memberi fokus kepada memulihkan ekonomi negara, membina keyakinan pelabur, mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif, memperbaiki lagi sistem penyampaian negara, yang mana akhirnya rakyat hidup selesa dan gembira. Inilah outcome yang DS Najib katakan itu.
6. BN boleh sertai pilihanraya kecil di Penanti, tetapi tidak perlu berlebih-lebihan. Serahkan kepada rakyat Penanti siapa mereka hendak pilih. Biarkan Anwar syok sendiri di Penanti.
7. Pengalaman tahun 199oan dahulu, apabila tiba-tiba USNO bergabung dengan PBS, maka BN tiada wakil di Parlimen Tawau, maka BN telah memberi sokongan kepada Calon Bebas ketika itu. Ia satu cara.
2 Komen:
Sbenornye anwar bukanlah pengaruh sangat kat ppauh, kita kesian je undi die tu,kali ni kalau bebas tanding kita pindah lak Bebas, bosan dah dgn politik anwar ne, letih sokong dia,
saya yakin tindakan di luar jangkaan Anwar akan berlaku lagi kali ini..
Post a Comment