TOL= KERAJAAN PATUT BELI

on Thursday, April 30

1. JIKA kita review semula janji PRU12, salah satunya ialah menghapuskan Tol. Di Pulau Pinang janji pilihanraya untuk menghapuskan Tol hanya menjadi janji manis sahaja.

Seperti biasa rakyat diperdayakan, dan akhirnya terpedaya. Sehingga PRU13 nanti yang pasti Lim Guan Eng tidak akan dapat menghapuskan Tol di Pulau Pinang.

2.Di bawah DS Najib, kajian sedang dijalankan untuk kerajaan mengambilalih pengurusan Lebuhraya dan Tol.

3. Banyak isu akan terlibat jika Tol dihapuskan: antaranya Bagaimana nasib pekerja tol dan keluarga mereka? Bagaimana kontraktor-kontraktor kecil yang membersihkan/menurap jalan, penanaman bunga, lampu, cat jalan, penghadang dsbnya? Mereka semua yang bekerja bertahun-tahun dengan syarikat konsesi Tol pasti akan terjejas teruk jika tidak diambilkira.

4. Maka sebab itulah Kerajaan lebih baik mengambilalih pengurusan Tol di semua lebuhraya. Pihak kerajaan mempunyai satu kelebihan iaitu jika mereka terpaksa melakukan sesuatu perkhidmatan untuk rakyat walaupun rugi ia diteruskan juga.

5. Contohnya, laluan MAS dari KLIA-TWU atau KLIA-KK pada pukul 4pagi bukanlah menguntungkan, dahulu biasa kita lihat penumpang tidak sampai pun 30 orang. Namun, kerana sumbangan kerajaan kepada rakyatnya, ia diteruskan juga kerana kerajaan memberikan perkhidmatan bukan mencari keuntungan.

6. Maka jika Kerajaan mengambil alih pengurusan Lebuhraya dan Tol, jika Kerajaan terpaksa menurunkan tol sehingga 50% rasanya tiada masalah. Kerajaan mampu lakukannya. Kerajaan masih boleh untung, cuma barangkali untungnya berkuranglah berbanding keuntungan syarikat konsesi sekarang ini.

Soalnya, siapa lebih penting? Rakyat atau Syarikat Konsesi?
Jika persoalan ini tidak diselesaikan, jika melihat kepada Tema kerajaan di bawah DS Najib, penulis pasti Kerajaan akan mengutamakan rakyat. Maka kita tunggu dan berdoa Kajian yang sedang dijalankan sekarang memihak kepada Rakyat. Teringat tahun lepas untuk bekerja penulis terpaksa membayar tol RM14.40 setiap hari tanpa mengira minyak kereta, jika yang berpendapatan rendah bagaimanakah agaknya perasaan mereka? Inilah kerajaan kena berfikir?

Jika Kerajaan berjaya membeli semua syarikat konsesi, PRU13 jangan bimbang...

3 Komen:

Darshiny said...

Good ideas sir,government should takeover this if want the peoples support in gen election 13.

Anonymous said...

ia mmg cadangan yg bagus..rakyat pasti senang hati...namun..jika pon kerajaan hendak beli..saya rasa kerajaan belum pasti dpt beli semua sykt konsesi l/raya..

sbg permulaan..mungkin kerajaan boleh memberi konsesi konsesi yg tolnya terlalu mahal per kilometer..atau pon mengambil alih konsesi konsesi yg sudah terlalu lama mengambil byrn tol...cthnya 10 atau 20 thn..sebagai contoh l/raya Utara selatan.. hanya tambahan cadangan dari saya rakyat biasa

SARFAMS said...

Salam Blogger,

Blog Tuan cukup kemas dan cantik.

Harap sudi dtg jenguk blog saya. TQ

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan