TIDAK PERCAYA YB KULIM SERTAI UMNO?

on Monday, January 25

1. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

2. Zaid Ibrahim mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat. .Sebagaimana saranan penulis, Zulkifli lebih baik menjadi YB Bebas dan ini membolehkan beliau bebas mengemukakan pandangan Islamnya yang tidak boleh diperjuangkan di dalam Pakatan kerana adanya penghalang yang tidak mampu diatasinya.

Bukanlah rahsia YB Zulkifli mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan BN. Barangkali boleh dilihat dari sudut kekalnya YB Zulkifli di Kulim tanpa ada petisyen bantahan tempohari walaupun BN mempunyai asas untuk menghantar petisyen.

YB Zulkifli sedang mempraktikkan konsep memberi dan menerima.

3. Dr Syed Husin Ali berkata Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno".

4. Zulkifli turut dibidas ketua umumnya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah di Hulu Klang.

5. Matematiknya kini terletak pada integriti laporan polis itu, sama ada YB Zulkifli keluar pakatan atau tetap di Pakatan Rakyat yang menyusahkannya itu. Jika YB Zulkifli kekal dalam Pakatan, laporan polis itu tidak bernilai dalam perjuangannya.

Jika YB ZulKifli keluar Pakatan, YB Zulkifli akan menang lagi di mata rakyat. Kini beliau sedang membuat pilihan, sama ada kekal, menunggu keputusan mesyuarat PKR esok, atau mengiakan sahaja desakan Zaid Ibrahim supaya dia dipecat.

3 Komen:

Senjaliza said...

DSAI tak akan ada gut utk pecat YB Zul. Zul bekas ahli peguambelanya dalam Kes Liwat 1. Sedangkan Jeffrey yg membakar Jambatan dengan PKR SDAI tak ada gut nak pecat. Inikan pula Zul yg jelas sorang MP dan bekas ahli penguambelanya. Pemimpin kalo tak ada gut sudah nyata "pengecutnya"...esp berkait dengan pelanggaran prinsip perjuangan partinya...

Anonymous said...

APAKAH ANWAR SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN YB ZUL:
“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.

Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.

Anonymous said...

satu pertanyaan untuk YB ZUL...adakah YB sanggup terjun kelubuk bersama2 mereka sedangkan yb sudah pun mengetahui bahawa didalam lubuk itu telah di penuhi racun yg bisa serta buaya yg ganas!!!....harap2 yb zul fikir2kan lah....undur selangkah bukan bererti kita kalah daripada melangkah selangkah membuatkan kita rebah mengundang parah....sherry said

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan