RAJA MELAYU DISINDIR

on Tuesday, February 9


1. KENYATAAN INI MENYINDIR RAJA-RAJA MELAYU, TERUTAMA BAGINDA SULTAN PERAK :

"...Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin..."

"...Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan... "

2. Satu kursus Muhasabah diri perlu dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang tidak dapat menerima kenyataan. Kerana jika Mahkamah memutuskan berpihak kepadanya dikatakannya Mahkamah benar, adil dan demokrasi hidup di Malaysia.

3. Sebaliknya jika Mahkamah memutuskan sebaliknya, dikatakannya Mahkamah berat sebelah, Demokrasi telah mati dan sebagainya.

4. Sepatutnya hendaklah mencontohi Menteri Besar Kedah yang meminta supaya diterima keputusan Mahkamah dengan hati yang terbuka. Hati Nizar tertutupkah? Siapakah yang menutup hati Nizar?

5. Menurut Menteri Besar Kedah lagi, "...pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang..."

6. Semalam Nizar amat-amat yakin akan menang.

7. Semalam Dr. Zambry hanya berserah kepada Allah SWT.

6 Komen:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Apabila orang terlalu kecewa, maka otaknya akan bertindak balas dengan perlahan. Lebih teruk ianya akan hilang pertimbangan. Bagi Nizar, eloklah terima keputusan Mahkamah. Balik ke DUN dan Parlimen buat kerja. Buat persiapan awal pilihanraya Umum ke 13. Itulah yang sebaik-baiknya.

Anonymous said...

APA GUNA JADI MENTERI YANG DIIKTIRAF MAHKAMAH TETAPI RAKYAT TETAP TIDAK SETUJU.

ISAC said...

Salam,

Engineer mana pandai undang2...Macam kawan jugak...

Mohon Tuan publish kan kawan di blog ini;
http://promelayu.blogspot.com/

ISAC said...

Tersalah pulak;

http://bumiyang.blogspot.com/

asemal said...

Adakah kata-kata Nizar ni boleh didakwa dibawah akta hasutan??

Akta Hasutan (Akta 15)

Kecenderungan menghasut:

Perkara: 3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Suara Rakyat Kunak said...

Sikit2 guna akhta hasutan, di mana letak nya bebas bersuara, cakap silap sikit terus guna ahkta hasutan, ambil balik la semua negeri yang di ambil Pakatan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan