KEDAH BAKAL PILIHANRAYA SEMULA

on Monday, April 19

ANTARA GAMBAR-GAMABR PERTEMUAN KERAJAAN PERPADUAN

1. PERTEMUAN di antara pemimpin PAS Kedah dengan pemimpin UMNO tidak mencapai kata sepakat. UMNO Kedah dan PAS Kedah tidak hendak mengalah, di mana PAS Kedah berusaha mempertahankan kerajaannya sementara wakil-wakil rakyat PR satu demi satu keluar parti.

2. Jika MB Kedah, Ustaz Azizan membuat keputusan yang lambat , maka MB Kedah hanya memiliki 1 pilihan sahaja, yakni membubarkan dewan undangan negeri atau melihat keruntuhan kerajaannya.

3. Dr. Halili salah seorang pakar perubatan kepada Pemimpin DeFacto PKR membuktikan untuk meninggalkan PKR sangat mudah, tanpa diduga, kerana perjuangan PKR adalah umpama buih di lautan, buih itu hilang terutama jika ditenggelami nafsu melangit kepimpinannya.

4. Siapa menyangka YB Zulkifli Nordin salah seorang Peguam DS Anwar meninggalkannya. Siapakah yang dimaksudkan oleh YB Zulkifli Norden sebagai manusia bertopengkan syaitan itu?

5. YB Zahrain kawan rapat DS Anwar meninggalkan PKR dan DS Anwar Ibrahim setelah melihat pembohongan demi pembohongan. Masihkah kita mahu tertipu.

6. Di Hulu Selangor, DS Anwar barangkali masih boleh menipu dan mempermainkan PAS, namun DS Anwar tidak berjaya mempermainkan Dr. Halili, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Cabang Shah Alam, esokm siapakah lagi yang akan keluar PKR?

7. YB Wee Choo Keong menempelak Tian Chua kerana membuat gambar super impose DS Najib dengan Altantunya.

8. YB Mohsin hampir 25 tahun bersahabat dengan DS Anwar, tetapi di penghujungnya YB Mohsin keluar PKR dengan alasan melihat kebobrokan dalam PKR, yang akhirnya dia memilih perjuangan Islam dan meninggalkan perjuangan palsu DS Anwar Ibrahim.

9. Mereka semua sahabat-sahabat dan orang belakang, tulang belakang DS Anwar. Satu demi satu meninggalkannya, anda bila lagi? Masih mahu tertipu? Masih mahu menunggu bertahun lagi baru hendak kembali kepada perjuangan sebenarnya?

10. Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Selangor, Setiausaha Agung PAS, dan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak pro-Erdogan sudah lama mendekatkan diri kepada UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai. Husam sudah disingkirkan daripada Kepimpinan PAS dan yang tinggal hanya Mursyidul Amnya yang masih menolak kerajaan perpaduan.

11. Esok siapa pula yang akan meninggalkan PKR? Salah seorang Exco Kedah kah? hehe

12. YB Wee Choo Keong menunggu masa yang sesuai agaknya...

13. YB Batu , akan kekalkah dia di dalam PKR?

14. Maka , jawapannya ada satu, tinggalkan PKR? Sebelum PKR dibubarkan dan meninggalkan anda terpakai-pakai sendirian.

15. PAS pula kembalilah kepada perjuangan asal, jangan kerana politik segala-galanya hendak dihalalkan. Segala-galanya hendak didiamkan. Satu YB kata boleh guna Allah dalam gereja, satu YB kata tidak boleh, Datuk Harun Din kata tidak boleh YB PAS Shah ALam kata boleh saja, YB Taib Azamudin kata tidak boleh YB SAlehudin tutup mulut.

16. Mereka terlalu mengecam DS Najib, akhirnya Allah SWT menunjukkan jalan, menggerakkan hati mereka untuk bersama-sama DS Najib...Dr.Halili yang terkini, YB Zulkifli, Yb Zahrain, YB Wee Choo Keong dan mereka yang telah membebaskan diri daripada kehantuan PKR dan Pakatan palsu...Allah SWT menggerakkan hati mereka... bukan begitu...

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan