YANG KEENAM KELUAR PKR

on Friday, April 16



1. AKHIRNYA YB BAKAR ARANG meneruskan niatnya meninggalkan PKR selepas beberapa minggu tertangguh, khabarnya selepas bercuti dari Selatan tanah air.

2. Pertemuan Tun Daim Zainudin dengan Menteri Besar Kedah pula menimbulkan pelbagai spekulasi. Antaranya merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk bekerjasama dan bersatu dengan UMNO menubuhkan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Bukannya satu rahsia lagi bahawa hasrat dan harapan Presiden PAS sudah lama tertangguh akibat kacauan kumpulan Erdogan Pro-Anwar yang menjangkiti dan merosakkan PAS dari dalam.

3. Jika Rundingan tersebut berjaya, maka satu kerajaan perpaduan dapat diwujudkan di Kedah sebelum satu demi satu YB PKR meninggalkan kerajaan negeri Kedah. Semuanya dijangka dalam 10 orang selepas YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB MOhsin, YB Zulkifli,YB Bakar Arang... Persoalannya siapakah yang ke-6?

4. Di Hulu Selangor, PAS terjerat dan hilang kredebeliti apabila Calon Pakatan Rakyat yang dianggotainya merupakan seorang yang amat tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS di Hulu Selangor. Baik dalam Blog PAS mahupun Blog PKR semuanya pening kepala dengan calon PKR di Hulu Selangor. Lihat sendirilah blog-blog PAS dan ahli-ahli PKR yang kecewa.

5. Salah satu perjuangan PAS ialah melaksanakan Hukum Hudud. Malangnya Zaid Ibrahim adalah Penentang nombor wahid Hukum Hudud .

6. Pada tahun 2003, Zaid Ibrahim memfailkan Saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ( Hukum Hudud ) yang didakwa beliau tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

7. Jalan-Jalan Penulis di Hulu Selangor menunjukkan BN tidak sukar menang kali ini. Hari Pertama lagi semasa pengumuman Calon PKR, kelihatan Presiden PAS tidak gembira dan mengerut dahi sepanjang masa.

1 Komen:

Unit Media Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan