ANWAR VS ZULKIFLI

on Friday, June 18

1. DATUK SERI Anwar Ibrahim perlu mendengar suara rakyat mahu melihat bukti yang diperkatakannya bahawa wakil-wakil rakyat bebas dibeli dengan harga RM2JUTA. Ya, kita pun memang hendak mengetahuinya maka dedahkanlah supaya seluruh rakyat Malaysia mengetahui betapa murahnya harga diri YB Zulkifli Noordin.

2. Jika menunggu masa yang sesuai, bila pulak? Nak tunggu macam kes berkotak-kotak rahsia kerajaan ada dalam tangannya dan akan mendedahkannya.Sejak tahun 1998 hingga sekarang asyik akan mendedahkannya sahaja. Namun, tidak juga dedahkannya. La ne Ezam sudah menjadi YB Senator. Kotak-kotak itu rupa-rupanya hanya mainan kata-kata sahaja.

3. Jika tidak didedahkan maka yang menjadi mangsa ialah ahli-ahli YB Bebas ini. Antara YB Zulkifli vs YB DSAI siapakah agaknya rakyat lebih percaya? Minta Merdeka Centre atau Mafrel buat kajian sikit.

4. Maka itu, sikap berdolak-dalih perlu dielakkan oleh DS Anwar Ibrahim. Rakyat mahu tahu kebenarannya. Jika tiada bukti, lebih baik DS Anwar menjaga PKR dan Pakatan sebelum lebih ramai YB PKR keluar parti menjadi ahli Bebas.

5. Khabarnya beberapa YB Pakatan menunggu masa yang sesuai untuk cabut lari dari pakatan rapuh ini. Disangka PKR, rupa-rupanya DAP juga yang turut cabut lari. Semua orang tidak menyangka.

6. Benar kata Tun Dr. Mahathir, jika 72% rakyat menyokong Perdana Menteri, ia satu tanda yang sesuai untuk mengadakan Pilihanraya. Namun, bagi penulis kita menunggu komen Tun Daim pula. Tun Daim dalam diam dia berisi.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan