BAHASA ANWAR DI WASHINGTON : PERMUKIMAN PKR TUTUP AKTIVITI DI WASHINGTON

on Sunday, June 27

Anwar meluahkan kekecewaan kepada kerajaan Presiden Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang(sekular)", kata Anwar kepada AFP.

2. Ucapan Anwar bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia", beliau bertegas pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah kepada Kristian dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertolenrasi terhadap penggunaan kalimah Allah itu.

"Ia benar-benar gila tidak munasabah untuk proposal cadangan yang dikenakan atas orang lain, bukan Islam, satu undang-undang yang menafikan hak mereka untuk menggunakan nama Allah", kata Anwar.

Komen blogger AIDC, "Tiada liputan dari Malaysiakini, Harakahdaily, Suara Keadilan, malah blog Anwar Ibrahim sendiri (anwaribrahimblog) yang melaporkan keberangkatan Anwar di Washington semalam dan hari ini menimbulkan satu persoalan.

Kenapa kehadiran Anwar di Washington mahu disembunyikan kepada pengetahuan umum, sedangkan sebelum ini, Malaysiakini dan anwaribrahimblog begitu ghairah melaporkan setiap perkembangan Anwar di negara tersebut.

Bukan setakat itu malah turut disertakan foto-foto aktiviti Anwar, tetapi hari ini semua itu tidak berlaku. Malaysiakini dan anwaribrahimblog walaupun tahu kini Anwar berada di Washington, tetapi berusaha menggambarkan seolah-olah Anwar berada dalam negara dengan memfokuskan isu-isu lain, termasuk 'krisis' antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Surat peletakan jawatan Azmin dan 'polemik Selangor' sebagai satu usaha untuk mengalih perhatian masyarakat kepada kegiatan Anwar di Washington ?

Kenapa semua media pro Anwar seakan-akan 'mendiamkan', semua berita berkaitan dengan aktiviti Anwar di Washington, sedangkan sebelum ini Anwar di atas pentas ceramah PAS, begitu lantang mengecam Israel dan Washington ?

"Israel kejam kerana naungan Washington", kata Anwar, tetapi lepas ceramah, secara diam-diam Anwar berangkat ke Amerika Syarikat juga mendapat naungan Washington.Apa maknanya?

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan