KETUA PEMBANGKANG BARU

on Tuesday, June 22

1. KEDUDUKAN PKR yang semakin mengecil di dalam Pakatan Rakyat sepatutnya diikuti dengan pengunduran pemimpin De Factonya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Satu desakan perlu dibuat kerana jika Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang, Anwar tidak akan berjaya menjalankan tugas dan komitmennya atas faktor PKR parti paling kecil di dalam Pakatan itu sendiri.

2. Walaupun Anwar terus dimomokkan sebagai Ketua Pembangkang oleh DAP dan PAS, namun ia hanya makeup dan kosmetik sahaja. Pendesak utama pastinya DAP yang memiliki kerusi terbanyak. Pendesak kedua pastinya PAS yang memiliki kerusi kedua terbanyak. Yang terhimpit, dihimpit, dipaksa, adalah PKR yang semestinya tertekan, ditelunjuk dan dipaksa melaksanakan doktrin-doktrin DAP terutamanya.

3. Penulis percaya, dengan isu-isu besar yang tidak mampu dijawab oleh Anwar terutama siapakah yang menerima RM2Juta itu benarkah YB Zulkifli juga menerima RM2Juta? Malah isu besar seperti menonton video seorang YB Pakatan tidak dijawab malah dijauhi. Malah kini, Ketua Pembangkang sudah semakin menjauhi parlimen.

4. Di dalam sistem Demokrasi, fungsi Ketua Pembangkang yang menerima Elaun yang besar perlu dilaksanakan dengan berkesan untuk kemajuan negara kita. Namun begitu, sekiranya Ketua Pembangkang terikat, diikat, tersumbat dan disumbat maka peranan Ketua Pembangkang untuk membangunkan negara ini akan terbantut.

5. Maka, bersediakah Haji Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen? Atau mengapakah Lim Kit Siang tidak berani menjadi Ketua Pembangkang? Nampaknya pembangkang di Malaysia amat takut pada diri sendiri...

2 Komen:

Anonymous said...

amende lu mengarut nie labu....adoyai cam xde modal jer..kunun2nye wartawan penganalis politik la tue..kuikuikui..x best lgsung analisis politik anda..aku cume mampu gelak jer..

Anonymous said...

anon
kau hanya mampu tergelak, sebab kau tak mapu berfikir dan menganalisa, kan?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan