TIDAK SETIA KEPADA PKR

on Tuesday, September 28


KATA-KATA KERAMAT ZAID IBRAHIM SEPANJANG PEMILIHAN PKR :


"Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya?

"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.'

"Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting.


"PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka.


"Jadi siapakah (Azmin) hendak katakan (begitu). Berterus-terang sajalah mengenainya, katalah saya tidak patut ambil peluang (bertanding)," katanya lagi.


Zaid yang juga seorang peminat kuda berkata, ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai Kuda Trojan yang mungkin telah menyelinap ke dalam parti itu. *** Kenapa Malaysia kini membenarkan ayat ini : Zaid yang juga seorang peminat kuda...

"Saya tidak tahu dengan pasti (sama ada Anwar memaksudkan dirinya). Tapi saya rasa Anwar tidak patut terus dengan gaya membuat kenyataan kiasan mengenai satu perkara yang sangat serius.

"Sebagai seorang pemimpin anda mesti boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Dan bila anda kata perkara penting seperti itu dalam keadaan pemilihan sekarang, saya rasa adil sekiranya dia (bertindak) demikian dan memberi bukti.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan