TUN DR. MAHATHIR = MENTERI KANAN = SARAWAK = PRU-13

on Tuesday, February 15




1. DI DALAM Usia 86 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menerima jemputan di dalam dan di luar negara untuk bercakap mengenai ekonomi dunia 10 tahun akan datang. Negara India yang merupakan antara negara pasaran hebat pada masa akan datang telah menjemput Tun Dr. Mahathir beberapa kali,khusus bercakap isu ekonomi. Malah Israel meletakkan Tun Dr. Mahathir di kedudukan ke-3 sebagai pemimpin dunia yang perlu diberi perhatian.

Penulis melihat, Tun Dr. Mahathir mempunyai kekuatan untuk membantu menjayakan Program Transformasi Ekonomi yang sedang rancak dijayakan sekarang khususnya di bawah projek-projek NKRA dan NKEA, di samping sedang berjalan Bajet 2011 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (2010-2015).

2. Di dalam negara, kepimpinan parti PAS sekian lama terus memberi penghormatan dan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir. Tidak lama dahulu, apabila Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, parti PAS merupakan parti yang paling cepat mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertai PAS. Malah, YAB Menteri Besar Kedah turut memberi penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir.

Ini menunjukkan tuduhan-tuduhan yang dahulu kononnya Tun Dr. Mahathir Maha Firauan, Maha Zalim dan sebagainya sudah tidak relevan, ia sebenarnya hanya omong-omong kosong sesetengah pemimpin mereka yang jumud*meminjam kata-kata', (berbeza dengan DS Anwar Ibrahim pernah berucap PAS parti Jumud).

3. Di antara isu yang boleh dibantu oleh Tun Dr. Mahathir ialah isu Jambatan Bengkok Malaysia-Singapura. YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak melibatkan Malaysia-Singapura khususnya tanah KTM dan wang EPF pekerja-pekerja Malaysia yang semakin menampakkan kemajuan. Di dalam isu jambatan ini, Dr. Mahathir perlu diberi peluang untuk merealisasikan impian tersebut, memandangkan DYMM Sultan Johor juga memiliki impian yang sama untuk melihat kejayaan projek jambatan tersebut.

4. Program Transformasi Politik yang sedang dilaksanakan oleh DS Najib semakin memberi kejayaan. Satu demi satu YB mahupun cabang-cabang parti pembangkang membubarkan keahlian mereka. Terbaru Pemimpin DAP Tawau minggu lalu, dan semalam Ketua Bahagian Cabang PKR Kalabakan dan Ketua Wanita PKR Cabang Kalabakan, tidak termasuk Pengerusi PKR Negeri Sabah membubarkan kepercayaan mereka.

Satu demi satu Pilihanraya Kecil dimenangi oleh BN, yang terkini d Tenang Johor. Dijangka rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan di PRK Merlimau dan Kerdau.

5. Penulis ingin mencadangkan supaya Pilihanraya Uumum Ke-13 disekalikan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tempoh kerajaan negeri Sarawak pada Julai ini, tetapi SPR mempunyai masa 90 hari untuk mengadakan plihanraya. Jika ini berjalan, Pilihanraya Negeri Sarawak boleh dilaksanakan pada hujung tahun 2011 dan sejarah menunjukkan PRU sering diadakan pada setiap 4 tahun walaupun diberikan tempoh 5 tahun.

7 Komen:

Pejuang Bangsa said...

lama betul sdr tidak menulis artikel ... khidmat Tun M masih lagi diperlukan

Muhammad said...

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDURRASUL AL-KUBRO AL-JENDERAMI KE-11 : http://wp.me/piAx4-443

Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL : http://wp.me/piAx4-45i

MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH DI SURAU/MASJID AL-MAHDI, BUKIT SUBANG : http://wp.me/piAx4-4c5

SENARAI MAJLIS2 TERKINI MAULIDURRASUL : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

KopiCapTupai said...

dlm usia 86 thn, dr M sdh terlalu nyanyok utk mmberi pandangan.. x d nafikn, dr M mmg brpandangan jauh.. sehingga mensasarkn thn 2020 adelah kemuncak kemajuan Malaysia.. malah anwar sndri mengakuinya.. namun, tu sume hanyalah inspirasi seorg penguasa autokratik dan diktator.. kini, tiada siapa lg yg menyanyikan lagu wawasan 2020.. siape peduli!! siape mengerti al-Hadhari!!!

dr M turut memberi alasan yg menjelekkn tentang ISA dlm forum d parlimen br2 ni.. dr M adalah perosak yg merosakkan kebykkn sistem negara.. dr institusi raja, hakim, sehinggalah pihak keselamatan.. smua rkyt yg buka mata hati tahu akn salah guna kuasa mahathir.. dr peristiwa tun salleh abas, memali, lucut kekebalan raja, konspirasi DSAI 98.. peristiwa2 besar ini x kn d lupakn..

dr M skg hidup dlm dilema yg d ciptanya sndri.. saudara kelihatan seperti berpendidikan.. d harap tidak d prbodohkn oleh kedangkalan.. smua org bley kata, dr M merancakkan pemodenan negara.. klcc, kl tower, putrajaya, crberjaya, msc, etc.. tp apa guna smua itu tanpa "good governance"..

rasuah bersepah, anak tokeh arak kt filipina, dadah berleluasa.. negara memerlukan pemimpin yg meghayati Islam sbnr2nya..

Muhammad Razif said...

kopicaptupai ,

sekurang2nya ada imbangan antara baik dan buruk tun m .

bgaimana dgn nik aziz ? bgaimana dgn hj.hadi ? bgaimana dgn anwar ? cuba kita imbang2kan . sedangkan kes d mahkamah pun x berani nak hadapi .

genggam bara api biar sampai jd arang , apa guna bara api klau x berani nak pegang .. asyik mengomong dari jauh .. sudahnya bara jd abu begitu sahaja , tanpa ada apa2 manfaat .

Anonymous said...

For rural voters, suggest that PKR use slogan such as "Sayau ke Taib, undi BN", "Sayang Taib, undi BN". Pictures tell a thousand words..show picture of Taib house next to an iban longhouse. Show pictures of wife/sister/niece with jewelry next to a poor iban women at a longhouse.

Anonymous said...

SUNGGUH PUN AWANG TU DAH PENCEN, NAMUN AWANG BERANTAI DI PANGKAL TIANG MANA LAH TAHU "TUAN" NYA TELAH BERTUKAR,...PENULISAN YANG SARAT DENGAN AKTIVITI PEMBODEKAN...SEMOGA MENDAPAT PAHALA YG LUAR BIASA

Anonymous said...

KENAPA TAK LETAK SEBAGAI MENTERi KANAN DAN KIRI, KALAU NAK MEMBODEK BIAR LAH FULL HOUSE, BARU LA TUN KAGET... NI APA NAMA..BODEK SEPARUH TIANG...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan